Ahad, 23 November 2008

selawat siti fatimah r.a

Puas rasanya mencari tapi x jumpa pulak dlm internet selawat siti fatimah. mungkin juga ada tapi mungkin saya yang tidak jumpa.tp dah cari. mujurlah harituh ade beli majmuk syarif yang dalamnya ade selawat siti fatimah.. penat jugak menaip arab dah x biasa type arabic nie..nak letak barisnye akhirnya dapat jugak.. teringat pesan arwah makteh masa sebelum nazaknya.. semasa sedarnya.. arwah makteh berpesan suruh saya membaca menghafal dan mengamalkan selawat siti fatimah. apa yang diceritakan arwah mak arwah makteh yang meninggal pada tahun ini pada umur kira-kira 84 tahun. mak cerita dulu arwah makteh sekolah agama.. mak kata lagi dulu arwah makteh sama 'geng' dengan arwah samsiah fakeh. sememangnya makteh mmg banyak amalannya. semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah makteh dan samsiah fakeh..al- fatehah............................
اللهُمَ صَلِّ عَلى مَنْ رُوْحُهُ مِحْرَابُ اْلاَرْوَاحِ وَ الْمَلاَئِكَةِ وَالْكَوْنِ , اللهُمَ صَلِ عَلى مَنْ هُوَ ِاماَمُ اْلاَنْبِياَءِ وَ الْمُرْسَلِيْنَ , اللهُمَ صَل على مَنْ هُوَ اِماَمُ اَهْلِ الْجَنَّةِ عِباَدِ اللهِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Sabtu, 22 November 2008

selesai sudah exam


selesai sudah final exam bagi semesta ini. beratnya rasa subjek2 sem nie...

bersyukur terhadap ilahi tajuk tesis diterima. alhamdulillah dipermudahkan urusan oleh Allah. tajuk pertama diterim " penyampaian aspek dakwah melalui animasi: kajian animasi upin dan ipin". sekali dengar macam kelakar je tajuk tuh tapi nak mengkaji tuh..semoga Allah permudahkan semua urusan... selepas nie...kena buat proposal plak.. semoga Allah berikan najjah kepada saya...amin...

Khamis, 30 Oktober 2008

al-quran palsu

jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim. Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.

Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.

Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.


ada linknya nih


http://www.islam-exposed.org/

Selasa, 21 Oktober 2008

PELANTIKKAN PEMIMPIN

Selepas kewafatan Rasulullah, maka terjadinyalah perkara yang sebelum ini tidak berlaku. Isu yang amat besar sehingga isu ini telah di perkotak katikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Isu pemilihan khalifah iaitu pengganti Rasulullah sebagai seorang ketua negara. Siapakah layak dipilih? Maka setelah berlakunya proses pemilihan maka saidina Abu Bakar dipilih sebagai Khalifah pertama menggantikkan Rasulullah s.a.w.

Beberapa cara pemilihan kahalifah yang telah dilakukan zaman para sahabat ialah :

v Cara Perundingan Beramai-ramai. Cara ini berlansung ketika pemilihan khalifah pertama iaitu khalifah Abu Bakar. Yang mana puak aus dan khazraj berkumpul dan berunding beramai-ramai dalam memilih bakal pengganti Rasulullah.

v Mengusulkan seseorang. Ini berlaku pada zaman Abu Bakar. Abu bakar telah mengusulkan saidina Umar sebagai penggantinya sebagai ketua negara.

v Mengusulkan Sekumpulan Calon. Uthman Bin Affan dilantik melalui "syura" di mana Uthman adalah salah seorang dari anggota majlis perlantikan khalifah. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat yang layak dipilih sebagai khalifah. 6 orang yang dimaksudkan ialah Uthman Bin Affan, Ali Bin Abu Talib, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas.

v Diusulkan oleh Sekelompok Masyarakat. Ali Bin Abu Talib dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah Uthman. Ali terpaksa menerima jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara ketika itu.

wa Allahu wa a'lam

Isnin, 20 Oktober 2008

ILMU SAINS

Ilmu sains merupakan salah satu cabang ilmu dalam Islam. Pada zaman sekarang pembangunan ilmu sains ini dilihat makin maju. Ianyanya menjadi satu keperluan kepada umat Islam dalam menuntut ilmu ini. Ilmu sains ini tidak dapat dipisahkan dari agama kerana ianya berkait rapat dengan agama. Malah ilmu sains ini dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah.

Ilmu ini adalah juga bukti kepada kekuasaan Allah. Kekuasaan Allah dengan menciptakan sehalus-halus makhluk seperti virus, kuman dan sebagainya. Begitu juga dengan kejadian manusia. Kejadian yang begitu kompleks dengan saluran darah, sel, organ dan sebagainya. Semuanya mempunyai fungsinya masing-masing yang mana ia saling melengkapi satu sama lain.

Apa yang terjadi kepada negara-negara barat ialah pemisahan antara sains dan agama. Mereka tidak mengaitkan sains dengan agama. Walhal jika dilihat dari sudut islam semuanya berkaitan dengan agama kerana Islam itu sifatnya adalah syumul. Di barat ramai yang menganggap sains adalah suatu yang semulajadi. Mereka tidak dapat mengaitkan agama mereka dengan sains. Mungkin juga kerana pemikiran sekularisma yang melanda pemikiran mereka. Pemisahan agama dengan ilmu-ilmu lain. Tidak seperti Islam yang mengaitkan semuanya dengan agama.

Jika dilihat sejarah ilmu sains juga sebenarnya asalnya dari Islam. Sebagaimana yang telah di lakukan oleh MOSTI yang mengadakan pameran tentang kajian-kajian tentang sains zaman kegemilangan Islam, ia merupakan suatu usaha yang bagus dalam mengaitkan Islam dan sains.

Bergitu juga kajian yang dilakukan tentang sains dalam Al-quran. Ini juga menunjukkan betapa pentingnya ilmu sains dalam Islam. Bukankah Allah memerintahkan kita untuk memerhati dan mengkaji ciptaannya.

Mari kita fikir sejenak, jika umat Islam tidak mementingkan ilmu sains apa akan terjadi kepada umat Islam. Jika ada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang ingin memusnahkan umat Islam, dengan mudah mereka mencampurkan ubat-ubatan dengan suatu campuran yang membahayakan. Jika tidak ada umat Islam yang mengetahui tentang ubat-ubatan maka akan dimakanlah oleh umat Islam. Begitu juga jika ubat-ubatan itu di campur dengan bahan yang tidak halal. Jika tidak ada ilmuan dari umat Islam maka perkara ini tidak dapat diketahui dan ianya terus digunakan. Bukankan ianya suatu bidang ilmu yang sangat penting?

Bukanlah hanya hendak mementingkan ilmu sains dan meninggalkan ilmu-ilmu agama yang lain. Tetapi ilmu sains ini adalah satu bidang ilmu yang juga penting di zaman sekarang. Jika dilihat klinik-klinik swasta, kebanyakkannya adalah dari kalangan bukan Islam. Bukankan ianya menjadi tuntutan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Mungkin apa yang dilakukan di Darul Quran adalah suatu usaha yang patut diperhebatkan di masa akan datang. Dengan menghasilkan bakal-bakal doktor yang HAFIZ. insyaAllah..

Wa’Allahu wa a’lam
Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket