Jumaat, 29 Julai 2011

SAUDARA BARU

alhamdulillah hari nie daku diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama2 dengan ustaz kat PDI nie mensyahadahkan seorang lagi SAUDARA muslim. selalunya daku just tlg2 sediakan air borak2 kejap..then daku meneruskan kerja2 ku. tp hari nie dari awal sampailah selesai syahadah.

saudara baru ini memilih nama ali hassan. dia kata dia suka nama tuh...dia org sweeden. speking la daku. ade kawan dia juga yg bawak dtg sini.almaklumlah english sweeden. susah jugak nak paham..kalo dia ckp laju pening jugak...masa dia pilih nama tuh dia tanya nama tuh ok ker..aku pun bgtaulah nama tuh baik dan bgtau maksud skali.. xbrani nak citer panjang2 sbb kang bebelit2 lidah nie kang..dah lama xspeking..vocab ilang dah..huhuhu..

borak2 jugak dgn dia..di sweeden ramai org islam katanya. kawan2 dia pun ramai nak masuk islam.dia dtg sini buat business la..dok kat PD.melalui apa dia cerita..rasanya dia ni jumpa dgn jemaah tabligh dari pakistan. dia tertarik dengan ukhwah yg mereka lakukan walaupun dia x islam.. dia kata very nice muslim..

dia blaja n serch islam melalui internet jer..dia kata setiap kali dia baca kat tenet tuh... ada bisikan kat telinga dia..tp kalo dia x de baca pasal islam kat tenet x de plak suara tuh..

tgk tadi dia sanggat bangga jadi org islam...cara dia..semangat dia...dpt sejadah cenderahati tadi pun dia terus tanya nak guna sekarang.lawak pun ada tp mmg semangat. byk menda jugak dia blaja dari sahabat2 pakistan yg dtg sini (rasanya mereka tuh jemaah tabligh kot)

byk benda jugak kami borakkan tadi..umur dia dah 52...tapi nampak muda lagi..biasalah mat salleh kan..alhamdulillah Allah memberikan hidayah kepadanya walaupun pada usia begitu..

bila dah selesai..bgtaulah now u are muslim.. dia punya suka yahoooo macam 1 kepuasan yg amat sgt. sampai terdetik dalam hati aku sendiri..org islam sendiri pun x bangga sampai macam nie dia islam....

selesai semua tadi.... aku pun bisikkan kepada anakku dlm perut nie..ku pegang perutku dan katakan padanya " anak umi dengar tadi kan ada orang syahadah..umi harap anak umi akan menjadi seorang penegak agama Islam dan dpt mengislamkan ramai ummat bukan sahaja dari segi kuantiti..tapi termasuk juga kualiti keislaman mereka..amin"

mungkin hikmahnya arinie aku tergerak hati nak ada dlm bilik shahadah tuh take part sampai selesai..untuk aku tunjukkan pada bakal khalifah ku ini supaya dia menjadi khalifah di bumi Allah dengan hidupnya dan matinya menegakkan syiar Islam..amin..ya rabb...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

very nice post - simple but very informative

buy backlinks

NuR ImAn KaMiLaH berkata...

syukran

Terjemahan Ayat-Ayat Al-Quran

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket