Isnin, 3 Oktober 2011

hadiah besday????

Alhamdulillah semalam genaplah usiaku 25 tahun. Tp rasa mcm biasa jer..xde beza dari hari2 yg lain Cuma yg beza buleh call free…hehehehe.. hotlink bagi call free sehari .. celcom bagi seminggu free ke no 8pax..tp nak gayut ngan sape? Call mak n hubby jer la… hubby pun keje..mls nak kacau.. lagipun badan x berapa sihat..

Pagi tadi sampai jer umah semban nie..pening2 nak muntah..tp tahan jer..pas hubby pi keje terus tido..xlarat rasa pening…bgun tadi rasa ok sket masak2…pastu mkn meehon mak bagi..tp pas mkn jer terus muntah.mkn nasi sket then mkn ubat tahan muntah dokter bagi..then trus tertido…

Xpela kan..ujian Allah..lagipun kenalah kuatkan nak lahirkan seorg khalifah yg berjiwa kuat..uminye kena kuat jugakkan…

Erm..agak2nye hadiah ape yg nak aku mintak kat hubby??? Hadiah besday kan mesti suatu yg istimewa yg kita idamkan dari seorang yang paling kita syg kan… tp slalunya org x mintak kan hadiah besday..nama pun hadiah… tp aku mintak hadiah besday..hehehehe..jahat x? tp rasa x salah pun…

“abg… sempena besday syg arinie kan… syg nak mintak sesuatu buleh?”

“syg xnak hadiah kereka ke rumah ke..emas ker…syg nak mintak 2 benda jer..… 1.. syg nak mintak abg maafkan segala dosa2 syg kat abg dan ke 2 syg nak mintak abg redhokan syg selama syg jadi isteri abg dan juga akan dtg..tuh jer syg mintak bang..buleh kan… “

“ syg x de dosa ape2 pun dgn abg.. abg dah lama redhakan pun…”
Mengalir gak la air mata aku dengar… “terima kasih abg….”

~kadang2 macam2 hadiah yg kita dpt n kita mintak..tp sebenarnya bagi seorg isteri redho dari suami amat penting untuk menentukan kita ke syurga atau ke neraka. Redha dari suami tuh la hadiah paling istimewa buat diriku. Walaupun solat x tinggal..puasa x tinggal..tp suami x redho kehidupan seharian kita… Allahu rabbi… nauzubillahi min zalik. Alhamdulillah daku mendapat seorg suami yg amat memahami diri ini. Walaupun daku x mintak…tp dia dah redhakan terlebih dahulu sblm aku meminta. Syukran ya Allah. ~
Syukran ya Allah.. syukran ya habibi

Jumaat, 29 Julai 2011

SAUDARA BARU

alhamdulillah hari nie daku diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama2 dengan ustaz kat PDI nie mensyahadahkan seorang lagi SAUDARA muslim. selalunya daku just tlg2 sediakan air borak2 kejap..then daku meneruskan kerja2 ku. tp hari nie dari awal sampailah selesai syahadah.

saudara baru ini memilih nama ali hassan. dia kata dia suka nama tuh...dia org sweeden. speking la daku. ade kawan dia juga yg bawak dtg sini.almaklumlah english sweeden. susah jugak nak paham..kalo dia ckp laju pening jugak...masa dia pilih nama tuh dia tanya nama tuh ok ker..aku pun bgtaulah nama tuh baik dan bgtau maksud skali.. xbrani nak citer panjang2 sbb kang bebelit2 lidah nie kang..dah lama xspeking..vocab ilang dah..huhuhu..

borak2 jugak dgn dia..di sweeden ramai org islam katanya. kawan2 dia pun ramai nak masuk islam.dia dtg sini buat business la..dok kat PD.melalui apa dia cerita..rasanya dia ni jumpa dgn jemaah tabligh dari pakistan. dia tertarik dengan ukhwah yg mereka lakukan walaupun dia x islam.. dia kata very nice muslim..

dia blaja n serch islam melalui internet jer..dia kata setiap kali dia baca kat tenet tuh... ada bisikan kat telinga dia..tp kalo dia x de baca pasal islam kat tenet x de plak suara tuh..

tgk tadi dia sanggat bangga jadi org islam...cara dia..semangat dia...dpt sejadah cenderahati tadi pun dia terus tanya nak guna sekarang.lawak pun ada tp mmg semangat. byk menda jugak dia blaja dari sahabat2 pakistan yg dtg sini (rasanya mereka tuh jemaah tabligh kot)

byk benda jugak kami borakkan tadi..umur dia dah 52...tapi nampak muda lagi..biasalah mat salleh kan..alhamdulillah Allah memberikan hidayah kepadanya walaupun pada usia begitu..

bila dah selesai..bgtaulah now u are muslim.. dia punya suka yahoooo macam 1 kepuasan yg amat sgt. sampai terdetik dalam hati aku sendiri..org islam sendiri pun x bangga sampai macam nie dia islam....

selesai semua tadi.... aku pun bisikkan kepada anakku dlm perut nie..ku pegang perutku dan katakan padanya " anak umi dengar tadi kan ada orang syahadah..umi harap anak umi akan menjadi seorang penegak agama Islam dan dpt mengislamkan ramai ummat bukan sahaja dari segi kuantiti..tapi termasuk juga kualiti keislaman mereka..amin"

mungkin hikmahnya arinie aku tergerak hati nak ada dlm bilik shahadah tuh take part sampai selesai..untuk aku tunjukkan pada bakal khalifah ku ini supaya dia menjadi khalifah di bumi Allah dengan hidupnya dan matinya menegakkan syiar Islam..amin..ya rabb...

Isnin, 4 Julai 2011

Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah

Alhamdulillah segala puji bagi ALlah yang memberikan rezeki kepada setiap hambanya yang dikehendakinya.

setelah lebih kurang 5 bulan usia perkahwinan kami.. ikatan ini diserikan dengan rezeki dari Allah...alhamdulillah..penyambung warisan kami..ummat muhammad bertambah lagi insyaAllah... semoga anak yang akan lahir ini menjadi penegak Islam.. amin..

rezeki itu datangnya dari Allah itu yg slalu abg sebut dengan aku...salah satu benda yg aku blaja dari abg sejak kawin ialah ketawakkalan abg kepada Allah... dia seorg yang sungguh2 bertawakal kepada Allah...sungguh2 yakin dengan janji dan rezeki kurniaan Allah.. syukur ya Allah atas kurnian mu seorang suami yang tiada ganti kepadaku.

alhamdulillah berita gembira itu ditambah lagi dgn berita2 gembira yang lain... setelah aku mengandung dkt 3 bln..alhamdulillah akak ku pulak yang menagndung... setelah hampir ku mengandung 4 bulan..ateh pulak disahkan mengandung..alhamdulillah..inilah rezeki yang tidak terhingga buat mak...semua anak perempuannya mengandung..

insyaAllah aku due awal bln 12..akak awal bln 1..ateh ujung bln 1. semoga kami semua selamat dan dipermudahkan segala urusan...

terfikir jugak..camner la raya nanti..masing2 dah 6/7 bln time tuh..sian mak..adik kena la tlg kat dapur..adik pun siap imagin dah camner dia nak jaga anak buah 3 org sekali... yerla adik kan mmg suka berangan..

alhamdulillah skrg kandunganku dah 4 bulan lebih..semoga Allah memudahkan segala urusan kami...amin... :)

semoga anak ummi dan abi akan menjadi khalifah di bumi Allah ini dengan menegakkan kalimah ALLAH...amin...

Khamis, 12 Mei 2011

Maher Zain - Sepanjang Hidup (Simfoni Cinta MNCTV)



lagu nie mmg buat hati sebak... teringat jer dkt pemilik cintaku... lagu khas buat suamiku... engkaulah pemilik cintaku..

Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan
Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu
Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku kau anugerah sang maha rahim
Semoga allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku
Berdoa kau dan aku di jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh inilah janjiku kepadamu
Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku bersamamu ku sadari inilah cinta
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi
Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu

Sabtu, 9 April 2011

Ragam Manusia

Semakin hari...semakin ramai kita bersahabat...
kadang2 kita menganggap merekalah sahabat susah dan senang kita...
berukhwah bersama mereka... mendengar luahan rasa mereka...
mempercayai mereka.... mendokong mereka...

tp...
tatkala terbongkar segala rahsia...
segala penipuan terserlah...
rasa menyesal tiba... menyesal mempercayai penipuan mu...
menyesal mendengar luahan yang diselitkan kepalsuan...
menyesal mendokong mu kerana cerita bohongmu...

wahai sahabat...
tidak terselit sedikitpun dihati ini ingin memutuskan ukhwah bersama mu...
tetapi..rasa menyesal itu sentiasa hadir...
rasa menyesal kami bertambah lagi..
tatkala kamu tidak sedikit pun merasa bersalah terhadap penipuan yang telah kau lakukan...

wahai sahabat...
kami insan biasa...tp janganlah kerana kami selalu mendiamkan...menyangkakan tanda kami setuju...
kami mengiyakan tanda kami tidak tahu....

wahai sahabat...
kami tidak mahu mengaibkan dirimu...
sepertimana insan yang pernah kau aibkan penuh aib sekali...
kami mengharapkan mereka memaafkanmu...

wahai sahabat...
kau mengatakan menginginkan sesuatu yang islamic..akhlak yg islamic..
kau berkata2 tentang islam dan dakwah kepada kami...
terbakar hati2 kami mendengarnya....kerana....
kau berkata2 seolah2 kau lupa segala penipuan yang telah kau lakukan terhadap kami...

sememangnya bukan kau lupa...
tapi kau tidak mengetahui yang kami mengetahui segala pembohonganmu itu..
kerana itu kau berani berkata2 tentang islam dan dakwah kepada kami.....
sedangkan kau sendiri tidak mengetahui siapakah kami ini...
apa yang kami ketahui....engakau tidak mengetahui...

jangan dirimu anggap..org lain tidak mengetahui dunia luar...
ya..ada dikalangan kami kurang berpendidikan..
tp tidak bermakna dirimu mudah menipu mereka..kerana pengalaman membatasi ilmu yang dirimu miliki....
jangan dirimu anggap kami berpendidikan dalam bidang kami...kami tidak mengetahu bidang yang lain...
sesungguhnya dirimu silap sahabat....
ya...kami berpendidikan dalam sesuatu bidang...tp..kami juga tahu bidang lain...
kerana itu kami mengetahu apa penipuanmu...

sahabat...
kami tidak mahu mengaibkan dirimu...
cukuplah hanya sekadar kami meluahkan apa yg terbuku dihati...
tanpa kami menyebut nama mu....
kami telan segala penipuanmu...
kerana kami sayangkan ukhwah itu...

sahabat...
kami akan didik hati kami semampunya untuk memaafkan dirimu...
sedangkan Rasulullah memaafkan ummatnya...inikan kami yang hina...
tp sahabat...kau meragut kepercayaan kami..
mungkin kami boleh memafkan dirimu..
tp untuk mempercayaimu... mungkin boleh...tp tidak dinafikan...mungkin juga akan ada rasa syak di hati kami...
maafkan kami sahabat jika itu berlaku..kerana kami tidak mahu ditipu untuk kesekian kalinya...

wahai sahabat...
doa kami moga dirimu kembali ke jalan yang benar...
mohonlah maaf kepada sahabat yang lain yg telah dirimu bohongi....
kerana itu urusan mu sesama manusia...

terima kasih sahabat kerana dirimu juga mengajar kami erti waspada dalam persahabatan dan juga erti realiti sebenar kehidupan....
tidak semua org adalah seperti yang kita fikirkan...

salam ukhwah penuh maaf dari kami untukmu sahabat....
Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket