Ahad, 19 Oktober 2008

DUHAI NEGARA-NEGARA ISLAM, MARILAH BERSATU







Isu peperangan dan kemiskinan menghantui negara-negara Islam masa kini. Apabila berlakunya peperangan maka miskinlah negara. Banyak kemusnahan yang terjadi. Telah banyak negara-negara Islam telah dihancurkan oleh tentera-tentera musuh-musuh Islam yang tidak mahu melihat akan kebangkitan Islam untuk menerajui dunia. Bukan setakat monopoli dalam peperangan, monopoli ekonomi, teknologi dan sebagainya.

Jika dilihat peperangan yang tidak berkesudahan di Iraq. Masih berperang untuk mendapatkan kemerdekaan dan mendapatkan Baitul Muqaddis. Walaupun perjanjian demi perjanjian telah temetrai, namun pihak Yahudi selalu mencabuli perjanjian. Walaupun pelbagai bantuan telah di salurkan namun ia tidak mencukupi. Sama juga yang berlaku kepada Iran. Isu nuklear di Iran yang di bangkang oleh Amerika. Mengapa negara Islam tidak boleh melakukannya? Mungkin kerana bila Islam sudah maju di bidang nuklear Amerika takut ia akan menjadi ancaman kepada negara mereka. Mengapa perlu takut jika mereka benar-benar hebat? Atau hebat mereka hanyalah sebagai khabar angin? Amerika mengatakan mereka mempunyai satelit yang canggih tetapi masih tidak dapat mengesan Osama? Siapa yang lebih hebat?

Jika kita lihat juga dari sudut negara Islam sendiri. Kenapa kita tidak dapat memonopoli ekonomi, politik, ilmu, teknologi dan sebagainya. Bukankan pada dahulu kala Islam ramai menghasilkan cendiakawan seperti Ibnu Sina, ibnu Rusy, al-Khindi dan sebagainya. Jawapannya ialah perpaduan. Umat Islam perlulah bersatu. Bukannya saling bersengketa sesama Islam. Bila kita bersatu tidak ada sesiapa yang dapat menghancurkan kita.

Jika kita lihat dari sudut ekonomi mengapa Islam tidak dapat memonopoli ekonomi dunia. Sedangkan jika dilihat pengeluar minyak dunia majoritinya adalah negara-negara Islam. Negara-negara Islam boleh menjalankan ekonomi mereka dengan tidak bergantung kepada Dolar. Kita boleh menjalankan ekonomi kita dengan menggunakan Dinar. Jika negara Islam sama-sama berganding bahu insyaAllah, kejayaan bersama kita.

Bergitu juga dengan isu-isu lain. Jika umat Islam sama-sama bersatu maka insyaAllah Allah akan sentiasa permudahkan urusan kita. Marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh umat Islam mendapat kemenangan dan dirahmati Allah selalu

Jumaat, 17 Oktober 2008

EKONOMI ISLAM : ZAKAT

Zakat sebagai rukun Islam yang ketiga memainkan peranan yang besar dalam kehidupan umat Islam sepanjang kewujudannya. Ia merupakan satu mekanisme ibadat kewangan untuk tujuan pembersihan jiwa manusia dan hati nuraninya dari cengkaman dunia. Ia mendidik manusia mengikut serta merasai bertanggungjawab menjaga kebajikan seluruh anggota masyarakat dan ummat.

Selain itu, penentuan zakat juga mempunyai peranan yang sangat penting untuk membangunkan masyarakat. Wujudnya zakat dan keunikannya yang terdiri daripada rukun, syarat, asnaf dan beberapa aturan lain menyebabkan sistem zakat dalam Islam dilihat satu system yang sangat sempurna. Hal ini sekaligus menolak pendapat dan tohmahan pihak orientalis yang mengatakan bahawa zakat adalah sistem yang ditiru atau diikuti daripada sistem bangsa dan agama lain.

Kewajipan zakat bukan hanya bertujuan untuk mengumpulkan harta atau menolong individu yang lemah dan yang memerlukan semata- mata, tetapi tujuan utamanya ialah agar manusia itu lebih tinggi nilainya daripada harta sehingga dia menjadi tuan kepada hamba itu dan bukan hamba kepada harta tersebut. Oleh itu kepentingan zakat terhadap individu yang mengeluarkan zakat iaitu adalah sama dengan kepentingan terhadap individu yang diberi zakat itu.

Di samping membangunkan masyarakat, menjaga kebajikan masyarakat zakat juga membantu pembangunan negara. Contohnya dalam membina sekolah, masjid dan sebagainya. Dana zakat boleh digunakan dalam membangunkan perkara tersebut.

Dalam membantu saudara baru juga zakat banyak memainkan peranan. Dana zakat digunakan dalam memberikan ilmu kepada saudara-saudara baru. Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan misalnya mengadakan pelbagai program dalam membantu golongan saudara baru yang mana semua dana diambil dari baitulmal.

JENAYAH CURI : PERBANDINGAN UNDANG-UNDANG SIVIL DAN SYARIAH

PERBANDINGAN CIRI-CIRI JENAYAH CURI ANTARA UNDANG-UNDANG ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG SIVIL

Ciri-ciri Jenayah Curi di dalam Undang-undang Islam.

Menurut undang-undang islam, ada beberapa ciri yang boleh mensabitkan seseorang dengan jenayah curi. Ciri-ciri ini terkandung di dalam 2 komponen penting iaitu pencuri dan barang yang dicuri.

Syarat bagi pencuri. Bagi menghadkan seseorang pencuri itu hendaklah mempunyai beberapa syarat. Antaranya iailah:

· Pencuri itu hendaklah sempurna akal. Maka tidak wajib memotong tangan orang gila sekiranya dia mencuri
· Hendaklah pencuri itu mencapai umur baligh. Maka tidak wajib had bagi kanak-kanak sekiranya kanak-kanak tersebut mencuri.
· Hendaklah dilakukan perbuatan itu dengan pilihan hatinya sendiri. Maka tidak dikenakan had agi pencuri yang dipaksa.
· Hendaklah mereka yang mencuri itu terikat dengan hukum-hukum Islam. Maka tidak wajib had sekiranya kafir harbi melakukan jenayah tersebut.
· Pencuri itu hendaklah bukan asalnya iaitu bapa atau daktuk. Maka tidak wajid di had sekiranya bapa mencuri harta anaknya ataupun datuk mencuri harta cucunya.
· Hendaklah pencuri itu mengetahui pengharaman mencuri. Maka jika dia tidak mengetahui hukum haram mencuri maka tidak wajib di had keatasnya.(Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:518)

Syarat bagi harta yang dicuri. Harta yang dicuri juga hendaklah memenuhi syarat-syarat tersebut:

· Hendaklah jenis yang bernilai. Maka jika dia mencuri anjing, arak dan sebagainya yang tidak diiktifar harta oleh syarak, maka tidak dikenakan had.
· Harta yang dicuri itu cukup nisabnya. Tentang cukup nisabnya itu ada khilaf dikalangan ulamak. Mengikut Imam Hanifah, kadar nisab itu ialah satu dinar atau sepuluh dirham. Sementara jumhur ulama’ pula berpendapat, kadar nisab mencuri itu ialah tiga dirham atau barang-barang yang senilai dengannya.
· Harta yang dicuri itu terletak di tempat simpanan. Maka tidak boleh dikenakan had kepada barang yang tidak disimpan.
· Harta yang dicuri itu hendaklah harta yang tahan disimpan dan tidak cepat rosak. Berkata Abu Hanifah, tidak wajib potong tangan kepada pesalah yang mencuri barang yang cepat rosak walaupun cukup nisab harga barang itu seperti mencuri anggur, bawang dan sebagainya. Ini berdasarkan hadith Rasullullah yang diriwayatkan oleh rafi’ bermaksud:
” aku mendengar Rasulullah bersabda: tidak wajib potong tangan pencuri yang mencuri buah ditangkai dan juga buah dimayang”
Sementara jumhur ulamak pula berpendapat, wajib memotong tangan bagi pencuri yang melakukan kesalahan mencuri setiap barang yang bernilai yang harus dijual beli samaada makanan, binatang ternakkan, batu dan sebagainya.
· Hendaklah barang yang dicuri itu pada asalnya bukanlah suatu yang diharuskan. Maka jika barang itu asalnya adalah harus seperti burung, buluh, kayu api, binatang pemburuan, ikan dan sebagainya, ada khilaf ulama’.Hanafi berpendapat tidak wajib dipotong tangan kerana ianya pada asalnya adalah diharuskan bagi sesiapa sahaja untuk mengambilnya. Sementara bagi jumhur ulama’ wajib dipotong tangan walaupun barang itu diharuskan ataupun diharuskan
· Hendaklah pencuri ini berniat hendak mencuri. .(Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:520)


Ciri-ciri Jenayah Curi di dalam Undang-undang Sivil.

Jenayah mencuri menurut undang-undang sivil terdapat lima ciri utama iaitu :

1. Niat curang (dishonest intention) untuk mengambil harta.

Di dalam Kanun Keseksaan, niat curang adalah satu unsur mesti di dalam kesalahan mencuri, iaitu niat hendak mengambil dengan curang. Maksud dengan curang adalah seperti yang diterangkan dalam seksyen 24 Kanun Keseksaan iaitu:
“Barang siapa yang melakukan sesuatu perkara dengan niat hendak menyebabkan kedapatan salah kepada sesorang, atau kehilangan salah kepada seseorang lain, adalah dikatakan melakukan perkara itu dengan curang”.
Unsur niat curang ini mestilah wujud ketika harta itu mula digerakkan oleh penjenayah (Hashim Mehat, 1977: 227).

2. Harta itu mestilah boleh digerakkan.

Unsur kedua ini dihuraikan di dalam seksyen 22 Kanun Keseksaan seperti:
“Perkataan harta yang boleh dialih dalah dimaksudkan termasuk harta zahir dari segala rupa, kecuali tanah dan benda-benda yang bercampur kepada bumi atau yang dipasang dengan kekalnya kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi” (Hashim Mehat, 1977: 236).

3. Harta itu diambil keluar daripada milik (take out of the possession) orang lain.

Kanun Keseksaan memerlukan harta yang dicuri itu, hendaklah dikeluarkan daripada milik orang yang memilikinya. Istilah ‘milik’ tidak diterangkan secara khas di dalam Kanun Kesiksaan, tetapi seksyen 27 Kanun Keseksaan dapat digunakan sebagai panduan iatu:
“Apabila harta ada dalam milik isteri, kerani atau orang gaji seseorang, bagi pihak orang itu, maka harta itu adalah dalam milik orang itu dalam erti Kanun ini” (Hashim Mehat, 1977: 251).

4. Harta itu diambil tanpa kerelaan orang itu (orang yang memilikinya).

Barang yang dicuri itu hendaklah diambil tanpa kerelaan orang yang memiliki barang itu (Hashim Mehat, 1977: 261).

5. Menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya.

Mesti wujud satu bentuk pergerakkan (some removal) terhadap harta itu untuk dikatakan ‘mengambilnya’. Maksud ‘menggerakkan’ tidak semestinya menggerakkan harta itu keluar jauh dari pencapaian pemiliknya tetapi sudah memadai dengan tujuan hendak mengambilnya. Ia sudah boleh disabitkan kesalahan mencuri di dalam undang-undang jenayah moden (Hashim Mehat, 1977: 267).

Kesimpulannya, setiap ciri kesalahan mencuri yang disebutkan mestilah dibuktikan oleh pendakwa sehingga tidak ada keraguan yang munasabah, sebelum seseorang itu disabitkan bersalah di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan;

“Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat” (Hashim Mehat, 1977: 223).

PERBANDINGAN HUKUM DAN CARA PELAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH CURI ANTARA UNDANG-UNDANG ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG SIVIL.

Di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengaharamkan mencuri antaranya adalah surah al-Maidah ayat ke 38-39

Ertinya : “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-dua (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah maha perkasa lagi bijaksana. Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah maha pengampub lagi maha penyanyang”

Mengikut nas-nas al-Quran dan hadith syarif telahpun dinyatakan potong tangan diwajibkan ke atas pencuri. Samaada lelaki ataupun perempuan apabila nyata kesalahannya. Pembalasan ini tidak harus diberi keampunan oleh mangsa curi sendiri ataupun pihak pemerintah, begitu juga ia tidak harus ditukar ganti dgn pembalasan yang lain atau ditangguhkan pembalasana. Ini adalah mengikut mazhaz al-arba’ah.

Para ulama’ bersepakat menyatakan bahawa apabila tangan pencuri telah dipotong dan barang yang dicuri masih ada,wajib dikembalikan barang itu kepada tuannya. Tetapi jika barang itu sudah rosak, ulamak berselisih pendapat mengenainya. Menurut Hanafi, pencuri yang telah dipotong tangannya tidak wajib lagi mengantikan barang yang rosak ditangannya itu atau membayar harganya.

Manakala menurut Maliki pula, jika pencuri itu orang kaya semasa menjalani hukuman potong tangan, wajib memotong tangan dan membayar ganti rugi barang yang rosak itu. Tetpi jika dia orang miskin, maka tidak wajib menggantikan barang yang telah rosak itu. Manakala menurut Syafie dan Hambali pula hendaklah memotong tangan bersama membayar ganti rugi barang yang telah rosak samaada orang itu miskin atau kaya.

Apabila berulang kali mencuri, para ulamak bersepakat menyatakan wajib memotong tangan kanan pada mencuri kali pertama. Apabila mencuri kali kedua, hendaklah dipotong kaki kiri kecuali Hambali berkata tidak ada had lagi selepas kali ke dua. Pencuri itu hendaklah membayar harga harta barang yang di curi dan dikenakan ta’zir serta ditahan sehingga dia beertaubat.

Sementara menurut Maliki dan Syafie pula, jika sekiranya pencuri mencuri kali ke tiga maka dipotong tangan kiri dan jika mencuri kali keempat maka hendaklah dipotong kaki kanan pula. Kemudian di ta’zirkan jika mencuri lagi. .(Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:518)


Pemotongan tangan keatas seorang yang telah sabit melakukan jenayah curi oleh mahkamah hendaklah dilakukan dengan cara yang dianggap paling mudah dan sesuai. Menurut catatan Ibn Qudamah, orang yang akan menjalankan hukuman potong tangan hendakalah :

· Diletakkan dalam keadaan duduk
· Diikat badannya agar dia tidak dapat bergerak yang boleh membahayakan dirinya
· Diikat tangannya dengan meninggalkan bahagian yang hendak dipotong iaitu pergelangan tangan
· Diletakkan pisau yang tajam pada pergelangan tangan itu. Kemudian, dikejutkan pisau itu dengan kuat sehingga dapat memotong tangan itu serta merta (sekali gus) (Sabri Abdul Rahman. 1987:134)

Manakala seksaan bagi kesalahan mencuri mengikut undang-undang jenayah Malaysia pula ialah seperti yang tersebut di dalam Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu:

”Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 3 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian bolehlah dikenakan penjara atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. ”

Seksyen 380 Kanun Keseksaan pula menyebut:

”Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat” (Mohd. Reduan Aslie, t.t.: 137)

Seksaan bagi pecah rumah dan curi pula Seksyen 454 Kanun Keseksaan menyebut:

”Barangsiapa melakukan pencerobohan dengan bersembunyi, atau melakukan pecah rumah, bagi maksud melakukan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 3 tahun dan bolehlah juga didenda. Jika kesalahannya ialah mencuri, maka tempoh penjara bolehlah dilanjutkan sehingga 10 tahun.” (Mohd. Reduan Aslie, t.t.: 149-150)
Dari apa yang diketahui, ramai yang menyatakan undang-undang ciptaan adalah undang-undang yang sempurna. Tapi jika dilihat dengan lebih mendalam, undang-undang Islam lebih sempurna dan menyeluruh.

Tetapi bila berbica tentang undang-undang Islam maka ramailah akan mengatakan undang-undang Islam adalah zalim, tetapi mereka sendiri tidak melihat apa yang disyariatkan oleh Islam itu adalah suatu yang amat tepat sekali.

Jika dilihat negara yang mengamalkan undang-undang hudud seperti Arab Saudi, rakyat di sana berasa aman dan tidak ada sedikit pun dihati mereka akan adanya kecurian. Dapat dilihat kedai-kedai dibiarkan tanpa dijaga atau ditutup jika tuannya tiada kerana mereka tidak perlu khuatir kerana tidak ada yang akan berani melakukan jenayah curi ini.
RUJUKAN
Abdul Qadir Audah,1989. Hukum Mencuri dan Potong Tangan Dalam Undang-undang Islam, Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd., Shah Alam, Ter. Zainal Azam Abd. Rahman.

Haji Abdul Razak Haji Ahmad. 1997. Fiqh STPM. Kuala Lumpur

Mohd. Reduan Aslie, Jenayah Di Malaysia, AMK Interaksi Sdn. Bhd., t.t.p., t.t.

Paizah Haji Ismail, 2003 Undang-undang Jenayah Islam, Tradisi Ilmu Sdn. Bhd., Selangor, Cetakan ke-4.

Sabri Abdul Rahman. 1987. Jenayah Curi dan Rompak Kajian Perbandingan Dalam 4 Mazhab Fiqh Islam. Bangi

ANAKKU SAZALI



Beberapa bulan lalu di dalam majalah Mastika ada menampilkan isu ’Anak Derhaka’. Ada pelbagai kes-kes yang menampilkan kederhakaan seorang anak. Sehinggalah ada anak yang sanggup membunuh ibu bapa mereka sendiri. di manakah hilangnya nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa mereka, di manakah ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa mereka? Bukan ingin menuding jari kepada anak-anak ataupun ibubapa sahaja. Tetapi ingin di teliti kembali di mana mulanya agar dapat kita sama-sama memperbaiki mana yang kurang.

Pendidikan anak-anak bukanlah bermula apabila kanak-kanak itu sudah mula boleh berfikir, bercakap, berlari mahupun sudah bersekolah. Sebenarnya didikan anak haruslah bermula dengan seawalnya iaitu apabila ibu bapa melakukan persetubuhan. Ianya dilakukan dengan penuh hiqmah, adab dan doa-doa. Apabila bayi di masih di dalam kandungan, ibu bapa seharusnya mengajar anak di dalam kandungan dengan membacakan ayat-ayat suci al-quran. Bercakap dengan bayi dengan kebesaran Allah. Walaupun bayi masih di dalam kandungan tetapi persekitaran banyak membatu didikan terhadap bayi tersebut.

Apabila bayi dilahirkan disambut dengan penuh tatatertib, di azankan atau di iqamahkan, biarlah benda yang pertama yang masuk ke dalam badannya makanan yang suci. Berikanlah air zam-zam dan sedikit qurma. Berikan anak-anak itu nama yang baik sebagai panggilan kerana panggilan memainkan peranan dalam pembentukkan diri anak.

Di zaman kanak-kanak mereka lebih suka bermain. Berilah mereka kasih sayang. Bermainlah dengan mereka dengan menyelitkan unsur-unsur ketuhanan. Biarlah mereka bermain sambil belajar kerana itu fitrah kanak-kanak.

Bila mereka sudah mula boleh berfikir, ajarkan perkara baik dan buruk, solat berjamaah, dan nilai-nilai Islam. Bila sudah remaja, berikanlah kasih sayang dengan sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak kekok bercerita dengan kita. Pada masa ini mereka suka untuk mencuba sesuatu. Bimbing mereka ke jalan yang betul. Kawal pergerakan mereka. Bila mereka sudah belia, mereka mahukan kebebasan. Berilah mereka kebabasan tapi yang terkawal.

Ramai ibu bapa yang tidak tahu cara yang terbaik untuk menegur anak-anak. Jika sebuah keluarga yang mengamalkan solat berjamaah, maka mudah untuk ayah atau ibu menegur anak-anaknya. Gunakan masa selapas solat untuk mengeratkan ukhwah anatara anak dan ibu bapa. Gunakan masa ini juga untuk menegur kesalahan anak-anak.

Bagi mereka yang mempunyai anak yang malas solat dan degil, bacakannlah doa di bawah dan hembuskan di dalam air. Berilan keluarga minum. Di samping selalu berdoa kepada Allah dengan doa ini selepas solat. surah Ibrahim ayat 40.



رب اجعلنى مقيم الصلاة و من ذريتى ربنا وتقبل دعاء




maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.



Bagi ibu-ibu yang inginkan suami dan anak-anak selalu mengingatinya, bacalah af-fatehah 14 kali sebelum tidur. Amalkannya dengan niat yang baik.

Walaupun anak-anak sudah berumahtangga, tanggungjawab ibu bapa belum lagi selesai. anak-anak perlu dipimpin dalam urusan rumahtangga. Bukan niat untuk mencampuri urusan rumah tangga si anak tapi hanya sebagai pemerhati dan menegur mana yang perlu


Apabila anak-anak diberikan kasih sayang dan didikan agama insyaAllah mereka akan terhindar daripada anak yang derhaka. Janganlah mendidik anak anda seperti dalam filem ’Anakku Sazali’. Diberikan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga tiada tegas dalam diri ayah untuk menegur kesilapan anak-anak. Sentiasalah berdoa kepada Allah kerana doa seorang ibu itu doa yang di makbulkan. insyaAllah

Wa Allahu wa a’lam

PERCAYA : DIBIBIR ATAU DI HATI


Akidah merupakan suatu yang sinonim dengan iman. Apabila membicarakan tentang akidah sekaligus juga membicarakan tentang iman. Mari kita susuri apa yang terkandung di dalam rukun iman dalam mengukuhkan akidah seseorang iaitu

v Percaya kepada Allah
v Percaya kepada malaikat
v Percaya kepada kitab
v Percaya kepada nabi dan rasul
v Percaya kepada hari qiamat
v Percaya kepada qada’ dan qadar

Bila ditanya adakah anda mempercaya akan Allah, malaikat, kitab, nabi dan rasul, hari qiamat, qada’ dan qadar maka ramai yang menyatakan ’Ya’ mereka mempercayainya. Tetapi sejauhmanakah kepercayaan kita terhadap rukun iman ini?

Kenapa seseorang itu masih melakukan maksiad sedangkan mereka percaya kepada apa yang dinyatakan di dalam rukun iman?

Kita kembali kepada apa yang dikatakan sebagai percaya. Percaya kepada Allah di sini bukanlah hanya di bibir. Apabila ditanya percaya atau tidak, ramai yang menjawab percaya. Tetapi sejauhmana percaya ini masuk ke dalah hati mereka? Percaya yang sebenar-benar percaya kepada Allah. Mengaku dengan hatinya bahawa Allah itu ada, Allah itu tuhan sekalian makhluk, Allah Maha berkuasa dan mempercayai semua sifat-sifat Allah.

Adakah kita akan melakukan maksiad sedangkan kita percaya dengan sepenuhnya Allah itu wujud, sentiasa memerhatikan tingkahlaku kita, malaikat pula sentiasa mencatat amalan baik dan buruk? Mungkin juga kerana semua perkara ini adalah ghaib manusia selalu melupakannya. Kita tidak nampak dosa dan pahala. Kita tidak nampak malaikat yang mencatit amalan kita. Jika kita dapat melihat dosa dan pahala yang kita lakukan maka akan menggigillah kita apabila tercatat sahaja amalan kejahatan yang kita lakukan.

Apabila kepercayaan kepada Allah hanya di bibir makan iman mula pudar. Apabila iman mula pudar, syatan tidak perlu bersusah payang menggoda. Hanya sedikit godaan maka hanyutlah manusia mengikut telunjuk syaitan. Maka terjadilah maksiad, ajaran sesat, murtad dan pelbagai lagi dosa-dosa yang telak dilakukan manusia.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar akidah kita dan seluruh umat islam tidak terjejas walau apa dugaan yang datang kepada kita. Marilah kita sama-sama saling menasihati dan ingat-mengingati agar kita tidak terus hanyut oleh tipu daya syaitan. Nauzubillah.

Wa Allahu wa a’lam
Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket