Jumaat, 17 Oktober 2008

PERCAYA : DIBIBIR ATAU DI HATI


Akidah merupakan suatu yang sinonim dengan iman. Apabila membicarakan tentang akidah sekaligus juga membicarakan tentang iman. Mari kita susuri apa yang terkandung di dalam rukun iman dalam mengukuhkan akidah seseorang iaitu

v Percaya kepada Allah
v Percaya kepada malaikat
v Percaya kepada kitab
v Percaya kepada nabi dan rasul
v Percaya kepada hari qiamat
v Percaya kepada qada’ dan qadar

Bila ditanya adakah anda mempercaya akan Allah, malaikat, kitab, nabi dan rasul, hari qiamat, qada’ dan qadar maka ramai yang menyatakan ’Ya’ mereka mempercayainya. Tetapi sejauhmanakah kepercayaan kita terhadap rukun iman ini?

Kenapa seseorang itu masih melakukan maksiad sedangkan mereka percaya kepada apa yang dinyatakan di dalam rukun iman?

Kita kembali kepada apa yang dikatakan sebagai percaya. Percaya kepada Allah di sini bukanlah hanya di bibir. Apabila ditanya percaya atau tidak, ramai yang menjawab percaya. Tetapi sejauhmana percaya ini masuk ke dalah hati mereka? Percaya yang sebenar-benar percaya kepada Allah. Mengaku dengan hatinya bahawa Allah itu ada, Allah itu tuhan sekalian makhluk, Allah Maha berkuasa dan mempercayai semua sifat-sifat Allah.

Adakah kita akan melakukan maksiad sedangkan kita percaya dengan sepenuhnya Allah itu wujud, sentiasa memerhatikan tingkahlaku kita, malaikat pula sentiasa mencatat amalan baik dan buruk? Mungkin juga kerana semua perkara ini adalah ghaib manusia selalu melupakannya. Kita tidak nampak dosa dan pahala. Kita tidak nampak malaikat yang mencatit amalan kita. Jika kita dapat melihat dosa dan pahala yang kita lakukan maka akan menggigillah kita apabila tercatat sahaja amalan kejahatan yang kita lakukan.

Apabila kepercayaan kepada Allah hanya di bibir makan iman mula pudar. Apabila iman mula pudar, syatan tidak perlu bersusah payang menggoda. Hanya sedikit godaan maka hanyutlah manusia mengikut telunjuk syaitan. Maka terjadilah maksiad, ajaran sesat, murtad dan pelbagai lagi dosa-dosa yang telak dilakukan manusia.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar akidah kita dan seluruh umat islam tidak terjejas walau apa dugaan yang datang kepada kita. Marilah kita sama-sama saling menasihati dan ingat-mengingati agar kita tidak terus hanyut oleh tipu daya syaitan. Nauzubillah.

Wa Allahu wa a’lam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
baru sempat baca yg ni..
cuma nak bg tau, rasanya last paragraph tu ada tertinggal satu perkataan iaitu 'tidak'.
"Marilah kita sama-sama saling menasihati dan ingat-mengingati agar kita 'tidak' terus hanyut oleh tipu daya syaitan"
Ada dan tiadanya perkataan tersebut memberi erti yang sangat jauh berbeza..

Tanpa Nama berkata...

Iman bukanlah sesuatu yg kekal dan ia akan berubah2 bergantung kepada amalan yg kita lakukan. Sentiasalah berusaha mengekalkan serta menambah keimanan dlm diri kita.

*secara keseluruhan, penulis perlu meneliti kembali apa yg ditulis serta membetulkan sebarang kesilapan kecil. (^_^)

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket