Ahad, 19 Oktober 2008

DUHAI NEGARA-NEGARA ISLAM, MARILAH BERSATU







Isu peperangan dan kemiskinan menghantui negara-negara Islam masa kini. Apabila berlakunya peperangan maka miskinlah negara. Banyak kemusnahan yang terjadi. Telah banyak negara-negara Islam telah dihancurkan oleh tentera-tentera musuh-musuh Islam yang tidak mahu melihat akan kebangkitan Islam untuk menerajui dunia. Bukan setakat monopoli dalam peperangan, monopoli ekonomi, teknologi dan sebagainya.

Jika dilihat peperangan yang tidak berkesudahan di Iraq. Masih berperang untuk mendapatkan kemerdekaan dan mendapatkan Baitul Muqaddis. Walaupun perjanjian demi perjanjian telah temetrai, namun pihak Yahudi selalu mencabuli perjanjian. Walaupun pelbagai bantuan telah di salurkan namun ia tidak mencukupi. Sama juga yang berlaku kepada Iran. Isu nuklear di Iran yang di bangkang oleh Amerika. Mengapa negara Islam tidak boleh melakukannya? Mungkin kerana bila Islam sudah maju di bidang nuklear Amerika takut ia akan menjadi ancaman kepada negara mereka. Mengapa perlu takut jika mereka benar-benar hebat? Atau hebat mereka hanyalah sebagai khabar angin? Amerika mengatakan mereka mempunyai satelit yang canggih tetapi masih tidak dapat mengesan Osama? Siapa yang lebih hebat?

Jika kita lihat juga dari sudut negara Islam sendiri. Kenapa kita tidak dapat memonopoli ekonomi, politik, ilmu, teknologi dan sebagainya. Bukankan pada dahulu kala Islam ramai menghasilkan cendiakawan seperti Ibnu Sina, ibnu Rusy, al-Khindi dan sebagainya. Jawapannya ialah perpaduan. Umat Islam perlulah bersatu. Bukannya saling bersengketa sesama Islam. Bila kita bersatu tidak ada sesiapa yang dapat menghancurkan kita.

Jika kita lihat dari sudut ekonomi mengapa Islam tidak dapat memonopoli ekonomi dunia. Sedangkan jika dilihat pengeluar minyak dunia majoritinya adalah negara-negara Islam. Negara-negara Islam boleh menjalankan ekonomi mereka dengan tidak bergantung kepada Dolar. Kita boleh menjalankan ekonomi kita dengan menggunakan Dinar. Jika negara Islam sama-sama berganding bahu insyaAllah, kejayaan bersama kita.

Bergitu juga dengan isu-isu lain. Jika umat Islam sama-sama bersatu maka insyaAllah Allah akan sentiasa permudahkan urusan kita. Marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh umat Islam mendapat kemenangan dan dirahmati Allah selalu

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PERPADUAN merupaan knci kejayaan. Islam sendiri terbentuk dari perpaduan. pada arah yg sama kita bersujud. pada tuhan yg sama kita menyembah.

penindasan berlaku kerana kita takut pada kuasa asing. ketika saudara seagama ditindas. tgn dan kaki kita terbelenggu. mata dan telinga kita tertutup. hanya mulut berbicara tanpa sebarang usaha.

Islam itu kuat. kita hanya perlukan keyakinan, perancangan dan hulurkan tgn. Kita mampu mengubahnya!

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket