Sabtu, 9 April 2011

Ragam Manusia

Semakin hari...semakin ramai kita bersahabat...
kadang2 kita menganggap merekalah sahabat susah dan senang kita...
berukhwah bersama mereka... mendengar luahan rasa mereka...
mempercayai mereka.... mendokong mereka...

tp...
tatkala terbongkar segala rahsia...
segala penipuan terserlah...
rasa menyesal tiba... menyesal mempercayai penipuan mu...
menyesal mendengar luahan yang diselitkan kepalsuan...
menyesal mendokong mu kerana cerita bohongmu...

wahai sahabat...
tidak terselit sedikitpun dihati ini ingin memutuskan ukhwah bersama mu...
tetapi..rasa menyesal itu sentiasa hadir...
rasa menyesal kami bertambah lagi..
tatkala kamu tidak sedikit pun merasa bersalah terhadap penipuan yang telah kau lakukan...

wahai sahabat...
kami insan biasa...tp janganlah kerana kami selalu mendiamkan...menyangkakan tanda kami setuju...
kami mengiyakan tanda kami tidak tahu....

wahai sahabat...
kami tidak mahu mengaibkan dirimu...
sepertimana insan yang pernah kau aibkan penuh aib sekali...
kami mengharapkan mereka memaafkanmu...

wahai sahabat...
kau mengatakan menginginkan sesuatu yang islamic..akhlak yg islamic..
kau berkata2 tentang islam dan dakwah kepada kami...
terbakar hati2 kami mendengarnya....kerana....
kau berkata2 seolah2 kau lupa segala penipuan yang telah kau lakukan terhadap kami...

sememangnya bukan kau lupa...
tapi kau tidak mengetahui yang kami mengetahui segala pembohonganmu itu..
kerana itu kau berani berkata2 tentang islam dan dakwah kepada kami.....
sedangkan kau sendiri tidak mengetahui siapakah kami ini...
apa yang kami ketahui....engakau tidak mengetahui...

jangan dirimu anggap..org lain tidak mengetahui dunia luar...
ya..ada dikalangan kami kurang berpendidikan..
tp tidak bermakna dirimu mudah menipu mereka..kerana pengalaman membatasi ilmu yang dirimu miliki....
jangan dirimu anggap kami berpendidikan dalam bidang kami...kami tidak mengetahu bidang yang lain...
sesungguhnya dirimu silap sahabat....
ya...kami berpendidikan dalam sesuatu bidang...tp..kami juga tahu bidang lain...
kerana itu kami mengetahu apa penipuanmu...

sahabat...
kami tidak mahu mengaibkan dirimu...
cukuplah hanya sekadar kami meluahkan apa yg terbuku dihati...
tanpa kami menyebut nama mu....
kami telan segala penipuanmu...
kerana kami sayangkan ukhwah itu...

sahabat...
kami akan didik hati kami semampunya untuk memaafkan dirimu...
sedangkan Rasulullah memaafkan ummatnya...inikan kami yang hina...
tp sahabat...kau meragut kepercayaan kami..
mungkin kami boleh memafkan dirimu..
tp untuk mempercayaimu... mungkin boleh...tp tidak dinafikan...mungkin juga akan ada rasa syak di hati kami...
maafkan kami sahabat jika itu berlaku..kerana kami tidak mahu ditipu untuk kesekian kalinya...

wahai sahabat...
doa kami moga dirimu kembali ke jalan yang benar...
mohonlah maaf kepada sahabat yang lain yg telah dirimu bohongi....
kerana itu urusan mu sesama manusia...

terima kasih sahabat kerana dirimu juga mengajar kami erti waspada dalam persahabatan dan juga erti realiti sebenar kehidupan....
tidak semua org adalah seperti yang kita fikirkan...

salam ukhwah penuh maaf dari kami untukmu sahabat....

Ahad, 3 April 2011

APABILA DATANGNYA SESUATU PERKHABARAN

Surah al-hujurat-6Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

ASBABUL NUZUL
Ibn Kathir – al- Walid d uthbah b Abi Muaith dihantarkan kpd Bani Mustaliq utk memungut zakat. Hadith diriwayatkan dalam pelbagai turuq.

Diriwayatkan imam ahmad dlm musnadnya : al-harith b dzirar al-khuza’I masuk islam, rasululllah menyeru dia kepada berzakat lalu dia berikrar (bersetuju). Minta izin kepada rasulullah untuk pulang kepada kaumnya dan siapa yg peluk islam dan setuju berzakat, dia akan kumpul.

Utusan yg dihantar x kunjung tiba. Rasulullah telah hantar walid, namun beliau pergi separuh jalan dan rasa takut lalu kembali kepada rasulullah dan bgtau “ wahai rasulullah, sesungguhnya al-Harith x mau menyerahkan zakat yang telah dikumpulkan kepadaku dan dia hendak membunuhku”

Rasulullah hantar 1 rombongan kepada harith manakala harith juga dalam perjalanan ke madinah. Bila bertemu , mrk memberitahu walid x pun bertemu beliau.
Harith tiba di madinah dan bgtau cerita sebenar. Trn la ayat nie…

Dr wahab al-zuhaili-tafsir al-munir hal 227
Sekiranya dtg kpd kamu org jahat membawa berita yang di dalamnya ada berita yang memudharatkan, kamu hendaklah berhati2 dgn keadaan sbnrnya dan meneliti keadaan itu & jgn kamu gopoh menjalankn hukuman shga kamu mendapat kenyataan yg jelas.
Ini ditakuti akan menimpa mudharat kepada kamu yang x sepatutnya sedangkan kamu jahil keadaan yang sebenarMaka dgn itu mejadikan kamu menghukum keatas mereka dgn hukuman yg salah yg membawa kepada penyesalan yg x kesudahan dan menjadikan kamu dukacita

Syed qutb – fi zilali quran
Allah menentukan fasiq di dlm ayat ini krn ia menjadi tomahan bohong dan supaya x tersebar keraguan di kalangan jemaah islam pd setiap berita yang disebarkan kpd anggotanya. Orang fasik patut diragui shgga diteliti beritanya.
Jemaah islam x perlu gopoh dalam mengurus berita org fasiq sbb dgn itu menyebabkan dia menjatuhkan hukuman aniaya atas sbb kejahilan dan kegopohan itu
Islam membiarkan kehidupan ini berjalan pada landasannya yg tabii dan menentukan jaminan dan kawalan untuk memeliharanya dan ini adalah contoh kawalan terhadap keadaan terbuka dalam menerima

Said hawa (al-asas fi tafsir)
Hendaklah kamu memastikan dan mencari bukti2 keatas perkara itu utk menjelaskan hakikatnya dan jgn berpegang kpd perkataan org yg fasiq krn mrk x memelihara diri dari kefasikan.Ketahuilah bhw org fasiq itu ada 2 jenis- pertama- yg x ditaqwilkan pdnya –sepakat ulamak x terima khabarnyaKedua, fasiq yg takwil ayat seperti jabariah dan qadariah- sesetengah ulamak menerima manakala yg lain menolaknya

******************

setelah memerhatikan keadaan sekeliling sy terpanggil untuk mengulas ayat tersebut.. zaman Rasulullah, baginda tahu siapa yg fasik dan tidak...tp kita2 nie manalah tau kan..sapekah org yg sedang berkata2 dgn kita tuh..fasik ke tidak ke...

Allah telah turunkan panduan kepada kita semua..sebagai panduan tapi kadang2 kita lalai..kita lupa..mmg fitrah manusia itu lupa..kenalah saling ingat mengingati...
ayat di atas mmg perlu dijadikan landasan dalam kehidupan seharian..tidak kira dimana lagi2 dunia akhir zaman..

bila seseorang datang kepada kita..memberitahu sesuatu perkara...jgn mudah percaya..walau siapa pun dia..kerna ALLAH DAH WARNING kita dah tuh...BKN SAYA KATA yer..tp ALLAH kata.. dgn turunnya ayat tersebut..dunia akhir zaman..macam2 berlaku... pembohongan..penindasan...perebutan kuasa..menzalimi..dizalimi...dan pelbagai lagi..

Allah mengajar kita supaya menyelidiki setiap apa yg dikatakan.. dgn kata sempoinye... dengar buleh percaya jgn dulu selagi x terbukti benar.. jika kena pada kipasan si pemberita...kita pun akan meluap2la nafsu nie... sblm mulakan perbicaraan..ucaplah a'uzubillahiminassyaitanirrajim.. supaya syaitan x dpt hampiri kita

Orang selalu kata..jgn dengar sebelah pihak...dengar dari kedua-dua belah pihak baru adil... tp bagi saya..sy x dengar 2 belah pihak..sy akan dengar berpihak2..agar sy mendapat 1 keputusan yang sy yakin dan mempunyai bukti... cakap gedebuk gedebak...tp x de bukti..dan ada org lain yg boleh membuktikan geduk gedebak tuh tidak betul..maka cari sumber lain yg boleh memberikan bukti lain...agar tidak tersalah mempercayai orang...

kalau nak mengenali seseorg kenal mereka melalui musuh mereka..jgn kenali mereka dari kawan mereka..itu kata2 penah dengar masa sekolah dulu..betul jugak kan.. kalo kita berkawan...sure la kita cerita baik2 kan..tutup semua buruk2.. hehehehe

kadang2 kekipasan orang yang berkata2 itu mampu menutup fikiran kita untuk menilainya..so didiklah hati anda untuk tidak terus mempercayai kata2 seseorg dengan mudah.. walaupun setinggi mana pelajaran seseorg..tp bila dia tidak pandai menilai...dia ttp akan ditipu dan terpengaruh...serendah mana pelajaran seseorg tp jika pandai menilai..insyaAllah..tidak akan terpedaya..jgn menyangka anda berpelajaran tinggi tidak akan tertipu..malah kadang2 golongan itulah yg ramai ditipu..tgklah bgmaina dadah dapat menipu golongan manusi hatta berpelajaran tinggi..maka berhati-hatilah...kerana manusia itu sendiri lebih bahaya dari DADAH!!!

dalam setiap apa yg kita lakukan plz...double chek n triple chek ..n berple2 chek yang boleh mensahihkan sesuatu itu... bila sekali org berkata bohong..ingt....dia akan mengulangi lagi..ulang lagi..dan lagi...

kerna SYAITAN x mo masuk neraka sendiri...dia nak bawak MANUSIA masuk neraka sekali dgn dia..

akhir kalam dari saya yang jahil :
~ LIHATLAH DENGAN MATA, DENGARLAH DENGAN TELINGA,BERKATA LAH DENGAN LIDAH, BERFIKIRLAH DENGAN ILMU DAN NILAILAH DENGAN MATAHATI~
WA ALLAHU A'LAM
Allah lebih mengetahui sesuatu..kepadanyalah kita berserah terhadap sesuatu itu.
Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket