Selasa, 5 Ogos 2008

SIRAH - PUTERA PUTERI NABI, SALING CEMBURU ANTARA ISTERI2 NABI DAN PERJALANAN RUMAHTANGGA NABI

PUTERA PUTERI RASULULLAH


Ibnu Abbas berkata, ” Anak pertama Rasulullah yang dilahirkan di Mekkah sebelum beliau diangkat menjadi Nabi adalah Qasim. Dengan nama tersebut, baginda digelak Abu Qasim. Kemudian lahirlah Zainab, Ruqayyah, Ummi Kalsum dan Fatimah. Sedangkan putera yang dilahirkan setelah beliau diangkat menjadi Nabi adalah Abdullah. Ia mempunyai nama lain iaitu Ath-Thayyib dan Ath-Thahir. Ibu yang melahirkan mereka semua adalah Khadijah Binti Khuwailid. (Imam Ibnu Jauzi, terj. Mahfud Hidayat, Abdul Mu’iz, 2006. hlm 536)

QASIM DAN ABDULLAH

Diantara anak-anak Rasullullah, yang pertama meninggal dunia ialah Qasim , kemudian disusuli oleh Abdullah. Qasim telah meninggal dunia ketika masih berumur 2 tahun. (Imam Ibnu Jauzi, terj. Mahfud Hidayat, Abdul Mu’iz, 2006. hlm 536-537). Menurut Mujahid pula dia hidup hanya selama tujuh hari sahaja. Manakala Ibnu Faris pula berpendapat bahawa Qasim telah menjadi seorang kanak-kanak semasa kematiannya.(S.M. Madni Abbasi terj. Siti Sujinah Sarnap, Al Haqir Hamizan Hussin.1996.hlmn170-171)

ZAINAB BINTI MUHAMMAD S.A.W

Zainab adalah anak pertama Rasullullah dengan isteri pertamanya Khadijah. Ia dilahirkan 10 tahun sebelum Nabi S.A.W dilantik menjadi rasul. Iaitu ketika baginda berumur 30 tahun. Zainab berkahwin dengan sepupu sebelah ibunya, Abul ’As Bin Rabi Laqit. Zainab mempunyai 2 orang anak bersama suaminya bernama Umamah dan seorang lagi anak lelaki bernama Ali. Ada ahli sejarah menyetakan Ali meninggal ketika masih kanak-kanak, tetapi menurut sumber lain ia hidup untuk beberapa lama dan diriwayatkan turut mengambil bahagian dalam peperangan Yarmuk di mana dia telah gugur syuhada’. Anak perempuan Zainab iaitu Umamah hidup lebih lama. Nabi S.A.W amat menyanyanginya. Kedua-dua anak Zainab dipelihara oleh datuknya iaitu nabi Muhammad S.A.W

Dalam tahun ke 3 kerasulan baginda, nabi telah diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah. Zainab tinggal bersama suaminya yang masih musyrik. Tidak lama selepas itu terjadilah peperangan Badar yang mana Abul ’As turut menyertai bersama-sama kaum msyrikin Makkah untuk menentang tentera Islam. Abul ’As ditawan oleh Abdullah bin Zubair. Bagaimanapun beliau dibebaskan dengan syarat bahawa apabila sampai ke Makkah, dia hendaklah menghantar Zainab ke Madinah.

Tidak lama Abul ‘As samapai ke Makkah, dia mengirimkan Zainab ke Madinah dengan diiringi oleh saudaranya, Kinanah. Semasa sampai di suatu tempat bernama Zi Tuwa, Kinanah dan Zainab dikejar oleh orang-orang musyrikin Mekah. Salah seorang dari mereka, Habbar bin Aswad telah memukul Zainab dengan lembing hinggadia terjatuh dari untanya. Pada ketika itu Zainab sedang hamil lalu kandungannya gugur disertai darah yang banyak. Kinanah mengeluarkan anak panah dan bersedia memanah musuh Allah itu. Orang-orang Musyrikin serta merta berhenti dari menyerang Zainab. Lalu Abu Sufyan maju ke depan sambil menyuruh Kinanah meletakkan anak panahnya dan mendengar kata-kata Abu Sufyan.

Kinanah bersetuju dengan cadangan Abu Sufyan lalu kembali ke Makkah. Setelah beberapa hari mendiamkan diri di Makkah, Kinanah menghantar Zainab dalam suasana kegelapan malam agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Dalam masa itu Nabi menutuskan Zaid bin Harithah untuk mengambil Zainab. Beliau bertemu Kinanah yang ketika itu sedang dalam perjalanan di suatu tempat bernama Batnyajaj. Kemudian Kinanah mnyerahkan Zainab kepada Zaid. Meskipun telah berpisah, Abul ’As tidak dapat melupakan isteri yang sangat dicintai itu. Dia selalu menggubah syair dan memuji isterinya di dalam syair-syair ciptaannya.

Pada awal tahun 6 hijri, Abul ’As telah pergi berniaga di Syiria. Kafilah dangangan Abul ‘As telah diserang oleh tentera bermuda orang-orang Islam. Orang-orang Islam telah menawan Abul ’As dan merampas barang-barangnya dan turut dibawa ke Makkah. Di sana dia telah dilindungi oleh Zainab. Apabila Rasulullah sampai di rumah, Zainab datang menemui baginda dan meminta agar barang-barang dagangan yang di rampas dikembalikan. Semua kaum muslimin yang merampas barang-barang Abul ’As bersetuju mengembalikan semula kepadanya demi kerana menurut perintah Rasulullah . setelah menerima kembali barang-barang dagangannya, Abul ’As pulang ke Makkah, di mana dia menjelaskan semua amanah yang diberikan oleh orang-orang musyrikin dan kemudia pada suatu hari di dalam bulan muharrah tahun ke 7 hijrah Abul ’As memeluk Islam.

Zainab sangat menyanyangi bapanya dan suaminya. Kesetiannya kepada suaminya dapat dibuktikan apabila dia sanggup memberikan perlindungan kepada suaminya di Madinah di mana masa suaminya masih belum memeluk Islam. Zainab hidup lebih setahun selepas Abul ’As memeeluk Islam dan meninggal dunia dalam tahun 8 hijrah. Dia meninggal kerana kesakitan yang dialami ekoran keguguran semasa diserang oleh kaum musyrikin Makkah. .(S.M. Madni Abbasi terj. Siti Sujinah Sarnap, Al Haqir Hamizan Hussin.1996.hlmn172-178)


RUQAYYAH BINTI MUHAMMAD S.A.W

Ruqayyah dilahirkan 7 tahun sebelum kerasulan bapanya. Pada masa kelahiran Zainab, nabi berusia 30 tahun dan semasa kelahiran Ruqayyah nabi berumur 33 tahun. Ruqayyah merupakan puteri kedua nabi S.A.W. .(S.M. Madni Abbasi terj. Siti Sujinah Sarnap, Al Haqir Hamizan Hussin.1996.hlmn179). Ruqayyah telah berkahwin dengan Utbah iaitu anak kepada Abu Lahab.

Dalam satu riwayat, apabila turun surah al-Lahab, Abu Lahab dan isterinya ummu jamil telah memaksa anak mereka, Utbah supaya menceraikan Ruqayyah kerana mereka sangat benci dan marah kepada Nabi S.A.W. dan kegiatan dakwah baginda. Mereka mengancam sekiranya Utbah enggan menceraikan anak perempuan nabi, mereka berdua i akan memulaukannya. Kerana desakkan yang bertalu-talu dari kedua ibu bapanya, Utbah terpaksa menceraikan isterinya itu. .(S.M. Madni Abbasi terj. Siti Sujinah Sarnap, Al Haqir Hamizan Hussin.1996.hlmn179-180) Selepas peristiwa pengislaman Uthman, Uthman telah dikahwinkan dengan Ruqayyah di Makkah.

Dalam tahun kelima selepas Nabi diangkat menjadi rasul, Ruqayyah berhijrah ke Habsyah bersama Uthman. Diriwaykan oleh Asma binti Abu Bakar bahawa :
”Semasa Nabi SAW dan Abu Bakar bersembunyi di dalam gua, aku telah disuruh supaya menghantar makanan kepada mereka. Uthman telah meminta izin kepada Nabi untuk berhijrah ke habsyah bersama Ruqayyah. Tatkala aku mengirimkan makanan kepada mereka berdua, nabi bertanya samaada Uthman dan isterinya telah pergi. Aku menjawab dengan mengiyakan. Lalu nabi SAW berkata kepada ayahku bahawa selepas Lut dan Ibrahim a.s , Uthman merupakan orang yang pertama bersama isterinya yang berhijrah kerana menyelamatkan diri dari tekanan kaum musyrikin”

Semasa di Habsyah , Ruqayyah telah melahirkan anak lelali bernama Abdullah. dengan kelahiran anak ini, Uthman mendapat kunniyat iaitu Abu Abdullah. sebelum itu, semasa hijrahnya yang pertama ke Habsyah, Ruqayyah mengalami keguguran. Semasa berusia enam tahun, Abdullah telah diserang oleh seekor ayam jantan dengan paruhnya. Tikaman paruh yang tajam itu terkena pada matanya.

Akhirnya muka kanak-kanak itu menjaddi bengkak dan tubuhnya terkena racun yang akhirnya membawa kepada kematiannya pada jamadil Awal dalam tahun 4 Hijrah. Nabi sendiri mengimami solat jenazah sementara Uthman pula menurunkan jenazah anaknya dalam liang lahad. Selepas anak ini, ruqayyah tidak mempunyai anak lagi.

Sessampainya di Madinah pada tahun 2 hijrah, Ruqayyah diserang penyakit cacar. Beliau mengalami sakit itu selama beberapa lama. Pada ketika itu, berlakulah peperangan Badar. Nabi SAW pergi ke medan pertempuran dan meninggalkan Uthman yang diarahkan supaya menjada isterinya yang sedang sakit itu. Kemudian, dalam bulan Ramadhan, setelah 1 tahun 7 bulan nabi berhijrah ke Madinah, Ruqayyah menghembuskan nafasnya yang terakhir.tatkala jenazahnya telah selesai dikebumikan, Zaid bin Harithah sampai ke Madinah dengan membawa berita kemenangan umat Islam dalam peperangan Badar. .(S.M. Madni Abbasi terj. Siti Sujinah Sarnap, Al Haqir Hamizan Hussin.1996.hlmn179-186)


UMMU KALTHUM BINTI MUHAMMAD SAW

Ummu Kalthum ialah anak perempuan ketiga Rasulullah dengan isterinya Khadijah. Selapas kematian Ruqayyah, nabi telah mengahwinkan Ummu Kalthum kepada Uthman sebagai ganti kakaknya yang telah meninggal dunia dan sebagai mengubati luka di hati Uthman. Oleh kerana itu Uthman digelar ”Zun Nurain” kerana berkahwin dengan 2 orang puteri Rasullullah.

Nabi pada awalnya telah mengahwinkan Ruqayyah dengan Utbah , anak Abu Lahab dan Ummu Kalthum pula dengan anak kedua Abu Lahab Utaibah. Perkahwinan itu dibuat sebelum Nabi SAW diangkat menjadi rasul. Tetapi apabila Rasullullah menyebarkan dakwah secara terang-terangan. Dan surah al-Lahab diturunkan kepadanya, Abu Lahab memanggil kedua-dua anak meraka itu dan menyuruh mereka menceraikan isteri-isteri mereka.

Ummu Kalthum tidak mempunya anak. Beliau menetap di Madinah hingga pada hari-hari terakhir dalah hidupnya. Selepas 5 tahun perkahwinannya dengan uthman, dia meninggal dunia dalam bulan sya’ban tahun hijrah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW sangat dukacita dengan kematian Ummu Kalthum. Baginda duduk di sisi kubur Ummu Kalthum sambil airmatanya mengalir jatuh ke pipi baginda. .(
S.M. Madni Abbasi terj. Siti Sujinah Sarnap, Al Haqir Hamizan Hussin.1996.hlmn187-190)


FATIMAH BINTI MUHAMMAD SAW

Fatimah dilahirkan lima tahun sebelum kerasulan nabi Muhammad SAW. Tahun itu merupakan tahun kebaikan di mana kaum Quraisy sibuk membina semula Kaabah. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Fatimah dilahirkan tatkala Nabi SAW berusia 35 tahun dan Kaabah sedang dibaiki semula. Disebut dalam kitab Isabah bahawa beliau berumur 5 tahun lebih tua dari Aisyah.

Beliau merupakan anak bongsu Nabi SAW. Beliau merupakan empat orang perempuan pilihan Allah. Rasullullah SAW bersabda :
”Dikalangan lelaki ramai yang baik, tetapi di kalangan wanita pula hanya empat iaitu Asiah isteri Firaun, Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad SAW”

Beliau merupakan ketua segala wanita di dunia dan penghulu wania di syurga. Gelaran Tahirah, Mutahirah Zakiah, Raziah, Marziah dan Batul. Al- Hafiz Ibnu Hajar berkata bahawa beliau dinamakan Fatimah kerana Allah akan melindunginya dan para sahabatnya dari api neraka jahannam.

Sejak kecil lagi Fatimah merupakan seorang yang tenang, lemah lembut dan serius. Saudara-saudara perempuannya yang lain selalu mengambil bahagian dalam permainan tetapi beliau tidak mengikuti mereka. Beliau tidak suka keluar dari rumah tanpa urusan yang mustahak dan kerap menyendiri serta suka duduk di samping ibunya. Nabi SAW menghargai keserdehanaannya dan tidak mempedulikan urusan dunia dan oleh kerana itu beliaau dipanggil Batul. Oleh kerana beliau menyerupai ayahnya dari segi bentuk paras ruapa dan peribadinya, beliau dipanggil Zakiah dan Raziah.

Apabila Rasullullah SAW berhijrah ke Madinah, Fatimah masih lagi belum berkahwin lagi. Beberapa orang telah cuba meminangnya. Pertama Abu Bakar tetapi nabi menyuruhnya supaya menunggu perintah dari langit. Abu Bakar membincangkan masalah ini dengan Umar dan menyuruh Umar meminang Fatimah. Namun, Nabi memberikan jawapan yang serupa sahaja. Kemudian para sahabat mencadangkan Ali mengemukakan pinangan terhadap Fatimah. Ali merasakan keberatan kerana melihat pinangan sahabat yang lebih utama iaitu Abu Bakar dan Umar ditolak oleh baginda. Beliau merasa yakin bahawa beliau tidak akan berpeluang mengahwini anak perempuan Nabi SAW. tetapi para sahabat mendesak agar beliau mencuba nasib.

Lalu Ali memberanikan diri meminang Fatimah dari Nabi SAW. Baginda menerima pinangan tersebut. Baginda menerima pinangan tersebut. Baginda juga membincangkan dengan Fatimah dengan memberitahu bahawa Ali ingin berkahwin dengannya. Fatimah hanya mendiamkan diri sahaja. Diamnya itu dianggap setuju oleh nabi SAW. tidak lama kemudian, Fatimah berkahwin dengan Ali dalam bulan Muharam tahun 2 hijrah iaitu empat bulan sesudah perkahwinan nabi SAW berkahwin dengan Aisyah.

Fatimah mempunyai dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan yang dinamakan Hasan, Husin, Ummu Kalthum dan Zainab hasil perkahwinan dengan Ali. Nabi SAW sangat menyanyagi cucu-cucu baginda itu. Fatimah telah mendapat penghormatan iaitu penerusan generasi bapanya melalui Ali.

Fatimah bukan sahaja sangat menyerupai ayahnya dari segi paras rupa, tetapi beliau juga mirip kepada ayahnya dalam tingkah laku dan perbuatan. Apabila beliau menziarahi ayahnya, nabi akan berdiri untuk mengucapkan selamat datang, mencium dahinya dan mendudukkannya disisi baginda. Menurut Bukhari, Nabi SAW bersabda :
”Fatimah adalah sebahagian dari diriku, barangsiapa menyakitinya maka ia menyakitiku”

Fatimah merupakan wanita soleh dan bertaqwa. Beliau telah menghabiskan seluruh hidupnya dalam kemiskinan dan serba kekurangan duniawi. Mereka suami isteri hidup dalam keadaan kesulitan. Di sebalik kesusahan yang dilaluinya, Fatimah merupakan contoh kesabaran dan ketaqwaan terhadap Allah. Beliau sentiasa beristiqamah dengan kebenaran dan kesabaran. Tiada seorang wanita yang dapat menandingi peribadi dab kehidupannya. Beliau melakukan kerja-kerja rumah sendiri. Beliau menggiling gandum hingga tangannya yang halus dan lembut itu menjadi kasar. Beliau mengangkat air dalam bekas dari kulit binatang setiap hari sehingga bahu dan pinggangnya tumbuh bintik-bintik keras.

Nabi SAW meninggal dunia ketika Fatimah berusia 29 tahun. Aisyah berkata bahawa sebelum baginda wafat, Fatimah datang untuk menziarahi baginda. Cara ia berjalan benar-benar menyerupai ayahnya. Nabi SAW menegur Fatimah :
”Selamat datang wahai Fatimah”
Kemudian didudukkanya Fatimah disampingnya. Kemudian, baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah. Lalu menangis. Baginda berbisik lagi ke telinga Fatimah yang membuatkan beliau tertawa. Aisyah r.a berkata bahawa beliau hairan melihat Fatimah lalu tertawa. Beliau mengajukan pertanyaannya kepada Fatimah, namun Fatimah enggan menjawab. Aisyah bertanya lagi, lalu Fatimah menjawab :

”Biasanya malaikat Jibril a.s membacakan al-Quran hanya sekali dalam setahun, tetapi tahun ini ia telah membacakan sebanyak dua kali. Rasulullah SAW menyedari bahawa kematiannya sudah hampir. Di antara ahli Bait, akulah yang terlebih dahulu mengikutinya. Ini membuat aku menangis. Kemudian, nabi SAW bertanya kepadaku apakah aku tidak suka menjadi penghulu wanita di syurga. Ini membuat aku tertawa.”

Ketika nabi SAW sedang menghadapi kesakitan maut, Fatimah merasa sangat kasihan melihat keadaan bapanya itu lalu berkata :
”Aku tidak sampai hati melihat keadaan ayahku”
Nabi SAW menjawab :
”Ayahmu tidak akan merasa sakit lagi selepas hari ini ”

Selepas kewafatan Rasulullah, hanya Fatimah sahajalah anak baginda yang masih hidup. Kewafatan baginda telah menyebabkan Fatimah dilanda kesedihan yang teramat sangat. Beliau selalu menangis kerana kehilangan ayah kesayangannya itu. Beliau hanya hidup selepas enam bulan sahaja selepas kewafatan ayahnya.

Seperti saudara perempuannya yang lain, Fatimah juga meninggal dunia dalam usia yang masih muda. Pelbagai pendapat yang menyatakan bilakan Fatimah meninggal dunia. Tetapi mengikut riwayat yang sahih, beliau meninggal dunia 6 bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW. ketika berusia 29 tahun dalam bulan Ramadhan tahun 11 hijrah. Dengan demikian benarlah ucapan nabi SAW bahawa Fatimah adalah orang pertama sekali dalam keluarga baginda yang mengikutinya.

Tidak diketahui apakah punca yang menyebabkan penyakitnya. Diriwayatkan bahawa beliau meninggal dunia kerana diserang sakit biasa. Ummu Salamah berkata bahawa Fatimah menghembuskan nafasnya yang terakhir, pada masa itu Ali tiada di rumah. Beliau meminta air untuk mandi dan pakaian yang sesuai. Selepas mandi belai memakai pakaian itu. Beliau meminta supaya tempat tidurnya disediakan. Lalu baring dengan menghadap ke kiblat. Kemudian beliau memberitahu Ummu Salamah bahawa kematiannya sudah hampir. Oleh kerana beliau telah mandi, maka beliau memintakan agar beliau tidak dimandikan lagi sesudah mati nanti, dan tubuhnya pula haruslah diselubungi kain kafan. Tidak lama selepas itu, beliau meninggal dunia. Apabila ali sampai ke rumah, Ummu Salamah menceritakan apa yang telah terjadi. Lalu Fatimah dikebumikan menurut wasiatnya. .(S.M. Madni Abbasi terj. Siti Sujinah Sarnap, Al Haqir Hamizan Hussin.1996.hlmn191-206)


PERSELISIHAN FAHAM DAN SALING CEMBURU ANTARA ISTERI-ISTERI NABI

Sifat semulajadi wanita mudah terikut-ikut dengan perasaan sensetif dan cemburu. Mereka selalu terpengaruh dengan pendirian atau satu-satu peristiwa yang dihadapi. Isteri-isteri nabi SAW juga termasuk ke dalam golongan wanita sama seperti manusia-manusia lain. Mempunyai emosi dan daya sensitiviti mereka sendiri. Secara tabiinya akan berlaku di kalangan mereka perselisihan dan salah faham kecil. Secara tabiinya jugalah Rasulullah akan bertindak sebagai pendamai dan guru sehingga perselisihan yang berlaku dapat diselesaikan. Dengan baik. Dengan itu jiwa-jiwa mereka terdidik. Mereka pula menjadi ikutan kepada wanita-wanita lain dan model kepada para isteri dan ibu-ibu orang lain.

Timirzi meriwayatkan, sampai berita kepada Sifiyah yang Aisyah dan Hafsah mengatakan : kami lebih mulia di sisi Rasulullah berbanding beliau, lalu Sufiah menceritakan hal itu kepada nabi SAW. nabi bersabda : kenapa andan tidak menyatakan : bagaimana anda berdua boleh menjadi mulia daripada saya, sedangkan suami saya Muhammad, ayah saya Harun dan bapa saudara saya Musa. .( Prof Dr. Ibrahim Sya’wat dan Dr Abdullah Nasih Ulwan. Terj Ustaz Basri bin Ibrahim al-Hassani al-Azhari. 2004. hlmn 126-127)

Sebagaimana yang diketahui Khadijah binti Khuwailid r.a adalah isteri Rasulullah SAW yang pertama. Baginda menghabiskan zaman mudanya bersama dengan Khadijah. Apabila Khadijah RA meninggal dunia, nabi mwngingatinya sepanjang hayatnya, malah baginda memberi penghormatan kepada rakan-rakan dan kenalan Khadijah pada masa hidupnya.

Oleh kerana itulah Ibn Abd al-Bar dan al-Dawlabi meriwayatkan Asilla r.a pernah merasa cemburu terhadap Khadijah r.a setiap kali Rasulullah SAW menyebut tentang Khadijah di hadapan beliau. Suatu kali Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW : bukankah Khadijah itu hanya seorang perempuan tua yang telah digantikan oleh Allah dengan perempuan yang lebih baik darinya?

Mendengar kata-kata tersebut Rasulullah SAW naik radang seraya bersabda : Demi Allah sesungguhnya Allah belum menggantikan untukku perempuan yang lebih baik daripada Khadijah. Beliau beriman kepadaku di saat semua orang pada masa itu menolak risalahku. Beliau mempercayaiku di saat orang ramai mendustakan aku. Beliau juga membantu perjuanganku dengan segala harta bendanya, di saat orang ramai tidak sanggup menghulurkan harta bendanya untuk Islam dan Allah SWT juga telah menganugerahkan kepadaku anak-anak melalui beliau, sedangkan isteri-isteri yang lain tidak dikurniakan zuriat.

Ujar Aisyah seraya berkata : saya berkata kepada diri saya : saya tidak akan menyebut lagi perkara buruk terhadap Khadijah selepas itu buat selama-lamanya.

Al-syeikhain meriwayatkan daripada Aisyah katanya : saya tidak begitu cemburu terhadap isteri-isteri nabi yang lain sebagaimana cemburu saya terhadap Khadijah. Saya tidak pernah melihatnya tetapi nabi SAW selalu menyebutnya di hadapan saya. Kadang-kadang baginda menyembelih kambing kemudian memotong anggota-anggotanya lalu dibahagi-bahagikan keoada orang ramai atas nama sedekah untuk Khadijah. .( Prof Dr. Ibrahim Sya’wat dan Dr Abdullah Nasih Ulwan. Terj Ustaz Basri bin Ibrahim al-Hassani al-Azhari. 2004. hlmn 122-124)



PERJALANAN RUMAH TANGGA RASULULLAH SAW

Rumah tangga rasulullah merukan rumah tangga yang patut dijadikan contoh dan teladan kepada semua muslimin dan muslimat. Seluruh perjalanan rumah tangga baginda mempunyai kesempurnaan yang menjadi teladan. Dalam kertas kerja ini kami akan membincangkan tentang perjalanan rumah tanggan Rasulullah melalui contoh teladan sebagai seorang suami.

PEMBAHAGIAN YANG ADIL

Rasulullah berusaha membahagikan masa dikalangan isteri-isterinya secara adil. Baginda mengatur satu hari untuk setiap orang isteri. Apabila giliran seorang isteri, bagind akan bermalam di sisinya. Apabila rasulullah ingin keluar bermusafir baginda akan melakukan undian di kalangan isteri-isteri baginda. Mana-mana dikalangan mereka terkena undi tersebut, baginda akan keluar dengannya dami merialisasikan keadilan. Ketika mana baginda menunaikan fardu haji, baginda membawa semua isterinya.

MENGHORMATI PENDAPAT ISTERI

Rasulullah menerima pandangan isteri-isteri baginda dalam perkara yang mereka tidak setuju dan baginda tidak marah kalau mereka membuat demikian, sehinggalah isteri-isteri sahabat mengikut jejak langkah mereka. Umar pernah menyatakan : saya pernah menjelaskan sesuatu perkara kepada isteri saya dan beliau menolak apa yang telah saya jelaskan itu. Saya menegur perbuatannya yang menolak apa yang telah saya nyatakan itu. Ujarnya : kenapa anada tidak membenarkan saya menolak apa yang dinyatakan oleh anda itu? Demi Allah sesungguhnya isteri-isteri nabi SAW pernah menolak apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

MEMBANTU KERJA-KERJA RUMAH

Al-Tabari dan lain-lain meriwayatkan Aisyah r.a pernah ditanya : apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di rumah. Ujarnya : sebagaimana yang dilakukan oleh mana-mana lelaki dari kalangan anda semasa di rumahnya. Baginda membantu kerja-kerja rumah isterinya seperti memotong daging, menyapu rumah dan membantu khadam melakukan kerjanya. Dalam satu riwayat Rasulullah menampal sepatunya, menjahit pakaiannya dan melakukan kerja-kerja rumah seperti yang dilakukan oleh mana-mana lelaki dari kalnagn anda di rumahnya.

MENJAUHI DARI MEMUKUL ISTERI

Ibn Sa’ad meriwayatkan di dalam Tabaqatnya, seramai 70 orang perempuan menagadu kepada Rasulullah yang suami masing-masing memukul mereka. Rasulullah marah dengan kejadian itu dan menyatakan baginda tidak suka melihat perkara tersebut berulang lagi selepas ini. baginda bersabda ketika seorang wanita mengadu dipikul oleh suaminya : Masih ada dikalangan anda yang memukul isterinya sepertimana dia memukul hamba kemudian dipeluknya pula isterinya itu selepas itu tanpa perasaan mali.

Kalau Rasullualh SAW menolak perbuatan orang ramai memukul isteri masing-masing, baginda pula telah memberikan satu contoh teladan yang baik kepada para sahabatnya di dalam menunjukkan sifat lemah lembut kedapa para isterinya dan tidak pernah memukul isteri-isterinya itu. Ibn Sa’ad meriwayatkan daripada Aisyah r.a beliau menyatakan : Rasulullah SAW tidak pernah memukul mana-mana perempuan, khadam dan juga sesuatu dengan tangannya kecuali ketika berjihad di jalan Allah

BERSENDA GURAU DAN BERMANIS MUKA

Rasulullah SAW sentiasa tersenyum di hadapan isteri baginda, belembut dan bergurau dengan mereka. Ibn Sa’ad meriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya : Rasulullah adalah manusia yang paling mulia dan dalam masa yang sama beliau juga seperti mana-mana lelaki dari kalangan kamu tetapi beliau seorang yang suka senyum.

Dari segi bergurau, nabi SAW selalu bergurau dengan isteri baginda ketika baginda bersendirian dengan mereka, aisyah adalah isteri yang paling mendapat tempat di hati baginda di kalangan isteri-isteri baginda selepas Khadijah. Al-Imam Ahmad meriwayatkan di dalam Musnadnya Um al-Mukminin Aisyah pernah keluar bersama Rasulullah SAW dalam salah satu perjalanan jauh baginda. Pada masa itu Aisya mempunyai tubuh yang kurus dan belum lagi gemuk.

Saya telah berlumba dengan baginda dan saya menang dalam perlumbaan tersebut. Rasulullah SAW membiarkan sehingga saya kelihatan gemuk sedikit. Suatu ketika yang lain saya keluar bersama baginda. Rasulullah SAW telah berlumba dengan saya dan baginda menang di dalam perlumbaan itu. Baginda bersabda : ini baru seri satu berbalas satu.( Prof Dr. Ibrahim Sya’wat dan Dr Abdullah Nasih Ulwan. Terj Ustaz Basri bin Ibrahim al-Hassani al-Azhari. 2004. hlmn 118-126)

KESIMPULAN

Melalui serba sedikit cerita yang telah kami lakarkan di dalam kertas kerja ini dapatlah disimpulkan bahawa Rasulullah SAW adalah contoh taulan yang telah termaktub di dalam al-Quran akan baginda sebagai contoh tauladan semua ummatnya. Melalui perkahwinan khususnya, bagaimana baginda menjalankan poligami yang adil terhadap isteri-isteri baginda serta hikmah di sebalik perkahwinan yang telah terjadi serta perjalan kehidupan rumah tangga Rasulullah memberikan banyak panduan-panduan kepada seluruh umat Islam. Bagaimana cara baginda bergaul, melayani isteri dan anak-anak dan sebagainya juga harus dijadikan iktibar bagi semua umat Islam. Inilah juga kenapa kita harus mengkaji sejarah Rasulullah kerana di situ terdapat pelbagai hikmah samaada secara tersurat ataupun tersirat yang telah ditentukan oleh Allah.

RUJUKAN

Prof Dr. Ibrahim Sya’wat dan Dr Abdullah Nasih Ulwan. Terj. Ustaz Basri bin Ibrahim al-Hassani al-Azhari. 2004. Tuduhan tidak berasas terhadap perkahwinan dan poligami Rasulullah SAW dan jawapan terhadapnya. Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur

Imam Ibnul Jauzi terj. Mahfud Hidayat dan Abdul Mu’iz. 2006. Al-Wafa’- kesempurnaan peribadi Nabi Muhammad SAW.. Yakarta Timur.

S.M. Madni Abbasi terj. Siti Sujinah Sarnap, Al Haqir Hamizan Hussin.1996. Keluarga Nabi Muhammad SAW. Percetakan Zafar Sdn Bhd, Johor Baharu.




Tiada ulasan:

Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket