Satu Nadwah Ilmiah yang bertajuk "SHEIKH ABDULLAH AL-GHADAMISI AL-MAGHRIBI" kali ke dua telah dijalankan pada 5 Ogos di Palace of The Golden Horses yang di jayakan oleh Jabatan Pengajian Dakwah dan kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama World Islamic Call Society. seminar sehari ini telah memberikan banyak perkongsian ilmu diantara pembentang kertas kerja dan para peserta.
Di antara kertas kerja yang dibentangkan ialah
Di antara kertas kerja yang dibentangkan ialah
- مقالات الشيخ عبد الله الغدامسي في صحيفتي صحابت و سودارا : دراسة تحليلية
- دور العلماء المسلمين في وسائل الإعلام : الشيخ الله الغدامسي انموذجا
- Pendekatan Pembaharuan Dakwah
- Syeikh Abdullah al-Ghadamisi : Sumbangannya dalam Mendokong Sunnah dan Memerangi Bidaah di Tanah Melayu Menerusi Akhbar Saudara
- Sumbangan al-Ghadamisi Mengikut Akhbar Saudara
- Peranan al-Ghadamisi al-Maghribi dalam Perkembangan Dakwah di Malaysia
- Eksplorasi Dakwah : Antara Pengalaman Sheikh Abdullah al-Ghadamisi dan Keperluan dalam Konteks Dakwah semasa
- Pendekatan Sheikh Abdullah al-Ghadamisi dalam Pembangunan Islam di Malaysia
- Talfiq: Pengalaman Dakwah Sheikh abdullah al-Ghadamisi al-Maghribi
- FIlem Cakera Melayu Sebagai Wahana Dakwah Di Malaysia Kajian Filem-filem Arahan Pengarah-pengarah Filem Muda Selepas Tahun 2000
- Pendidikan Melalui Media sebagai Wadah Hubungan Etnik : Secara Psikologi dari Kaca Mata Pendidik
- Syeikh Abdullah al-Ghadamisi al-Maghribi : Sumbangan dalam Bidang Pendidikan dan Gerakan Islah
Nadwah ini banyak memberikan ilmu kepada peserta kerana ramai juga tidak mengenali Syeikh Abdullah al-Ghadamisi ini kerana mungkin namanya tak banyak di ukirkan di buku-buku sejarah dan segala sumbangan beliau harus diambil iktibar terutamanya dalam menjalankan misi dakwah masa kini.
Terimakasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan nadwah ini terutama kepada semua kakitangan Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, World Islamic Call Society, barisan exco Jabatan Pengajian Dakwan dan Kepimpinan (JAKMA) dan semua yang menjayakan majlis ini. insyaAllah usaha ini akan di balas oleh Allah. wallahu wa'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan