Ahad, 19 Oktober 2008

RUMAHKU SYURGAKU


Dalam membina sebuah keluarga bahagia, peranan ibu bapa amat penting. Bagaimana ibu bapa mencorakkan keluarga tersebut? Bagaimana cara mendidik anak dan sebagainya adalah peranan ibu bapa. Bagi ibu bapa yang berjaya mencorakkan keluarga mengikut lunas-lunas Islam, insyaAllah anak-anak akan merasakan bahawa ”rumahku syurga ku” ibu bapa sentiasa menjadi idola kepada anak-anak.

Kenapa terjadinya nak-anak lari dari rumah? Kenapa berlakunya anak-anak lepak sana-sini? Ini adalah kerana mereka tidak menganggap bahawa rumah mereka syurga bagi mereka. Bagaimana menghasilkan keluarga mengikut acuan pada masa sekarang? Mungkin di sini dapat memberikan serba sedikit panduan bagi menghasilkan keluarga bahagia.

v Memilih pasangan hidup yang baik. Baik di sini sepertimana yag disarankan oleh Islam. Lebih baik juga pasangan itu sekufu.


v Memahami konsep hidup berkeluarga. Jika konsep tidak difahami maka sukar untuk menjalankan kehidupan. Lebih-lebih lagi jika berlaku sedikit salah faham. Maka akan terjadilah masalah yang lebih besar kelak.


v Pasangan juga hendaklah bersedia untuk mendidik keluarga. Jika tidak maka jadilah anak-anak yang terbiar hanya mendapat didikan dari guru-guru di sekolah sahaja. Didikan rohani yang sepatutnya dapat dipenuhi oleh ibu bapa terabai.


v Menyediakan suasana persekitaran yang harmoni. Antaranya dengan solat berjamaah, makan berjamaah, amalan tolong menolong, tazkirah selepas solat dan sebagainya.


v Perlu diingat juga rezeki yang halal perlulah diberikan kepada keluarga. Inilah yang akan membentuk rohani seseorang. Rezeki yang masuk ke dalam badan hendaklah dari sumber yang halal kerana ia akan menjadi darah daging seseorang.


v Prihatin terhadap perkembangan anak-anak. Contohnya pada usia anak 0-7 tahun anak-anak suka bermain. Umur 8-14 adalah masa sesuai untuk mendisiplinkan serta memberi tunjuk ajar kepada anak. Umur 15-21 anak-anak lebih kepada berkawan. Umur 21 tahun ke atas anak mahukan kebebasan. Ketahui perkembangan anak-anak dan sesuaikan dengan syariat.


v Analisis diri dari kacamata anak. Analisis diri kita. Siapakah kita dari pandangan anak-anak. Adakah sebagai seorang pemarah, pembengis, penyanyang atau sebagainya.


v Sedari setiap perbezaan anak-anak.


v Cakap serupa bikin


v Wujudkan suasana seronok dalam rumahtangga.


v Jadikan diri sebagai model kepada anak-anak

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi cara-cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi melahirkan keluarga bahagia. Lenturlah buluh biar dari rebungnya. Janganlah menunggu anak-anak sudah besar barulah hendak mendidik mereka. Baru hendak mengajar mereka. Wujudkan suasana harmoni di dalam keluarga agar anak-anak rasa sayang untuk keluar dari rumah.

Wa Allahu wa ’alam

1 ulasan:

baiti berkata...

sesuatu institusi yg kukuh bermula drpd institusi kekeluargaan. di sinilah bermulanya peranan penting ibu bapa dalam pendidikan anak2. anak2 umpama kain putih yg sedia diwarnai oleh ibubapa. persekitaran yg bersih perlu dijaga bg mengelakkan kain yg telah diwarnakan itu dicemari kekotoran. begitulah jua ibubapa. persekitaran pembesaran anak2 perlu sentiasa dipantau. byk faktor2 lain yg blh merosakkan pemikiran anak2.

sebelum mendidik anak, sebagai ibubapa, perlulah mendidik diri sejak awal. ibubapa perlu membentuk sebuah pimpinan melalui teladan. setiap perilaku mereka merupakan contoh ikutan anak2. pendidikan memerlukan psikologi. ia bermain dengan minda dan perasaan. ibubapa perlu memahami perasaan dan pemikiran anak2.
perancangan pembentukan keluarga amat penting bg memastikan setiap permata yg dilahirkan tidak bertukar kaca yg kelam warnanya serta retak menanti belah.

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket