Isnin, 16 Januari 2012

satu perjuangan

bismillahirrahmanirrahim...
dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang...
dijadikan manusia ke muka bumi tidak lain dan tidak bukan hanyalah sbg khalifah pentadbir bumi menyembah Allah yg Esa.

sambil2 jaga baby dlm pantang nie..almaklumlah baby asyik tido jer... byk masa terluang kan..nak wat itu x leh wat ini x leh..so dari dok saje tuh kan..kadang2 termenung bermuhasabah diri...dulu sblm menjadi seorg ibu..sukar mengerti perasaan seorg ibu..tp skrg baru mengerti knp seorg ibu sgt2 menyangi seorg anaknya. walau siapa pun anak itu.Walaupun sipembuang bayi..sy yakin jauh disudut hatinya mesti ade punyalah walaupun x byk..mesti ade sikit pun jadilah rasa syg terhadap anak tuh..tp disebabkan rasa malu mengatasi kasih syg..tuh la jadinya...

mmg patutlah syurga itu dibawah telapak kaki ibu. mcm aku nie...dipaksa bersalin..Allahurabbi...sakit nak bersalin tuh lagi skit dari bersalin.. mcm org lain sakitnya sikit2 dah terasa 2 or seminggu sblm bersalin.. aku nie x rasa nak bersalin lansung.. rasa spt semua sakit2 sblm bersalin tuh di tapau sekali sakitnya dlm masa beberapa jam sblm baby kuar.. ckp ngan suami.. dulu penah dgr istilah org kata sakit sampai terkencing2. ini sakitnya bkn takat kencing, berak, muntah, hanya yg mengalami shj yg mengetahui.. sampaikan ade india katil sebelah tuh..suami dia tgk isteri dia sakit sampai kata x mo anak lagi dah..tp mak dia kata...ala..nanti ada lagi anak tuh... :) berbaloi la Allah meletakkan seorg ibu itu tinggi darjatnya. 3 kali syg ibu baru sekali syg bapa.kerna perjuangan seorang ibu itu tidak terhingga....

perjuangan seorg ibu akan berterusan dlm memberikan susu kepada anaknya...walaupun maha ngantoknya..bgun jugak bg susu kat anak...perjuangan demi perjuangan seorg ibu..pengorbanan demi pengorbanan...hanya kerna anaknya.

wahai anak...
hargailah ibu anda...kerna dialah satu2nya ibu anda..tiada pengganti..dia telah byk berjuang dan berkorban untuk anda. mungkin anda rimas ramai yg menyatakan demikian kerana anda blm merasai menjadi seorg ibu/bapa.. bila tiba masanya..anda akan mengetahuinya..dan jika ibu dan bapa anda telah pergi ketika anda baru merasainya..alangkah ruginya.. sygilah mereka..hargailah mereka..taatilah mereka dan paling peenting.. DOAkanlah mereka. DOA anda lebih berharga dari DUIT anda. jgn biarkan PENANTIAN mereka berlanjutan dengan PERHATIAN anda untuk mereka... semuanya blm terlambat sementara mereka masih ada..buat yg telah tiada.. DOA anda amat berharga buat mereka.

Tiada ulasan:

Terjemahan Ayat-Ayat Al-Quran

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket