Rabu, 19 Disember 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

selamat ari raya aidil adha kepada semua muslimin dan muslimat....

Isnin, 15 Oktober 2007

mama, salahkah aku mencintainya???????

Aku terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. Aku baru sedar bahawa puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh ku buat, dia telah jatuh cinta!Apakah yang bakal ku ‘bual’kan kepadanya tentang cinta. Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak akan lari dari aku. Aku bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika aku gagal. Aku akan kehilangannya buat selama-lamanya.Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita?Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif :
1. Menyintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya) . Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.
2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya.Firman Allah yang bermaksud:“Dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang fasik.” ( al-Baqarah :65)
3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya ‘cinta pandang pertama’ yang tidak sampai kita membuat maksiat kepada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?Mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Perasaan ‘cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan. Cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah.Ingatlah bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkannya’ dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi Allah ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.Apa kata kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunah Ibni Majah :“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah”Apa? Nikah?!!, Tidak mungkin... sekolah pun belum habis, bagaimana nak bernikah?Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita :“Janganlah kalian dekati zina...” (al Isra’:32)“ Ah, terlalu ekstrim! Takkanlah bercinta dianggap mendekati zina?”Tapi bukankah kita pernah dengar sabda Rasulullah:“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita… Tidaklah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya syaitan…” (hari Tabrani).“ Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (hari. Muslim dan Abu Daud)Anakku, kamu seorang remaja Muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya. Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mendakwahinya, kerana boleh menasihatinya, kerana mencari rakan diskusi intelek, dan sebagainya."Jadi mama, apa penyelesaiannya? "Bagi anakku yang sudah jatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaAllah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.Pun begitu perhatikanlah juga perkara-perkara di bawah ini agar hatimu tidak mudah menjadi rawan :
1. Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Ataupun janganlah merenung kaum berlawanan jenis (an Nur:30-31)
2. Hindari berdua-duaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan). Elakkan berinteraksi dengan bukan mahram dengan perkara-perkara kurang penting yang melalaikan.
3. Hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan dan mengghairahkan nafsu.
4. Hindari bacaan/novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.
5. Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.
6. Sibukkan dengan mengaji dan berzikir. Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada ‘cinta’ ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.
7. Apabila kita telah mempunyai seorang ‘teman akrab’, cukuplah kiranya kita fahami maksud firman Allah:“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata “Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku dulu tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku al-Quran ketika al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia” (al-Furqan”27- 29).Maka janganlah kita menyesal dikemudian hari kerana terlanjur mengambil seorang ‘teman akrab’ yang kononnya menyintai kita.
8. Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya” (an-Naziat:40- 41).
9. Bernikah sahajalah jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu."Aduhai mama, susahnya!"Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah.. Dalam sabda Rasulullah juga bersabda bahwa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia tapi dibenci Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai?Rasulullah bersabda:“Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhir nanti? Kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaAllah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami/isteri, di dunia dan syurga di akhirat nanti, insyaAllah..Namun anakku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi, cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, mama relakan perkahwinanmu. Mama akan aturkan pernikahanmu secepat mungkin, demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih,suci dan soleh sepanjang generasi zaman. InsyaAllah.. .
(Sumber : Majalah Perspektif(JIM) Jan/Feb 2005)

Khamis, 11 Oktober 2007

ramadhan semakin hilang

erm..ramadhan semakin ilang..org ramai sibuk nak raya..amalan pun dah kurang..masjid pun dah kurang orang..yg ramainye kt kedai2 shoping cmplx. lumrah manusia..x ketinggalan jugak sy dan family yg sibuk kemas2 rumah..letih rasanye..cat rumah lagi..haih..tp nasib la kena jaga kedai dapat gak online.rindu kat arwah aboi..al fatehah...

Sabtu, 6 Oktober 2007

salam akhir ramadhan

terasa ramadhan terlalu cepat berlalu..tut..tup nak abis dah pose nie..dan x lama lagi..
nak exam plak tuh..arinie balik umah..dmam plak dah..dmam pun sempat gak online..

Selasa, 18 September 2007

LELAKI DAN WANITA YANG DITEMANI SYAITAN

“Umar telah berpidato di sebuah kampung bernama Al-Jabiah. Katanya Rasullullah s.a.w pernah berdiri sepertimana aku berdiri ini. Sabdanya : berbuat baiklah kepada kamu sahabat-sahabatku, kemudian kepada orang-orang yang selepas mereka,kemuidan orang selepas mereka. Kemudian tersebarlah dusta hingga seseorang bersedia bersumpah sebelum diminta dan menjadi saksi tanpa diminta. Sesiapa yang iginkan kemewahan syurga hendaklah dia melazimi jamaah kerana syaitan itu bersama orang yang bersendirian dan akan lebih jauh jika seseorang itu berdua (berteman). Apabila seseorang itu berkhalwat dengan seseorang perempuan (menimbulkan fitnah) maka syaitan adalah yang ketiga. Sesiapa yang melakukan kebaikan dan berasa gembira atau apabila melakukan kejahatan dia berasa sedih, maka itulah orang mukmin.”

 Umar al Khattab berpidato di sebuah kampung bernama Al-Jabiah dengan menyebut bahawa pidatonya ialah pidato Rasulullah s.a.w kepada para sahabat mengenai beberapa perkara dan keadaan yang akan berlaku kepada umatnya dan juga beberapa panduan ke arah terbentuk peribadi yang sempurna. Umar menyatakan bahawa ada dua keadaann yang akan berlaku kepada umat islam pada waktu telah berlalunya zaman sahabat dan selepas sahabat.

 Keadaan yang pertama ialah meluasnya amalan pendustaan di kalangan umat islam sehingga ada orang yang bersedia untuk bersumpah tanpa diminta sumpahnya. Tujuan sumpah itu adalah semata-mata untuk menguatkan pendustaan dan bukan sumpah yang benar.

 Keadaan yang kedua ialah bersedia untuk menjadi saksi tanpa diminta dengan maksud untuk membuat aniaya dan merosakkan kebenaran.

 Apabila lelaki dan perempuan tinggal berdua-duaan, tanpa ditemani oleh orang lain, maka syaitan adalah teman yang ketiga. Keadaan seperti ini hendaklah dijauhi. Umat islam hendaklah menyedari bahawa syaitan sentiasa mendorong ke arah melakukan perkara yang mugkar dan maksiat. Jangan berdalih atau membuat pelbagai alasan. Kononnya penggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengurangkan nafsu. Malah sebaliknya ia akan membawa kepada terjadinya kemungkaran dan maksiat.

 Syaitan menjadi kawan bagi orang yang berasing diri dan tidak mahu bersama-sama di dalam satu jemaah. Orang yang menyendiri dan mengasingkan diri akan mudah mendapat bisikan daripada syaitan melalui fikiran dan perasaan mereka.

 Berjemaah boleh menjadi sebab bagi mencapai nikmat syurga. Sebuah hadith lain menyatakan bahawa fadhilat sembahyang berjamaah lebih 27 kali ganda daripada sembahyang berseorangan. Dengan satu jemaah akan bertambah ganjaran yang diperolehi dan akan mendekatkan seseorang mencapai nikmat syurga.

 Orang-orang yang merasa senang dengan perkara-perkara keburukan dan kejahatan adalah orang-orang yang tinggi budi dan bersih hati nuraninya. Tinggi budi dan bersih hati ini merupakan antara sifat-sifat kesempurnaan diri yang membentuk seseorang yanag menjadi mukmin sebenar.

 Haruslah disedari bahawa apabila berlaku di mana orang mudah membuat sumpah dan menjadi saksi tanpa diminta, maka kezaliman dan pencabulan ke atas hak-hak orang lain akan berleluasa sebagai akibat daripada adanya saksi dan sumpah bohong tadi

 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan berlaku. Dalam perkara ini, kita sering diingatkan bahawa syaitan sentiasa bersama mereka untuk menggalakkan kemungkaran dan maksiat.

 Pepecahan umat islam juga akan berlaku. Umat islam diingatkan supaya sentiasa berwaspada menjauhi pertentangan dan persengketaan dan sebaliknya berusaha membentuk ikatan-ikatan yang boleh mengukuhkan perpaduan muslimin.

BENARKAH ISLAM ITU MUDAH?

Benarkah islam itu mudah? Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali islam. Bagi menjelaskan perkara ini secara lansung, marilah kita rujuk kepada pegangan Allah S.W.T. yang menyatakan bahawa dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan. Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran”

Rasullullah juga bersabda bagi menjelaskan lagi perkara ini, melalui hadithnya yang telah diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi yang bermaksud : “Sesungguhnya islam itu mudah”. Secara umumnya perkataan mudah dan payah agak subjektif. Neraca pertimbangan yang paling tepat digunakan ialah samaada perkara itu satu bebanan yang tidak berupaya manusia lakukan atau faktor persekitaran menyebabkan lingkungan keupayaannya terbatas. Menurut prinsip islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan keupayaan manusia. Ini ditegaskan oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud : “Allah tidak memberkati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakan.

Contoh ketara yang boleh dibuat perumpamaan adalah perintah ibadah solat. Permulaan memulakan solat adalah mengambil wuduk dan bahan asa yang diperlukan adalah air. Dalam sesuatu keadaan jika ketiadaan air, islam memberi kelonggaran dengan melakukan tayamum.

Perkara kedua adalah menuup aurat. Pakaian yang sediaada boleh digunakan kecuali ada najis padanya. Garis panduan pakaian ditetapkan untuk lelaki ialah menutup antara pusat hinggan ke lutut. Manakala bagi wanita pula adalah menutup keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Dalam perkara ini, jika hanya ada baju kurung, tudung labuh dan memakai stoking ketika itu juga sudah boleh untuk mengerjakan solat.

Oleh kerana solat adalah merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan, maka islam memberi kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu. Jika kita musafir dan perjalanan melebihi 2 marhalah (lebih 91 KM) maka bolehlah kita menjamak dan mengqasarkan solat kita

Bergitu juga apabila kita sedang sakit. Kita boleh mengerjakan solat secara duduk, berbaring, mengiring ataupun menggunakan isyarat. Hatta dalam beberapa kaedah, kita boleh membaca Allahu Akbar sebnayak 7 kali (menyamai 7 ayat Fatehah) sebagai ganti surah Al-Fatehah yang merupakan rukun dalam solat, jika masih tidak dapat membaca surah Al-Fatehah setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Daripada contoh-contoh yang diberikan, ternyatalah islam itu mudah. Ia akan menjadi sukar jika kita terlalu ekstrim dalam mengamalkannya. Penekanan bersederhana penting dalam ibadah disamping meletakkan prinsip istiqamah sebagai teras. Keteraluan dalam ibadah tanpa mempunyai sandaran dan nas yang kukuh atau hanya sekadar ikut-ikutan akan menyebabkan ia membelenggu kita yang akhirnya menyebabkan kita terus meninggalkan ibadah tersebut.

Begitu juga aspek makan dan minum. Istilah darurat boleh digunakan terhadap sesuatu tindakan apabila tiada altenatif lain boleh dicari bagi meneruskan hidup. Kita boleh makan daging khinzir sebagai contoh, sekiranya pada ketika itu hanya itu sahaja makanan yang ada untuk menyambung nyawa bagi meneruskan kehidupan.

Demi menggambarkan bahawa islam itu mudah dan tidak membebankan. Kita menyusuri sejarah pengharaman arak yang dibuat berperingkat-peringkat. Melihat kepada tahap keimanan umat islam ketika itu. Ayat yang mengharamkan ialah ketika bersolat kerana ditakuti bacaan mereka di bawah sedar ini terserlah. Peringkat seterusnya pula, ia diharamkan terus kepada uamat islam kerana memabukkan, yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

CURAHAN KEINSAFAN


Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua-dua ibubapaku serta kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka kepadaku sewaktu aku masih kecil

Ya Allah, sesungguhnya telah banyak dosa yang kulakukan kepada kedua-dua ibu bapaku, tak sanggup aku menanggung segala dosa selama ini yang telah banyak menyakiti hati mereka.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka agar dapat mengampuni dosa-dosaku. Tanpa pengampunan mereka aku tidak sanggup menghadapi siksaan yang perit.

Ya Allah, bentukkanlah jiwaku agar dapat mengembirakan hati mereka yang sangat ku kasihi. Berilah tenaga dan kekuatan yang sebaik-baiknya kepadaku agar dapat aku membalas segala budi dan jasa baik mereka yang amat tinggi nilainya dan tidak terbalas olehku Ya Allah.

Seandainya mereka kembali kepada Mu terlebih dahulu daripada kami, ampunilah segala dosa-dosa mereka, cucurilah rahmat ke atas mereka dan masukkanlah mereka ke dalam syurga Mu bersama-sama orang yang mendapat tempat disisi mu

Restuilah dan perkenankanlah permintaanku ini Ya Allah….amin….

Jumaat, 14 September 2007

Hari Yang Indah

alhamdulillah..hari nie hari jumaat bersaaan 2 ramadhan.. dah 2 hari umat malaysia sambut ramadhan... hari nie x banyak kelas pun.. ptg nanti jer ade kelas ganti maharat. ustaz kata nak bagi tajuk penting. kene pg tuh. pastu baru balik rumah. mak kata semua balik..adik jer x balik.. x sabar nak jumpa anak2 buah.. tp time ramai2 tuh la selalunya kita akan ingat org yang dah x de kan..mana x nya..selalu kita balik jer dia berlari bukakkan pintu ..tolong angkat beg..bising satu rumah kita dah balik...bila kita balik..xde org nak bukakkan pintu..xde org nak angkatkan beg..x de org nak sambut..xde org nak bising2 kata kita dah balik..mana x terasa. walaupun dah 3 bulan berlalu..tp mana bleh lupa..lagi2 org tuh kita rapat. time dia merajok, kita jer bleh pujuk, time dia marah kita jer bleh tenangkan, time kita x balik seminggu..dia bising kat semua org tanya mana kita..time mkn ingat kita..mlm2 minggu x tdo tunggu kalo2 kita balik..fuh.. syahdu bila kenangkan.rindu..tp insyaAllah.. bak kata ustaz syukri yoeh, insyaAllah tpat dia di syurga..amin..al-fatehah untuk arwah abg ku, aboi..rasa nak gi kelas dah nie..server pun kat lab nie dpt x dpt jer..jumpa lagi insyaAllah..assalamualaikum...

assalammualaikum..

setelah sekian lama menyepikan diri dalam blog nie..kini aku kembali..mungkin dulu masa x mengizinkan untuk terus menggunakan blog kot. kali nie insyaAllah..mohon kepada Allah berikan kesempatan waktu..walaupun setiap manusia diberikan 24 jam tp ade yg merasa terlalu perlahan masa berlalu... semua perkara dapat diuruskan..ade yg merasa masa yang ada terlalu laju berlalu.. moga Allah mempermudahkan segala urusan kita..insyaAllah..
Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket