Jumaat, 17 Oktober 2008

EKONOMI ISLAM : ZAKAT

Zakat sebagai rukun Islam yang ketiga memainkan peranan yang besar dalam kehidupan umat Islam sepanjang kewujudannya. Ia merupakan satu mekanisme ibadat kewangan untuk tujuan pembersihan jiwa manusia dan hati nuraninya dari cengkaman dunia. Ia mendidik manusia mengikut serta merasai bertanggungjawab menjaga kebajikan seluruh anggota masyarakat dan ummat.

Selain itu, penentuan zakat juga mempunyai peranan yang sangat penting untuk membangunkan masyarakat. Wujudnya zakat dan keunikannya yang terdiri daripada rukun, syarat, asnaf dan beberapa aturan lain menyebabkan sistem zakat dalam Islam dilihat satu system yang sangat sempurna. Hal ini sekaligus menolak pendapat dan tohmahan pihak orientalis yang mengatakan bahawa zakat adalah sistem yang ditiru atau diikuti daripada sistem bangsa dan agama lain.

Kewajipan zakat bukan hanya bertujuan untuk mengumpulkan harta atau menolong individu yang lemah dan yang memerlukan semata- mata, tetapi tujuan utamanya ialah agar manusia itu lebih tinggi nilainya daripada harta sehingga dia menjadi tuan kepada hamba itu dan bukan hamba kepada harta tersebut. Oleh itu kepentingan zakat terhadap individu yang mengeluarkan zakat iaitu adalah sama dengan kepentingan terhadap individu yang diberi zakat itu.

Di samping membangunkan masyarakat, menjaga kebajikan masyarakat zakat juga membantu pembangunan negara. Contohnya dalam membina sekolah, masjid dan sebagainya. Dana zakat boleh digunakan dalam membangunkan perkara tersebut.

Dalam membantu saudara baru juga zakat banyak memainkan peranan. Dana zakat digunakan dalam memberikan ilmu kepada saudara-saudara baru. Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan misalnya mengadakan pelbagai program dalam membantu golongan saudara baru yang mana semua dana diambil dari baitulmal.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yg wajib kita tunaikan sebagai umat islam. byk kelebihan zakat yg jika kita perhalusi, kita xkn penah merungut ketika menunaikannya.

disamping menbersihkan sumber rezeki dan harta diri sendiri. kita dapat menyumbang untuk membantu saudara seagama.

Islam amat menekankan persaudaraan. hukum membantu saudara seagama adalah wajib. jika kita x dapat membantu dgn tgn kita sendiri, sekurang2nya kita dapat membantu dgn harta yg kita ada. sistem zakat di malaysia blh memainkan peranan mereka utk menggunaka wang yg ada bg membantu pihak yg memerlukan.

syabas kepada badan2 yg bertangungjawab membantu golongan yg memerlukan ini. sama2 kita baiki taraf hidup saudara kita agar mereka dapat hidup dengan lebih selesa.

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket