Selasa, 18 September 2007

BENARKAH ISLAM ITU MUDAH?

Benarkah islam itu mudah? Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali islam. Bagi menjelaskan perkara ini secara lansung, marilah kita rujuk kepada pegangan Allah S.W.T. yang menyatakan bahawa dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan. Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran”

Rasullullah juga bersabda bagi menjelaskan lagi perkara ini, melalui hadithnya yang telah diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi yang bermaksud : “Sesungguhnya islam itu mudah”. Secara umumnya perkataan mudah dan payah agak subjektif. Neraca pertimbangan yang paling tepat digunakan ialah samaada perkara itu satu bebanan yang tidak berupaya manusia lakukan atau faktor persekitaran menyebabkan lingkungan keupayaannya terbatas. Menurut prinsip islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan keupayaan manusia. Ini ditegaskan oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud : “Allah tidak memberkati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakan.

Contoh ketara yang boleh dibuat perumpamaan adalah perintah ibadah solat. Permulaan memulakan solat adalah mengambil wuduk dan bahan asa yang diperlukan adalah air. Dalam sesuatu keadaan jika ketiadaan air, islam memberi kelonggaran dengan melakukan tayamum.

Perkara kedua adalah menuup aurat. Pakaian yang sediaada boleh digunakan kecuali ada najis padanya. Garis panduan pakaian ditetapkan untuk lelaki ialah menutup antara pusat hinggan ke lutut. Manakala bagi wanita pula adalah menutup keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Dalam perkara ini, jika hanya ada baju kurung, tudung labuh dan memakai stoking ketika itu juga sudah boleh untuk mengerjakan solat.

Oleh kerana solat adalah merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan, maka islam memberi kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu. Jika kita musafir dan perjalanan melebihi 2 marhalah (lebih 91 KM) maka bolehlah kita menjamak dan mengqasarkan solat kita

Bergitu juga apabila kita sedang sakit. Kita boleh mengerjakan solat secara duduk, berbaring, mengiring ataupun menggunakan isyarat. Hatta dalam beberapa kaedah, kita boleh membaca Allahu Akbar sebnayak 7 kali (menyamai 7 ayat Fatehah) sebagai ganti surah Al-Fatehah yang merupakan rukun dalam solat, jika masih tidak dapat membaca surah Al-Fatehah setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Daripada contoh-contoh yang diberikan, ternyatalah islam itu mudah. Ia akan menjadi sukar jika kita terlalu ekstrim dalam mengamalkannya. Penekanan bersederhana penting dalam ibadah disamping meletakkan prinsip istiqamah sebagai teras. Keteraluan dalam ibadah tanpa mempunyai sandaran dan nas yang kukuh atau hanya sekadar ikut-ikutan akan menyebabkan ia membelenggu kita yang akhirnya menyebabkan kita terus meninggalkan ibadah tersebut.

Begitu juga aspek makan dan minum. Istilah darurat boleh digunakan terhadap sesuatu tindakan apabila tiada altenatif lain boleh dicari bagi meneruskan hidup. Kita boleh makan daging khinzir sebagai contoh, sekiranya pada ketika itu hanya itu sahaja makanan yang ada untuk menyambung nyawa bagi meneruskan kehidupan.

Demi menggambarkan bahawa islam itu mudah dan tidak membebankan. Kita menyusuri sejarah pengharaman arak yang dibuat berperingkat-peringkat. Melihat kepada tahap keimanan umat islam ketika itu. Ayat yang mengharamkan ialah ketika bersolat kerana ditakuti bacaan mereka di bawah sedar ini terserlah. Peringkat seterusnya pula, ia diharamkan terus kepada uamat islam kerana memabukkan, yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Tiada ulasan:

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket