Ahad, 19 Oktober 2008

KUANTITI ATAU KUALITIT


Umat Islam telah di isytiharkan sebagai penganut agama teramai di dunia. Adakah cukup dengan penganut teramai sahaja? Islam bukan sahaja mahukan Quantiti yang banyak tetapi juga mementingkan Qualiti. Adakah kuantiti yang ramai ini menjaminkan qualiti yang baik? Sejauhmanakah penghayatan umat Islam yang menang dari segi kuantiti ini.

Jika di sorot di negara sendiri, bagaimana fenomena kualiti dan kuantiti umat Islam di Malaysia. Mari kita lihat fenomena di masjid-masjid di Malaysia. Berapa ramaikah yang datang berjamaah pada waktu solat-solat fardhu? Kenapa pada solat jumaat boleh ramai yang memenuhi masjid? Kenapa tidak di waktu-waktu lain padahal itu adalah solat fardhu.

Bagaimana pula jika diadakan konsert-konsert nasyid dengan konsert-konsert hiburan lain. Bagaimana sambutannya. Mana penonton yang lebih ramai? Bagaimana dengan sambutan kemerdekaan negara kita? Sanggup beramai-ramai berpusu-pusu ke dataran merdeka. Melihat konsert-konsert sambutan kemerdekaan dan pada waktu yang sama masjid juga mengajak mereka mengadakan solat hajat untuk sambutan kemerdekaan. Adakah ramai di masjid atau di konsert?

PERKID telah turun padang pada hari kemerdekaan yang lalu dan ramai remaja telah di tanggap dengan pakaian yang menggairahkan, dengan ada yang berdua-duan bukan muhrim dan pelbagai lagi. Adakan ini sebenarnya cara menyambut kemerdekaan mengikut Islam? Di manakah penghayatan mereka tentang Islam?

Jika dilihat dari sudut hiburan. Berapa banyak pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam yang ada di Malaysia? Kenapa ianya tetap wujud sedangkan kita sebuah negara Islam. Jika dilihat di negara jiran, di Brunei darussalam. Di sana tidak wujudnya pub-pub yang memberikan hiburan yang tidak sepatutnya kepada rakyat negaranya.adakah kuantiti umat Islam yang majoriti di Malaysia menggambarkan kualiti ?

Marilah juga kita bersama-sama meningkatkan kualiti dan kuantiti umat Islam. Biarlah kita menang dari segi kuantiti tapi tidak kalah dari segi kualiti.

Wa Allu wa ’alam



VATICAN CITY (Reuters) - Islam has overtaken Roman Catholicism as the biggest single religious denomination in the world, the Vatican said on Sunday.
Monsignor Vittorio Formenti, who compiled the Vatican's newly-released 2008 yearbook of statistics, said Muslims made up 19.2 percent of the world's population and Catholics 17.4 percent.
"For the first time in history we are no longer at the top: the Muslims have overtaken us," Formenti told Vatican newspaper L'Osservatore Romano in an interview, saying the data referred to 2006.
He said that if all Christian groups were considered, including Orthodox churches, Anglicans and Protestants, then Christians made up 33 percent of the world's population -- or about 2 billion people.
The Vatican recently put the number of Catholics in the world at 1.13 billion people. It did not provide a figure for Muslims, generally estimated at around 1.3 billion.
Formenti said that while the number of Catholics as a proportion of the world's population was fairly stable, the percentage of Muslims was growing because of higher birth rates.
He said the data on Muslim populations had been compiled by individual countries and then released by the United Nations, adding the Vatican could only vouch for its own statistics.
(Reporting by Silvia Aloisi; editing by Andrew Roche)


http://uk.reuters.com/article/topNews/idUKL3068682420080330

2 ulasan:

baiti berkata...

kuantiti mengatasi kualiti.keluarga islam merupakan keluarga yg besar. Rasulullah sukakan umatnya yg ramai. tetapi penerapan nilai agama yg x lengkap merosakkan generasi islam yg sedang berkembang. seharusnya setiap diri seorang muslim perlu ada sikap takut pada pencipta.

peranan kkita di muka bumi sebagai hamba, maka kita perlu selayaknya meletakkan diri kita sebagai hamba dan menunjukkan atau mempamerkan sikap seorang hamba. tunjukkn ukhuwah dalam solat berjemaah dan meramaikan majlis ilmu.

x salah berhibur, tetapi tidak seharusnya melampaui batas syariat yg telah ditetapkan. kita x layak bermegah dgn kuantiti umat Islam yg ramai sehingga kini kerana ia merupakan sumbangan atau hasil usaha pemimpin2 besar empayar Islam terdahulu.

peranan kita sekarang adalah untuk mengekalkan amalan syiar Islam yg dibawa. barulah kita blh bermegah kerana dengan umat yg ramai, kita masih dpt mengekalkan nilai2 Islam dalam diri.

Sariminsarno-sarimin.blogspot.my berkata...

Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan kamu yang ada pada kami

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket