Isnin, 20 Oktober 2008

ILMU SAINS

Ilmu sains merupakan salah satu cabang ilmu dalam Islam. Pada zaman sekarang pembangunan ilmu sains ini dilihat makin maju. Ianyanya menjadi satu keperluan kepada umat Islam dalam menuntut ilmu ini. Ilmu sains ini tidak dapat dipisahkan dari agama kerana ianya berkait rapat dengan agama. Malah ilmu sains ini dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah.

Ilmu ini adalah juga bukti kepada kekuasaan Allah. Kekuasaan Allah dengan menciptakan sehalus-halus makhluk seperti virus, kuman dan sebagainya. Begitu juga dengan kejadian manusia. Kejadian yang begitu kompleks dengan saluran darah, sel, organ dan sebagainya. Semuanya mempunyai fungsinya masing-masing yang mana ia saling melengkapi satu sama lain.

Apa yang terjadi kepada negara-negara barat ialah pemisahan antara sains dan agama. Mereka tidak mengaitkan sains dengan agama. Walhal jika dilihat dari sudut islam semuanya berkaitan dengan agama kerana Islam itu sifatnya adalah syumul. Di barat ramai yang menganggap sains adalah suatu yang semulajadi. Mereka tidak dapat mengaitkan agama mereka dengan sains. Mungkin juga kerana pemikiran sekularisma yang melanda pemikiran mereka. Pemisahan agama dengan ilmu-ilmu lain. Tidak seperti Islam yang mengaitkan semuanya dengan agama.

Jika dilihat sejarah ilmu sains juga sebenarnya asalnya dari Islam. Sebagaimana yang telah di lakukan oleh MOSTI yang mengadakan pameran tentang kajian-kajian tentang sains zaman kegemilangan Islam, ia merupakan suatu usaha yang bagus dalam mengaitkan Islam dan sains.

Bergitu juga kajian yang dilakukan tentang sains dalam Al-quran. Ini juga menunjukkan betapa pentingnya ilmu sains dalam Islam. Bukankah Allah memerintahkan kita untuk memerhati dan mengkaji ciptaannya.

Mari kita fikir sejenak, jika umat Islam tidak mementingkan ilmu sains apa akan terjadi kepada umat Islam. Jika ada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang ingin memusnahkan umat Islam, dengan mudah mereka mencampurkan ubat-ubatan dengan suatu campuran yang membahayakan. Jika tidak ada umat Islam yang mengetahui tentang ubat-ubatan maka akan dimakanlah oleh umat Islam. Begitu juga jika ubat-ubatan itu di campur dengan bahan yang tidak halal. Jika tidak ada ilmuan dari umat Islam maka perkara ini tidak dapat diketahui dan ianya terus digunakan. Bukankan ianya suatu bidang ilmu yang sangat penting?

Bukanlah hanya hendak mementingkan ilmu sains dan meninggalkan ilmu-ilmu agama yang lain. Tetapi ilmu sains ini adalah satu bidang ilmu yang juga penting di zaman sekarang. Jika dilihat klinik-klinik swasta, kebanyakkannya adalah dari kalangan bukan Islam. Bukankan ianya menjadi tuntutan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Mungkin apa yang dilakukan di Darul Quran adalah suatu usaha yang patut diperhebatkan di masa akan datang. Dengan menghasilkan bakal-bakal doktor yang HAFIZ. insyaAllah..

Wa’Allahu wa a’lam

1 ulasan:

baiti berkata...

sains merupakan gabungan sebab dan akibat yang dijelaskan secara logik. segala fenomena alam cb dikaji untuk mencari penjelasan secara metafizik. Namun segalanya merupakan ketentuan dan kekuasaan Allah. Dia hanya mengatakan "kun"- jadilah "fayakun"-maka jadilah ia. Allah tidak memerlukan sebab untuk melakukan sesuatu. Allah menyuruh hambanya menuntut ilmu agar kita sedar akan kekuasaanNya. Maka seharusnya bertambahnya ilmu seseorang, bertambahlah imannya kepada Pencipta. @_@

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket