Sabtu, 4 Julai 2009

Janganlah Menunjukkan Kejahilan Diri Sendiri

assalamualaikum pembuka bicara. Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi S.A.W, para sahabat dan seluruh pejuang Islam ke arah kebenaran.

alkisah seperti biasa diri ini ditugaskan untuk menjaga kedai setiap hari... alhamdulillah niat untuk berpuasa di bulan rejab sedang dijalankan. biasalah kan bukak kedai..susah nak dapat masa free. so kami mengambil inisiatif untuk menutup kedai seketika bagi menghormati maghrib dan dapatlah kami berbuka puasa n solat. maklumla malam2 kan..kejahatan byk berlaku. so kalo gilir2 solat sorg jer jaga kedai malam2 akan jadi bahaya. lagipun tujuan kami untuk menutup kedai pada waktu itu adalah untuk mendidik penduduk2 kawasan ini supaya menghormati waktu maghrib itu.

dulu..masa x buat macam tuh, bila azan jer...berpusu2 la org datang kedai. sepatutnya berpusu2 la yg dtg ke masjid. membuatkan kami solat masghrib lewat. kami ingatkan bila tutup kedai dan kami tambal notis di luar kedai mengakatan solat dan rehat maka mereka memahami. tetapi yang menyedihkan ade jugak yg x paham. ade yg terpekik2 di luar kedai. bukan kami x mendengarnya tapi membiarkan supaya mereka memahami.

sama jugak masa time solat jumaat. ade jugak segelintir peniaga lelaki tidak ke masjid untuk solat. dah la deretan kedai kami nie depan masjid, x ke merasa malu kalo x ke masjid. ada jugak yang x pergi ke masjid tetapi menutup kedai mereka. yang lagi sedeh dah la xpg masjid. duduk lepak2 depan kedai dia. dengan anak2 lelaki sekali. ya Allah..camnerla anak nak ke masjid kalo si ayah yang sepatutnya menjadi contoh yang baik memberikan contoh yang negatif. saya yang melihat plak rasa malu. tambah malu bila kedai depan masjid.

janganla menunjukkan sgt kejahilan diri tuh. walaupun tahu diri tuh x solat, jgn la menunjuk2 kan diri itu x solat. itu baru perihal solat dah beberapa org peniaga jer.. kalo lihat dalam kelompok yang lagi besar... macam2 lagi menda yang akan berlaku.. nauzubillah..jauhkan daku dari sebarang kejahilan ya Allah...amin...

Tiada ulasan:

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket