sekarang nie..dah jadi anak abah...mana abah pegi ikut jer...anak abah la katakan.. pegi joging..ngan abah..tp jeles tgk abah.. abah pandai ckp cina..tamil sikit la.. bila pegi joging jumpa ramai org cina. abah borak2 dgn diaorg..jeles rasa kita x paham ape dia ckp..dia gelak2 x bleh nak gelak sama..sbb x tau ape yg diaorg borak..
bila pergi terapi..abah borak2dgn kawan2 cina yang sama kerja balak dulu. bukan main dia seronok.. semua org2 yg pg terapi tuh pandang jer..tgk abah ckp cina.. ish..jeles jeles... ade plak org india yang datang terapi.. abah pun tegur diaorg guna bahasa tamil..tp x la fasih mcm ckp cina..
bila fikir2...mmg kepelbagaian bahasa itu perlu.. terutama seorg daie.. bukan sahaja tau bahasa melayu. kita nak menarik golongan lain masuk Islam..tp kalo kita x tau bahasa mereka..mungkin akan ada miss comunication kat situh.
dengan kefasihan kita pelbagai bahasa pun kita dapat menarik minat org bukan islam untuk memeluk islam...senang untuk mengajak dan memujuk mereka..btul kan? tuh la..kena la blaja pelbagai bahasa bg memudahkan kemonikasi...
Jumaat, 29 Mei 2009
Khamis, 28 Mei 2009
Jadual Baru
alhamdulillah dah 2 minggu lebih berada di rumah...rindu rasanya nak gi kuliah..jumpa kawan2...program2 persatuan..meting....kalo dulu..sikit2 meting..sikit2 meting..skrg boring plak rasa..hehehe biasalah...kehidupan datang dan pergi lumrah hidup...yang tinggal hanya kenangan...
sejak 2 minggu nie bermulalah jadul aktiviti harian yang baru... kalau dulu..bgun pagi ingt kuliah..tutorial...asgment..tesis...kelab..dll.... skrg...semuanya dah berubah...
skrg nie..bangunpagi..subuh..
lepas subuh siap2 pegi joging... kalo lambat abah tinggalkan..tuh gertak abah jer la tp abah x pernah tinggalkan pun...
balik joging wat sarapan...pas masak siap2 nak pg terapi plak...
sarapan dl..pastu merempit lagi ngan abah gi bahau..gi terapi...balik terapi jaga kedai...
kalau x jaga kedai..jaga anak2 buah kat rumah... kalo jaga kedai..pkul 9.30 mlm br ttp kedai...sampai rumah badan pun dah penat...tgk tv sinetron intan...kadang2 tertido dpn tv..hikhikhik
padat sungguh aktiviti harian ku skarang...
tp x pe..niatkan semuanya kerana Allah..insyaAllah...

Rabu, 15 April 2009
MENGENALI DIRIMU
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.... Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti UKHWAH DAN KASIH SAYANG.
Isnin, 13 April 2009
bab 5
alhamdulillah...penulisan tesis saya telah berjaya sampai ke bab 4...
sekarang nak sambung ke bab 5
tp apekan daya mungkin Allah belum memberikan hidayah kepada sy untuk tulis..
blur x tau nak tulis ape dlm bab cadangan kepada animasi upin dan ipin edisi puasa..
kalau ade sesapa yang ade cadangan untuk perbaiki animasi tuh..silala berikan tlg sy ekk...
syukran....

Sabtu, 11 April 2009
SEMANIS KASIH SEHANGAT CINTA
Zaman remaja merupakan saat-saat yang paling menduga keimanan. Zaman remaja inilah zaman yang sinonim dengan zaman bercinta. Saat-saat bercinta inilah membuatkan seseorang itu merasakan amat bahagia. Membuatkan seseorang itu sentiasa tersenyum ceria. Ketika hangat bercinta inilah segala-galanya indah belaka. Mereka yang sedang bercinta merasakan dunia ini hanya milik mereka berdua, tidak menghiraukan orang lain, malah ada yang sanggup membuang ibu bapa, sanak saudara, malah ada yang sanggup membuang agama kerana cinta.
Ketika hangat bercinta inilah sayang terhadap sang kekasih meluap-luap. Rindu akan kekasih hati setiap saat. Sehari dirasakan seperti setahun lamanya. Terungkailah kata-kata cinta. Terlafazlah janji setia sehidup semati. Ketika ini bila ditanya, indahkan bercinta itu? Sudah pastilah indah bagi mereka.
Saat-saat bercinta inilah semuanya indah. Semua yang buruk dipandang cantik, mana yang salah dipandang betul. Semuanya hanyalah kerana cinta, kasih dan sayang. Apabila cinta diakhiri dengan kemusnahan, maka manusia itu akan menyalahkan takdir. Mereka tidak mahu melihat kesilapan diri sendiri. Adakah cinta mereka itu kerana Allah atau kerana nafsu?
Sudahkah cukup cinta kita kepada Allah pencipta kita? Sebelum kita mencintai hamba yang diciptakan oleh Allah. Sudah cukupkan cinta kita kepada Allah sebelum kita mengalihkan cinta kita kepada manusia? Sudah terbalaskah cinta yang Allah berikan kepada kita?
Kejarlah cinta kepada Allah, nescaya cinta kepada manusia akan datang menyusul. Serahkanlah cintamu sepenuhnya kepada Allah kerana cinta Allah kekal abadi. Bagaimana kita ingin menghangatkan cinta kita kepada Allah? Lihatlah mereka yang sedang di lamun cinta dengan kekasih mereka. Begitulah kisahnya jika kita ingin menghangatkan cinta kita kepada Allah.
Bagi mereka yang bercinta, setiap saat menanti-nantikan sms, e-mail mahupun surat dari si ‘dia’. Apabila sudah diperolehi, maka akan dibaca berulang-ulang kali, akan didakap, akan dihayati setiap patah perkataan dan akan difahami makna setiap ayat yang dikirimkan akan apa yang dikirimkan sampai ke hati sanubari. Begitulah hakikat insan yang sedang bercinta dengan kekasihnya.
Orang yang sedang bercinta juga akan sentiasa teringat akan si ‘dia’. Ingatan terhadap kekasih mereka tidak pernah padam. Sentiasa di ingatan tidak kira di mana sahaja. Bagi mereka juga semua yang dilakukan hendaklah sempurna di mata kekasihnya. Mereka tidak mahu melakukan sedikit pun kesalahan kerana takut kekasih mereka akan marah dan meretakkan hubungan mereka.
Rindu merindu juga menjadi satu kelaziman kepada pasangan yang bercinta. Sentiasa merindui pasangan masing-masing. Sehari dirasakan bagai setahun lamanya. Rasa ingin berjumpa sentiasa dan bila berjumpa pelbagai perkara harus di jaga. Penampilan amat penting dan akan memastikan penampilan semasa berjumpa dengan pasangan mereka sentiasa kemas, bersih dan menawan.
Ini cerita kita mengenai cinta sesama manusia. Bagaimana pula cinta kita terhadap Allah? Semua ini perlulah ditanya kepada diri kita sendiri bagi menganalisis diri kita. Adakah kita mencintai Allah lebih dari segalanya ataupun mencintai makhluk Allah melebihi Allah? manakah yang lebih kita igaukan? Siapakah yang lebih dirindui? Bila ditanya adakah kita mencintai Allah? Sudah semestinya kita akan menjawab ya. Tapi bagaimana pula jika ditanya hangatkah cinta kita kepada Allah?
Berapa kalikah kita membaca al-Quran? Adakah kita menghayatinya? Adakah kita mengkajinya? Bagaimana pula zikir kita kepada Allah? Adakah hanya berzikir selepas solat sudah memadai? Adakah kita sentiasa menjaga perintah dan larangan Allah? Adakah cukup solat 5 waktu untuk menghilangkan rindu kepada Allah? Sepenuh hatikah solat kita?
Inilah jawapan bagaimana cinta kita kepada Allah. Adakah cinta kita kepada Allah sehangat cinta kepada manusia? Kita susur kembali percintaan kita dengan Allah. Allah telah memberikan kita 114 warkah surat cinta yang mengandungi 6666 ayat. Jika kita sedang hangat bercinta dengan Allah, maka akan habislah 114 warkah surat itu kita baca dan akan diulang-ulang membacanya tanpa jemu. Setiap baik kata-kata akan diteliti dan setiap ayat akan di fahami pengertiannya agar al-Quran yang diturunkan sebagai ayat-ayat cinta Allah menjadi pegangan kita.
Begitu juga halnya dengan sentiasa mengingati Allah. Zikir tidak akan penah lekang dari bibir mereka yang sedang hangat bercinta. Segala sesuatu akan dipandang mengunakan mata hati, tidak melalui mata kasar. Semua yang dilihat mengingatkan mereka kepada Allah. Apa sahaja yang dilakukan mestilah sempurna agar kemurkaan Allah tidak menimpa mereka. Sesungguhnya mereka yang sedang hangat bercinta dengan Allah amat takut melakukan sedikit pun kesalahan.
Rindu merindu juga menjadi perkara yang wajib kepada insan yang sedang hangat bercinta dengan Allah. Mereka merasakan ingin bertemu sentiasa. Solat lima waktu tidak cukup dirasakan untuk bertemu Allah. Solat-solat sunat akan ditambah dan qiamullail menjadi kewajiban kerana rindu untuk bertemu dengan Allah.
Penampilan juga akan dijaga tatkala bertemu dengan Allah. sebelum solat hendaklah bersih dan kemas. Pakaian solat hendaklah sentiasa bersih serta memakai wangi-wangian. Apabila berjumpa pula, hatinya hendaklah sepenuh perhatian kepada Allah. Ketika solat sepenuh hatinya kepada Allah, tidak mengingati selain Allah, menyembah dan sujud kepada Allah
Hangatkah cinta kita jika hanya membaca ayat-ayat cinta Allah sehari sekali? Hangatkah cinta kita jika hanya solat 5 kali sehari? Hangatkah cinta kita jika berjumpa sekadar melepaskan tanggungjawab? Hangatkan cinta kita jika hanya berzikir selepas solat? Hangatkah cinta kita kepada Allah?
Selagi masih ada masa, marilah kita sama-sama menghangatkan cinta kita kepada Allah. Bukan hanya mengatakan cinta di bibir sahaja tetapi di sanubari. Hadirkanlah cinta kepada Allah dan hangatkanlah lagi cinta kepada Allah. Sesungguhnya cinta kepada Allah adalah cinta yang abadi. Cinta inilah yang paling istimewa. Bukan sahaja bahagia di dunia, tapi bahagia di akhirat.

Langgan:
Catatan (Atom)