Jumaat, 17 Oktober 2008

ANAKKU SAZALI



Beberapa bulan lalu di dalam majalah Mastika ada menampilkan isu ’Anak Derhaka’. Ada pelbagai kes-kes yang menampilkan kederhakaan seorang anak. Sehinggalah ada anak yang sanggup membunuh ibu bapa mereka sendiri. di manakah hilangnya nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa mereka, di manakah ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa mereka? Bukan ingin menuding jari kepada anak-anak ataupun ibubapa sahaja. Tetapi ingin di teliti kembali di mana mulanya agar dapat kita sama-sama memperbaiki mana yang kurang.

Pendidikan anak-anak bukanlah bermula apabila kanak-kanak itu sudah mula boleh berfikir, bercakap, berlari mahupun sudah bersekolah. Sebenarnya didikan anak haruslah bermula dengan seawalnya iaitu apabila ibu bapa melakukan persetubuhan. Ianya dilakukan dengan penuh hiqmah, adab dan doa-doa. Apabila bayi di masih di dalam kandungan, ibu bapa seharusnya mengajar anak di dalam kandungan dengan membacakan ayat-ayat suci al-quran. Bercakap dengan bayi dengan kebesaran Allah. Walaupun bayi masih di dalam kandungan tetapi persekitaran banyak membatu didikan terhadap bayi tersebut.

Apabila bayi dilahirkan disambut dengan penuh tatatertib, di azankan atau di iqamahkan, biarlah benda yang pertama yang masuk ke dalam badannya makanan yang suci. Berikanlah air zam-zam dan sedikit qurma. Berikan anak-anak itu nama yang baik sebagai panggilan kerana panggilan memainkan peranan dalam pembentukkan diri anak.

Di zaman kanak-kanak mereka lebih suka bermain. Berilah mereka kasih sayang. Bermainlah dengan mereka dengan menyelitkan unsur-unsur ketuhanan. Biarlah mereka bermain sambil belajar kerana itu fitrah kanak-kanak.

Bila mereka sudah mula boleh berfikir, ajarkan perkara baik dan buruk, solat berjamaah, dan nilai-nilai Islam. Bila sudah remaja, berikanlah kasih sayang dengan sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak kekok bercerita dengan kita. Pada masa ini mereka suka untuk mencuba sesuatu. Bimbing mereka ke jalan yang betul. Kawal pergerakan mereka. Bila mereka sudah belia, mereka mahukan kebebasan. Berilah mereka kebabasan tapi yang terkawal.

Ramai ibu bapa yang tidak tahu cara yang terbaik untuk menegur anak-anak. Jika sebuah keluarga yang mengamalkan solat berjamaah, maka mudah untuk ayah atau ibu menegur anak-anaknya. Gunakan masa selapas solat untuk mengeratkan ukhwah anatara anak dan ibu bapa. Gunakan masa ini juga untuk menegur kesalahan anak-anak.

Bagi mereka yang mempunyai anak yang malas solat dan degil, bacakannlah doa di bawah dan hembuskan di dalam air. Berilan keluarga minum. Di samping selalu berdoa kepada Allah dengan doa ini selepas solat. surah Ibrahim ayat 40.



رب اجعلنى مقيم الصلاة و من ذريتى ربنا وتقبل دعاء




maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.



Bagi ibu-ibu yang inginkan suami dan anak-anak selalu mengingatinya, bacalah af-fatehah 14 kali sebelum tidur. Amalkannya dengan niat yang baik.

Walaupun anak-anak sudah berumahtangga, tanggungjawab ibu bapa belum lagi selesai. anak-anak perlu dipimpin dalam urusan rumahtangga. Bukan niat untuk mencampuri urusan rumah tangga si anak tapi hanya sebagai pemerhati dan menegur mana yang perlu


Apabila anak-anak diberikan kasih sayang dan didikan agama insyaAllah mereka akan terhindar daripada anak yang derhaka. Janganlah mendidik anak anda seperti dalam filem ’Anakku Sazali’. Diberikan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga tiada tegas dalam diri ayah untuk menegur kesilapan anak-anak. Sentiasalah berdoa kepada Allah kerana doa seorang ibu itu doa yang di makbulkan. insyaAllah

Wa Allahu wa a’lam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak2 umpama permata yg berharga. ibubapa bertuah memiliki permata ini yg bakal menjadi saham bernilai di akhirat kelak. memiliki seorg bayi sememangnya menggembirakan. namun, seharusnya kita memiliki ilmu dlm mendidik mereka.

tanggungjawab ibubapa amat berat. mereka bakal membentuk seorg manusia di mana kelak menjadi seorg yg berguna kepada masyarakat serta agama.

semuanya kembali kepada perancangan. rancanglah dengan baik pendidikan serta pembesaran anak2 sebelum memikirkan untuk melahirkan mereka.

jika segala usaha telah dilakukan, barulah kita berserah kepada ketentuan Allah. sesungguhnya Dia mencipta manusia atas kehendakNya dah telah ditetapkan arah kehidupan masing2. kita hanya mampu berusaha. sesungguhnya Allah sukakan hambanya yg berusaha.

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket