Selasa, 18 September 2007

LELAKI DAN WANITA YANG DITEMANI SYAITAN

“Umar telah berpidato di sebuah kampung bernama Al-Jabiah. Katanya Rasullullah s.a.w pernah berdiri sepertimana aku berdiri ini. Sabdanya : berbuat baiklah kepada kamu sahabat-sahabatku, kemudian kepada orang-orang yang selepas mereka,kemuidan orang selepas mereka. Kemudian tersebarlah dusta hingga seseorang bersedia bersumpah sebelum diminta dan menjadi saksi tanpa diminta. Sesiapa yang iginkan kemewahan syurga hendaklah dia melazimi jamaah kerana syaitan itu bersama orang yang bersendirian dan akan lebih jauh jika seseorang itu berdua (berteman). Apabila seseorang itu berkhalwat dengan seseorang perempuan (menimbulkan fitnah) maka syaitan adalah yang ketiga. Sesiapa yang melakukan kebaikan dan berasa gembira atau apabila melakukan kejahatan dia berasa sedih, maka itulah orang mukmin.”

 Umar al Khattab berpidato di sebuah kampung bernama Al-Jabiah dengan menyebut bahawa pidatonya ialah pidato Rasulullah s.a.w kepada para sahabat mengenai beberapa perkara dan keadaan yang akan berlaku kepada umatnya dan juga beberapa panduan ke arah terbentuk peribadi yang sempurna. Umar menyatakan bahawa ada dua keadaann yang akan berlaku kepada umat islam pada waktu telah berlalunya zaman sahabat dan selepas sahabat.

 Keadaan yang pertama ialah meluasnya amalan pendustaan di kalangan umat islam sehingga ada orang yang bersedia untuk bersumpah tanpa diminta sumpahnya. Tujuan sumpah itu adalah semata-mata untuk menguatkan pendustaan dan bukan sumpah yang benar.

 Keadaan yang kedua ialah bersedia untuk menjadi saksi tanpa diminta dengan maksud untuk membuat aniaya dan merosakkan kebenaran.

 Apabila lelaki dan perempuan tinggal berdua-duaan, tanpa ditemani oleh orang lain, maka syaitan adalah teman yang ketiga. Keadaan seperti ini hendaklah dijauhi. Umat islam hendaklah menyedari bahawa syaitan sentiasa mendorong ke arah melakukan perkara yang mugkar dan maksiat. Jangan berdalih atau membuat pelbagai alasan. Kononnya penggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengurangkan nafsu. Malah sebaliknya ia akan membawa kepada terjadinya kemungkaran dan maksiat.

 Syaitan menjadi kawan bagi orang yang berasing diri dan tidak mahu bersama-sama di dalam satu jemaah. Orang yang menyendiri dan mengasingkan diri akan mudah mendapat bisikan daripada syaitan melalui fikiran dan perasaan mereka.

 Berjemaah boleh menjadi sebab bagi mencapai nikmat syurga. Sebuah hadith lain menyatakan bahawa fadhilat sembahyang berjamaah lebih 27 kali ganda daripada sembahyang berseorangan. Dengan satu jemaah akan bertambah ganjaran yang diperolehi dan akan mendekatkan seseorang mencapai nikmat syurga.

 Orang-orang yang merasa senang dengan perkara-perkara keburukan dan kejahatan adalah orang-orang yang tinggi budi dan bersih hati nuraninya. Tinggi budi dan bersih hati ini merupakan antara sifat-sifat kesempurnaan diri yang membentuk seseorang yanag menjadi mukmin sebenar.

 Haruslah disedari bahawa apabila berlaku di mana orang mudah membuat sumpah dan menjadi saksi tanpa diminta, maka kezaliman dan pencabulan ke atas hak-hak orang lain akan berleluasa sebagai akibat daripada adanya saksi dan sumpah bohong tadi

 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan berlaku. Dalam perkara ini, kita sering diingatkan bahawa syaitan sentiasa bersama mereka untuk menggalakkan kemungkaran dan maksiat.

 Pepecahan umat islam juga akan berlaku. Umat islam diingatkan supaya sentiasa berwaspada menjauhi pertentangan dan persengketaan dan sebaliknya berusaha membentuk ikatan-ikatan yang boleh mengukuhkan perpaduan muslimin.

Tiada ulasan:

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket