Jumaat, 17 Oktober 2008

EKONOMI ISLAM : ZAKAT

Zakat sebagai rukun Islam yang ketiga memainkan peranan yang besar dalam kehidupan umat Islam sepanjang kewujudannya. Ia merupakan satu mekanisme ibadat kewangan untuk tujuan pembersihan jiwa manusia dan hati nuraninya dari cengkaman dunia. Ia mendidik manusia mengikut serta merasai bertanggungjawab menjaga kebajikan seluruh anggota masyarakat dan ummat.

Selain itu, penentuan zakat juga mempunyai peranan yang sangat penting untuk membangunkan masyarakat. Wujudnya zakat dan keunikannya yang terdiri daripada rukun, syarat, asnaf dan beberapa aturan lain menyebabkan sistem zakat dalam Islam dilihat satu system yang sangat sempurna. Hal ini sekaligus menolak pendapat dan tohmahan pihak orientalis yang mengatakan bahawa zakat adalah sistem yang ditiru atau diikuti daripada sistem bangsa dan agama lain.

Kewajipan zakat bukan hanya bertujuan untuk mengumpulkan harta atau menolong individu yang lemah dan yang memerlukan semata- mata, tetapi tujuan utamanya ialah agar manusia itu lebih tinggi nilainya daripada harta sehingga dia menjadi tuan kepada hamba itu dan bukan hamba kepada harta tersebut. Oleh itu kepentingan zakat terhadap individu yang mengeluarkan zakat iaitu adalah sama dengan kepentingan terhadap individu yang diberi zakat itu.

Di samping membangunkan masyarakat, menjaga kebajikan masyarakat zakat juga membantu pembangunan negara. Contohnya dalam membina sekolah, masjid dan sebagainya. Dana zakat boleh digunakan dalam membangunkan perkara tersebut.

Dalam membantu saudara baru juga zakat banyak memainkan peranan. Dana zakat digunakan dalam memberikan ilmu kepada saudara-saudara baru. Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan misalnya mengadakan pelbagai program dalam membantu golongan saudara baru yang mana semua dana diambil dari baitulmal.

JENAYAH CURI : PERBANDINGAN UNDANG-UNDANG SIVIL DAN SYARIAH

PERBANDINGAN CIRI-CIRI JENAYAH CURI ANTARA UNDANG-UNDANG ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG SIVIL

Ciri-ciri Jenayah Curi di dalam Undang-undang Islam.

Menurut undang-undang islam, ada beberapa ciri yang boleh mensabitkan seseorang dengan jenayah curi. Ciri-ciri ini terkandung di dalam 2 komponen penting iaitu pencuri dan barang yang dicuri.

Syarat bagi pencuri. Bagi menghadkan seseorang pencuri itu hendaklah mempunyai beberapa syarat. Antaranya iailah:

· Pencuri itu hendaklah sempurna akal. Maka tidak wajib memotong tangan orang gila sekiranya dia mencuri
· Hendaklah pencuri itu mencapai umur baligh. Maka tidak wajib had bagi kanak-kanak sekiranya kanak-kanak tersebut mencuri.
· Hendaklah dilakukan perbuatan itu dengan pilihan hatinya sendiri. Maka tidak dikenakan had agi pencuri yang dipaksa.
· Hendaklah mereka yang mencuri itu terikat dengan hukum-hukum Islam. Maka tidak wajib had sekiranya kafir harbi melakukan jenayah tersebut.
· Pencuri itu hendaklah bukan asalnya iaitu bapa atau daktuk. Maka tidak wajid di had sekiranya bapa mencuri harta anaknya ataupun datuk mencuri harta cucunya.
· Hendaklah pencuri itu mengetahui pengharaman mencuri. Maka jika dia tidak mengetahui hukum haram mencuri maka tidak wajib di had keatasnya.(Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:518)

Syarat bagi harta yang dicuri. Harta yang dicuri juga hendaklah memenuhi syarat-syarat tersebut:

· Hendaklah jenis yang bernilai. Maka jika dia mencuri anjing, arak dan sebagainya yang tidak diiktifar harta oleh syarak, maka tidak dikenakan had.
· Harta yang dicuri itu cukup nisabnya. Tentang cukup nisabnya itu ada khilaf dikalangan ulamak. Mengikut Imam Hanifah, kadar nisab itu ialah satu dinar atau sepuluh dirham. Sementara jumhur ulama’ pula berpendapat, kadar nisab mencuri itu ialah tiga dirham atau barang-barang yang senilai dengannya.
· Harta yang dicuri itu terletak di tempat simpanan. Maka tidak boleh dikenakan had kepada barang yang tidak disimpan.
· Harta yang dicuri itu hendaklah harta yang tahan disimpan dan tidak cepat rosak. Berkata Abu Hanifah, tidak wajib potong tangan kepada pesalah yang mencuri barang yang cepat rosak walaupun cukup nisab harga barang itu seperti mencuri anggur, bawang dan sebagainya. Ini berdasarkan hadith Rasullullah yang diriwayatkan oleh rafi’ bermaksud:
” aku mendengar Rasulullah bersabda: tidak wajib potong tangan pencuri yang mencuri buah ditangkai dan juga buah dimayang”
Sementara jumhur ulamak pula berpendapat, wajib memotong tangan bagi pencuri yang melakukan kesalahan mencuri setiap barang yang bernilai yang harus dijual beli samaada makanan, binatang ternakkan, batu dan sebagainya.
· Hendaklah barang yang dicuri itu pada asalnya bukanlah suatu yang diharuskan. Maka jika barang itu asalnya adalah harus seperti burung, buluh, kayu api, binatang pemburuan, ikan dan sebagainya, ada khilaf ulama’.Hanafi berpendapat tidak wajib dipotong tangan kerana ianya pada asalnya adalah diharuskan bagi sesiapa sahaja untuk mengambilnya. Sementara bagi jumhur ulama’ wajib dipotong tangan walaupun barang itu diharuskan ataupun diharuskan
· Hendaklah pencuri ini berniat hendak mencuri. .(Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:520)


Ciri-ciri Jenayah Curi di dalam Undang-undang Sivil.

Jenayah mencuri menurut undang-undang sivil terdapat lima ciri utama iaitu :

1. Niat curang (dishonest intention) untuk mengambil harta.

Di dalam Kanun Keseksaan, niat curang adalah satu unsur mesti di dalam kesalahan mencuri, iaitu niat hendak mengambil dengan curang. Maksud dengan curang adalah seperti yang diterangkan dalam seksyen 24 Kanun Keseksaan iaitu:
“Barang siapa yang melakukan sesuatu perkara dengan niat hendak menyebabkan kedapatan salah kepada sesorang, atau kehilangan salah kepada seseorang lain, adalah dikatakan melakukan perkara itu dengan curang”.
Unsur niat curang ini mestilah wujud ketika harta itu mula digerakkan oleh penjenayah (Hashim Mehat, 1977: 227).

2. Harta itu mestilah boleh digerakkan.

Unsur kedua ini dihuraikan di dalam seksyen 22 Kanun Keseksaan seperti:
“Perkataan harta yang boleh dialih dalah dimaksudkan termasuk harta zahir dari segala rupa, kecuali tanah dan benda-benda yang bercampur kepada bumi atau yang dipasang dengan kekalnya kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi” (Hashim Mehat, 1977: 236).

3. Harta itu diambil keluar daripada milik (take out of the possession) orang lain.

Kanun Keseksaan memerlukan harta yang dicuri itu, hendaklah dikeluarkan daripada milik orang yang memilikinya. Istilah ‘milik’ tidak diterangkan secara khas di dalam Kanun Kesiksaan, tetapi seksyen 27 Kanun Keseksaan dapat digunakan sebagai panduan iatu:
“Apabila harta ada dalam milik isteri, kerani atau orang gaji seseorang, bagi pihak orang itu, maka harta itu adalah dalam milik orang itu dalam erti Kanun ini” (Hashim Mehat, 1977: 251).

4. Harta itu diambil tanpa kerelaan orang itu (orang yang memilikinya).

Barang yang dicuri itu hendaklah diambil tanpa kerelaan orang yang memiliki barang itu (Hashim Mehat, 1977: 261).

5. Menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya.

Mesti wujud satu bentuk pergerakkan (some removal) terhadap harta itu untuk dikatakan ‘mengambilnya’. Maksud ‘menggerakkan’ tidak semestinya menggerakkan harta itu keluar jauh dari pencapaian pemiliknya tetapi sudah memadai dengan tujuan hendak mengambilnya. Ia sudah boleh disabitkan kesalahan mencuri di dalam undang-undang jenayah moden (Hashim Mehat, 1977: 267).

Kesimpulannya, setiap ciri kesalahan mencuri yang disebutkan mestilah dibuktikan oleh pendakwa sehingga tidak ada keraguan yang munasabah, sebelum seseorang itu disabitkan bersalah di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan;

“Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat” (Hashim Mehat, 1977: 223).

PERBANDINGAN HUKUM DAN CARA PELAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH CURI ANTARA UNDANG-UNDANG ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG SIVIL.

Di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengaharamkan mencuri antaranya adalah surah al-Maidah ayat ke 38-39

Ertinya : “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-dua (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah maha perkasa lagi bijaksana. Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah maha pengampub lagi maha penyanyang”

Mengikut nas-nas al-Quran dan hadith syarif telahpun dinyatakan potong tangan diwajibkan ke atas pencuri. Samaada lelaki ataupun perempuan apabila nyata kesalahannya. Pembalasan ini tidak harus diberi keampunan oleh mangsa curi sendiri ataupun pihak pemerintah, begitu juga ia tidak harus ditukar ganti dgn pembalasan yang lain atau ditangguhkan pembalasana. Ini adalah mengikut mazhaz al-arba’ah.

Para ulama’ bersepakat menyatakan bahawa apabila tangan pencuri telah dipotong dan barang yang dicuri masih ada,wajib dikembalikan barang itu kepada tuannya. Tetapi jika barang itu sudah rosak, ulamak berselisih pendapat mengenainya. Menurut Hanafi, pencuri yang telah dipotong tangannya tidak wajib lagi mengantikan barang yang rosak ditangannya itu atau membayar harganya.

Manakala menurut Maliki pula, jika pencuri itu orang kaya semasa menjalani hukuman potong tangan, wajib memotong tangan dan membayar ganti rugi barang yang rosak itu. Tetpi jika dia orang miskin, maka tidak wajib menggantikan barang yang telah rosak itu. Manakala menurut Syafie dan Hambali pula hendaklah memotong tangan bersama membayar ganti rugi barang yang telah rosak samaada orang itu miskin atau kaya.

Apabila berulang kali mencuri, para ulamak bersepakat menyatakan wajib memotong tangan kanan pada mencuri kali pertama. Apabila mencuri kali kedua, hendaklah dipotong kaki kiri kecuali Hambali berkata tidak ada had lagi selepas kali ke dua. Pencuri itu hendaklah membayar harga harta barang yang di curi dan dikenakan ta’zir serta ditahan sehingga dia beertaubat.

Sementara menurut Maliki dan Syafie pula, jika sekiranya pencuri mencuri kali ke tiga maka dipotong tangan kiri dan jika mencuri kali keempat maka hendaklah dipotong kaki kanan pula. Kemudian di ta’zirkan jika mencuri lagi. .(Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:518)


Pemotongan tangan keatas seorang yang telah sabit melakukan jenayah curi oleh mahkamah hendaklah dilakukan dengan cara yang dianggap paling mudah dan sesuai. Menurut catatan Ibn Qudamah, orang yang akan menjalankan hukuman potong tangan hendakalah :

· Diletakkan dalam keadaan duduk
· Diikat badannya agar dia tidak dapat bergerak yang boleh membahayakan dirinya
· Diikat tangannya dengan meninggalkan bahagian yang hendak dipotong iaitu pergelangan tangan
· Diletakkan pisau yang tajam pada pergelangan tangan itu. Kemudian, dikejutkan pisau itu dengan kuat sehingga dapat memotong tangan itu serta merta (sekali gus) (Sabri Abdul Rahman. 1987:134)

Manakala seksaan bagi kesalahan mencuri mengikut undang-undang jenayah Malaysia pula ialah seperti yang tersebut di dalam Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu:

”Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 3 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian bolehlah dikenakan penjara atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. ”

Seksyen 380 Kanun Keseksaan pula menyebut:

”Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat” (Mohd. Reduan Aslie, t.t.: 137)

Seksaan bagi pecah rumah dan curi pula Seksyen 454 Kanun Keseksaan menyebut:

”Barangsiapa melakukan pencerobohan dengan bersembunyi, atau melakukan pecah rumah, bagi maksud melakukan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 3 tahun dan bolehlah juga didenda. Jika kesalahannya ialah mencuri, maka tempoh penjara bolehlah dilanjutkan sehingga 10 tahun.” (Mohd. Reduan Aslie, t.t.: 149-150)
Dari apa yang diketahui, ramai yang menyatakan undang-undang ciptaan adalah undang-undang yang sempurna. Tapi jika dilihat dengan lebih mendalam, undang-undang Islam lebih sempurna dan menyeluruh.

Tetapi bila berbica tentang undang-undang Islam maka ramailah akan mengatakan undang-undang Islam adalah zalim, tetapi mereka sendiri tidak melihat apa yang disyariatkan oleh Islam itu adalah suatu yang amat tepat sekali.

Jika dilihat negara yang mengamalkan undang-undang hudud seperti Arab Saudi, rakyat di sana berasa aman dan tidak ada sedikit pun dihati mereka akan adanya kecurian. Dapat dilihat kedai-kedai dibiarkan tanpa dijaga atau ditutup jika tuannya tiada kerana mereka tidak perlu khuatir kerana tidak ada yang akan berani melakukan jenayah curi ini.
RUJUKAN
Abdul Qadir Audah,1989. Hukum Mencuri dan Potong Tangan Dalam Undang-undang Islam, Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd., Shah Alam, Ter. Zainal Azam Abd. Rahman.

Haji Abdul Razak Haji Ahmad. 1997. Fiqh STPM. Kuala Lumpur

Mohd. Reduan Aslie, Jenayah Di Malaysia, AMK Interaksi Sdn. Bhd., t.t.p., t.t.

Paizah Haji Ismail, 2003 Undang-undang Jenayah Islam, Tradisi Ilmu Sdn. Bhd., Selangor, Cetakan ke-4.

Sabri Abdul Rahman. 1987. Jenayah Curi dan Rompak Kajian Perbandingan Dalam 4 Mazhab Fiqh Islam. Bangi

ANAKKU SAZALI



Beberapa bulan lalu di dalam majalah Mastika ada menampilkan isu ’Anak Derhaka’. Ada pelbagai kes-kes yang menampilkan kederhakaan seorang anak. Sehinggalah ada anak yang sanggup membunuh ibu bapa mereka sendiri. di manakah hilangnya nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa mereka, di manakah ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa mereka? Bukan ingin menuding jari kepada anak-anak ataupun ibubapa sahaja. Tetapi ingin di teliti kembali di mana mulanya agar dapat kita sama-sama memperbaiki mana yang kurang.

Pendidikan anak-anak bukanlah bermula apabila kanak-kanak itu sudah mula boleh berfikir, bercakap, berlari mahupun sudah bersekolah. Sebenarnya didikan anak haruslah bermula dengan seawalnya iaitu apabila ibu bapa melakukan persetubuhan. Ianya dilakukan dengan penuh hiqmah, adab dan doa-doa. Apabila bayi di masih di dalam kandungan, ibu bapa seharusnya mengajar anak di dalam kandungan dengan membacakan ayat-ayat suci al-quran. Bercakap dengan bayi dengan kebesaran Allah. Walaupun bayi masih di dalam kandungan tetapi persekitaran banyak membatu didikan terhadap bayi tersebut.

Apabila bayi dilahirkan disambut dengan penuh tatatertib, di azankan atau di iqamahkan, biarlah benda yang pertama yang masuk ke dalam badannya makanan yang suci. Berikanlah air zam-zam dan sedikit qurma. Berikan anak-anak itu nama yang baik sebagai panggilan kerana panggilan memainkan peranan dalam pembentukkan diri anak.

Di zaman kanak-kanak mereka lebih suka bermain. Berilah mereka kasih sayang. Bermainlah dengan mereka dengan menyelitkan unsur-unsur ketuhanan. Biarlah mereka bermain sambil belajar kerana itu fitrah kanak-kanak.

Bila mereka sudah mula boleh berfikir, ajarkan perkara baik dan buruk, solat berjamaah, dan nilai-nilai Islam. Bila sudah remaja, berikanlah kasih sayang dengan sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak kekok bercerita dengan kita. Pada masa ini mereka suka untuk mencuba sesuatu. Bimbing mereka ke jalan yang betul. Kawal pergerakan mereka. Bila mereka sudah belia, mereka mahukan kebebasan. Berilah mereka kebabasan tapi yang terkawal.

Ramai ibu bapa yang tidak tahu cara yang terbaik untuk menegur anak-anak. Jika sebuah keluarga yang mengamalkan solat berjamaah, maka mudah untuk ayah atau ibu menegur anak-anaknya. Gunakan masa selapas solat untuk mengeratkan ukhwah anatara anak dan ibu bapa. Gunakan masa ini juga untuk menegur kesalahan anak-anak.

Bagi mereka yang mempunyai anak yang malas solat dan degil, bacakannlah doa di bawah dan hembuskan di dalam air. Berilan keluarga minum. Di samping selalu berdoa kepada Allah dengan doa ini selepas solat. surah Ibrahim ayat 40.



رب اجعلنى مقيم الصلاة و من ذريتى ربنا وتقبل دعاء




maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.



Bagi ibu-ibu yang inginkan suami dan anak-anak selalu mengingatinya, bacalah af-fatehah 14 kali sebelum tidur. Amalkannya dengan niat yang baik.

Walaupun anak-anak sudah berumahtangga, tanggungjawab ibu bapa belum lagi selesai. anak-anak perlu dipimpin dalam urusan rumahtangga. Bukan niat untuk mencampuri urusan rumah tangga si anak tapi hanya sebagai pemerhati dan menegur mana yang perlu


Apabila anak-anak diberikan kasih sayang dan didikan agama insyaAllah mereka akan terhindar daripada anak yang derhaka. Janganlah mendidik anak anda seperti dalam filem ’Anakku Sazali’. Diberikan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga tiada tegas dalam diri ayah untuk menegur kesilapan anak-anak. Sentiasalah berdoa kepada Allah kerana doa seorang ibu itu doa yang di makbulkan. insyaAllah

Wa Allahu wa a’lam

PERCAYA : DIBIBIR ATAU DI HATI


Akidah merupakan suatu yang sinonim dengan iman. Apabila membicarakan tentang akidah sekaligus juga membicarakan tentang iman. Mari kita susuri apa yang terkandung di dalam rukun iman dalam mengukuhkan akidah seseorang iaitu

v Percaya kepada Allah
v Percaya kepada malaikat
v Percaya kepada kitab
v Percaya kepada nabi dan rasul
v Percaya kepada hari qiamat
v Percaya kepada qada’ dan qadar

Bila ditanya adakah anda mempercaya akan Allah, malaikat, kitab, nabi dan rasul, hari qiamat, qada’ dan qadar maka ramai yang menyatakan ’Ya’ mereka mempercayainya. Tetapi sejauhmanakah kepercayaan kita terhadap rukun iman ini?

Kenapa seseorang itu masih melakukan maksiad sedangkan mereka percaya kepada apa yang dinyatakan di dalam rukun iman?

Kita kembali kepada apa yang dikatakan sebagai percaya. Percaya kepada Allah di sini bukanlah hanya di bibir. Apabila ditanya percaya atau tidak, ramai yang menjawab percaya. Tetapi sejauhmana percaya ini masuk ke dalah hati mereka? Percaya yang sebenar-benar percaya kepada Allah. Mengaku dengan hatinya bahawa Allah itu ada, Allah itu tuhan sekalian makhluk, Allah Maha berkuasa dan mempercayai semua sifat-sifat Allah.

Adakah kita akan melakukan maksiad sedangkan kita percaya dengan sepenuhnya Allah itu wujud, sentiasa memerhatikan tingkahlaku kita, malaikat pula sentiasa mencatat amalan baik dan buruk? Mungkin juga kerana semua perkara ini adalah ghaib manusia selalu melupakannya. Kita tidak nampak dosa dan pahala. Kita tidak nampak malaikat yang mencatit amalan kita. Jika kita dapat melihat dosa dan pahala yang kita lakukan maka akan menggigillah kita apabila tercatat sahaja amalan kejahatan yang kita lakukan.

Apabila kepercayaan kepada Allah hanya di bibir makan iman mula pudar. Apabila iman mula pudar, syatan tidak perlu bersusah payang menggoda. Hanya sedikit godaan maka hanyutlah manusia mengikut telunjuk syaitan. Maka terjadilah maksiad, ajaran sesat, murtad dan pelbagai lagi dosa-dosa yang telak dilakukan manusia.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar akidah kita dan seluruh umat islam tidak terjejas walau apa dugaan yang datang kepada kita. Marilah kita sama-sama saling menasihati dan ingat-mengingati agar kita tidak terus hanyut oleh tipu daya syaitan. Nauzubillah.

Wa Allahu wa a’lam

Sabtu, 13 September 2008

UNTUK KITA

Untukmu*www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli*
www.iluvislam.com

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~Tapi saya tetap merasakan kekosongan.

Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.

Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.

Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.Masa terus berlalu.

Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlahkamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir.

Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?""Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."“Bercinta ke?”Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"Dengan suara yang lembut abang tu jawab:"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.

Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?""Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."" Zina hati?” Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung."Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya terdiam lagi."Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?""Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.""Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?""Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."Tiba-tiba saya terfikir,"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?""Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.""Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.""Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri."Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].Lepas tu tertera di skrin..SENDING..MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.."Terima kasih bang..""Takpe, dah tanggungjawab.."Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,"Seindah gubahan pertama.."Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.Lagi satu,Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...
Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket