Selasa, 23 Februari 2010

nyanyian dan muzik sebagai 1 medium dakwah

kertas kerja dibentangkan untuk ustaz othman talib. bagi mata pelajaran metodologi dakwah kepada muslim, dibentang oleh sy dan rakan, pelajar sarjana, jabatan pengajian dakwah dan kepimpinan, fakulti pengajian islam, universiti kebangsaan malaysia.

1. PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang universal, merangkumi semua aspek dan keperluan kehidupan manusia. Ia agama fitrah sebagaimana firman Allah dalam surah Rom ayat 30:
         ••             ••   
Maksudnya: Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam), sesuai fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubuhan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Ayat di atas menunjukkan bahawa agama yang diciptakan Allah agama fitrah, begitu juga dengan kejadian manusia di mana secara fitrahnya manusia mempunyai jiwa yang bersih lagi suci. Permulaan manusia dinamakan fitrah dan perjalanan dinamakan Islam. Islam memenuhi keperluan hidup manusia sekalipun dalam tuntutan jiwa yang berkaitan dengan hiburan yang berasaskan seni. Islam yang sifatnya agama fitrah tidak pernah menolak sesuatu yang bersesuaian dengan fitrah selagimana ia bertepatan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, hiburan juga merupakan satu fitrah kerana setiap makhluk memang suka kepada keindahan. Antara bentuk hiburan yang semakin mendapat tumpuan ramai masyarakat sekarang ialah hiburan yang berbentuk lagu dan muzik. Ia menjadi satu budaya manusia dan hobi yang sukar dipisahkan dari jiwa dan kehidupan seluruh masyarakat dunia termasuklah masyarakat Islam dan ia juga merupakan perdebatan yang hangat di kalangan masyarakat Islam tentang hukum muzik dan nyanyian dari dulu hingga sekarang. Oleh yang demikian kertas kerja ini akan menjelaskan sedikit sebanyak jawapan kepada masalah-masalah tersebut hasil daripada pembacaan dari pelbagai sumber.


2. DEFINISI MUZIK, NYANYIAN DAN DAKWAH

2.1 Definisi Muzik dan nyanyian

Menurut kamus dewan muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan penyataan perasaan atau bunyi-bunyian (Kamus Dewan edisi baru,1989,hlm:849).

Menurut al-Muhieth halaman 753 pula, muzik disebut sebagai al-ma'azif iaitu jamak dari mi’zaf yang bermaksud alat-alat muzik dan permainan-permainan. Contohnya al ‘ud (sejenis kecapi), at-thanbur (gitar atau rebab). Ibnul Qayyim dalam Mawaridul Aman halaman 330 pula menyatakan bahawa al ma’azif ialah seluruh alat muzik atau permainan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pandangan_berlagu_dan_seumpamanya_dalam_Islam).

Selain itu, kebanyakan ahli muzikologi dan ahli etnomuzikologi pula mendefinisikan istilah muzik dengan makna seni dan sains yang memadukan bunyi atau nada suara atau bunyi alat bagi membentuk pelbagai pernyataan yang memuaskan emosi, estetika, dan struktur bagi kepercayaan asas kebudayaan. Di bawah definisi seperti itu, pada umumnya muzik merangkumi semua jenis pernyataan estetika pendengaran, tidak kra fungsinya atau konteks perlakuannya ( Isma’il R. Al Faruqi,1990,hlm:31).

Oleh yang demikian, muzik umumnya merujuk kepada ekspresi pemikiran dan perasaan yang diterjemahkan melalui unit-unit yang dilambangkan. Sementara itu ada yang mendefinisikan muzik sebagai fenomena ‘acoustic’yang mempunyai elemen melodi, harmoni dan irama. Dengan itu muzik merupakan gabungan antara alatan sebagai wahana yang menghasilkan alunan yang menarikdan oleh mempengaruhi jiwa dan minda manusia ( Jaffary Awang dan Kamaruddin Salleh,2007,hlm:120).

Nyanyian pula bermaksud gubahan muzik yang dilagukan dengan suara (Kamus Dewan edisi baru,1989,hlm:868). Al-Qamus di halaman 1187 pula mentakrifkan nyanyian dalam bahasa arab ialah "al- ghina" yang bermaksud seni suara yang menghiburkan. Imam Ahmad al-Qurtubi di dalam Kasyful Qina’ pada halaman 47 pula menyatakan ‘al-ghina’ bermaksud meninggikan suara ketika bersyair atau semisal dengannya. Kamus as-Sihah pula mendefinisikan ia adalah sebahagian daripada seni berkaitan deria dengar. Manakala kamus an-Nihayah pula menyebut menyaringkan suara dan mengalunkannya (Yusuf Al-Qardawi,2006,hlm: 33).

Nyanyian ialah suara manusia yang keluar dari mulut dengan mempunyai pengertian dan kata-kata seperti bait sajak, syair, atau lagu yang membawa mesej tertentu di samping ia juga dipersembahkan dengan mengawal nada tinggi rendah suara kerana mengutamakan kemerduan penyampaian sesuatu lagu itu untuk menarik minat pendengar.

Secara umumnya muzik ialah seni bunyi manakala nyanyian ialah seni suara. Muzik ialah bunyi-bunyian yang menghiburkan dan terhasil dari alatan atau dari satu komponan yang diatur menghasilkan irama yang merdu. Kesimpulannya, muzik dan nyanyian merupakan satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat dengan reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang menghiburkan. Muzik dan nyanyian juga tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera tetapi dirasai dengan hati dan perasaan.

2.2 Definisi Dakwah

Istilah dakwah merupakan satu istilah yang sangat sinonim dalam masyarakat terutamanya dalam masyarakat Islam. Masyarakat Islam mengenali dakwah sebagai suatu mekanisme yang digunapakai dalam penyebaran agama Islam.

Dari segi bahasa, dakwah bererti menyeru atau memanggil, sama ada kepada yang haq atau batil. Dalam istilah syara’ ia membawa pengertian yang lebih khusus iaitu seruan atau panggilan ke jalan Allah. Firman Allah:
         
Maksudnya: Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata” (Surah Yusuf: 108)

Perkataan dakwah berasal dari perkataan arab iaitu dari kata dasar da’a, yad’u dan masdarnya ialah da’wah. Dakwah bermaksud seruan, panggilan, atau ajakan. Maksud dakwah di sini adalah seruan kepada seluruh manusia terhadap sesuatu perkara dan menggalakkan mereka untuk mendapatkan sesuatu hasil ( Abd. Al-Naim, 1984).

Zaidan mendefinisikan dakwah sebagai “panggilan ke jalan Allah, iaitu agama Islam, agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W” ( Zaidan, 1978: 10-11). Al-Ansari pula berpendapat dakwah ialah “usaha berbentuk perbuatan atau percakapan untuk menarik manusia kepada kebaikan dan petunjuk” ( Al-Ansari, 1984: 4).

Menurut Ibn Taimiyyah pula dakwah ialah satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah dan apa yang disampaikan oleh Rasul-RasulNya, iaitu dengan membenarkan segala perkara yang disampaikan oleh Rasul-Rasul dan segala perintah mereka. Antara tugas dakwah ialah menyuruh kepada melaksanakan apa yang disukai Allah dan rasulNya berkaitan perkara yang wajib dan sunat, zahir dan batin. Tidak sempurna dakwah sekiranya bukan ke arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan apa yang dibenciNya, sama ada dari perkataan atau perbuatan yang zahir dan batin ( Abu Urwah, 1990:118).

Selain itu, Muhammad al-Ghazali ( 1981) berpendapat bahawa dakwah ialah satu perancangan yang lengkap dan mencakupi semua peringkatnya, mengandungi ilmu pengetahuan yang diperlukan manusia untuk menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan juga bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi pedoman kepada mereka. Yusof al- Qardawi ( 1983) pula mendefinisikan dakwah sebagai suatu usaha membawa orang lain kepada agama Allah mengikut petunjuknya, melaksanakan ketetapan Allah S.W.T di bumi ini, mengkhususkan taat setia hanya kepadaNya, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berjihad pada jalanNya.
Pengertian dan skop yang begitu luas dan umum adalah diasaskan kepada kedudukan agama Islam sebagai agama yang menyeluruh dan mencakupi semua bidang kehidupan. Secara praktikalnya, semenjak Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul sehingga kini, kefahaman para ulama’ dan pendakwah terhadap pengertian dakwah adalah tidak lari dari apa yang telah disebutkan di atas. Secara umumnya dakwah adalah kegiatan menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan.

3. SEJARAH KEMUNCULAN MUZIK DAN NYANYIAN

Kesenian seni suara telah bermula sejak zaman Nabi Daud dan puteranya Nabi Ismail a.s. Dalam al-Quran dinyatakan bahawa Nabi Daud mempunyai suara yang sangat merdu dan lantang. Sambil memetik kecapi beliau menyanyikan puji-pujian kepada Allah s.w.t. Baginda begitu asyik dalam memuji sehingga merasakan gunung-ganang dan bukit-bukau turut menyanyi bersamanya. Nabi Daud juga merupakan insan yang pertama mengunakan keindahan seni suara dengan iringan alat kecapi untuk merasakan dan meresapi keindahan alam sekitar (Engku Ibrahim Engku Ismail dan Abd Ghani Shamsuddin,1990,hlm:3).

Sejarah kesenian yang berunsurkan seni suara dan seni muzik seterusnya terus berkembang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai seorang utusan Allah kepada umat manusia seluruh alam, baginda memahami fitrah manusia yang tetap wujud di kalangan umatnya khususnya di kalangan para sahabat pada ketika itu. Di antara fitrah manusia ketika itu ialah hiburan melalui seni suara yang sebenarnya sudah lama menjadi budaya di kalangan orang Arab. Tambahan pula golongan Ansar iaitu orang Islam yang berasal daripada Madinah sememangnya diakui oleh nabi begitu menyukai hiburan.

Di antara masa dan keadaan yang diizinkan oleh nabi supaya umat Islam bergembira dan ceria kerana sesuatu tujuan ialah semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, hari perkahwinan dan hari kebesaran Islam. Hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a. merupakan dalil pertama yang jelas menunjukkan bahawa hukum Islam telah berkembang khususnya yang berkaitan dengan seni muzik apabila realiti umat Islam pada masa itu sememangnya berhajatkan kepada hiburan dan keceriaan khususnya pada masa dan keadaan yang sewajarnya seperti di hari raya.

Walaupun nabi secara jelas memberi keizinan kepada umat islam untuk menikmati seni muzik di dalam kehidupan mereka, namun baginda sentiasa mengingatkan mereka supaya tidak leka dan lalai untuk menyembah Allah s.w.t. memandangkan manusia akan sentiasa berkembang dan berubah mengikut tahap kefahaman dan keimanan masing-masing. Allah juga telah memberi amaran berhubung dengan seni muzik ini sepertimana dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Daripada Abu Malik al-‘Asy’ari daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan daripada kalangna mereka kera dan babi”.

Hadith ini jelas menunjukkan hukuman Allah kepada umat Islam yang terlalu leka dan lalai dalam melakukan maksiat. Hadith ini sebenarnya menunjukkan bahawa manusia pada satu tahap akan melakukan pelbagai maksiat. Daripada huraian di atas dapatlah dirumuskan bahawa perkembangan seni muzik yang berlaku pada zaman nabi tetap wujud tetapi berada pada tahap permulaan iaitu membenarkan umat Islam berhibur untuk tujuan tertentu. Di samping itu juga nabi mengingatkan umatnya supaya mengelakkan perbuatan dosa yang boleh dilakukan seiring dengan seni muzik seperti minum arak, berzina dan seumpamanya .(Abd Ghani Shamsuddin,2001,hlm:8-12).

Seterusnya seni ini terus berkembang di zaman khalifah ar-rasyidin di mana pada zaman itu boleh dikatakan penggunaannya seakan dihalang dan diharamkan. Kebanyakan khalifah kurang berminat dengan seni muzik. Pada zaman Abu Bakar (632-634) muzik dan nyanyian merupakan suatu yang malahi iaitu kesukaan atau hiburan yang diharamkan.
Pada zaman khalifah Umar pula, beliau memberi sedikit kelonggaran dalam penerimaan muzik dan nyanyian. Ini kerana berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bahawa Umar telah mendengar banyak lagu dari seniwati dari zaman Nabi. ‘Asim iaitu anak kepada Umar juga merupakan seorang yang aktif dalam bidang muzik pada zaman al-Nu’man ibn ‘Adi yang merupakan penaung atau ketua kesenian.

Pada zaman khalifah Uthman pula (644-656), telah berlaku perubahan yang amat hebat di kalangan orang Arab dari segi politik dan sosial. Pada zaman ini, terbinanya beberapa istana yang besar dan megah, pedati kuda yang berkilauan, dan juga mereka hidup dalam kemewahan bukan sahaja di Iraq dan Syria tetapi juga di bandar-bandar di Hijaz. Dengan kemunculan banyaknya istana dan rumah golongan bangsawan ini, maka muzik dan ahli-ahlinya mendapat kedudukan yang agak tinggi dan istimewa.

Zaman pemerintahan khalifah Ali pula tidak banyak berlaku perubahan. Jika di zaman pemerintahan khalifah Uthman membenarkan hiburan seni muzik ini, begitu juga pada zaman khalifah Ali. Ini kerana Saidina Ali merupakan seorang seniman. Beliau merupakan orang pertama yang menubuhkan penjagaan sebenar kepada kehalusan seni dan surat-surat yang membenarkan pengajian dalam sains, puisi, dan muzik. Pada zaman ini juga lahir beberapa orang seniman. Seniman professional Islam yang pertama bernama Tuwais iaitu nama sebenarnya Abu Abd al-Munaam Isa ibn Abdallah al-Dhaib yang berbangsa Arab di mana beliau mendapat pendidikan kesenian di tanah lahirnya sendiri iaitu di Tanah Arab. Beliau disanjung tinggi oleh masyarakat Arab kerana kebolehannya.

Perkembangan muzik terus berkembang pada zaman Umaiyah. Namun begitu, pada zaman ini muncul kembali lagu-lagu zaman jahiliyah dan zaman nabi seperti lagu yang didendangkan dalam perjalanan oleh kafilah unta di malam hari. Dengan iringan muzik yang didendangkan unta berjalan merempuh padang pasir tanpa jemu. Kononnya irama dan lagu tersebut sesuai dengan langkah unta yang diatur dalam perjalanan tersebut. Pada zaman ini rancangan muzik telah masuk ke istana dan Yazid bin Muawiyah merupakan orang pertama mengadakan majlis keramaian sambil menikmati lagu dan muzik. Pada zaman ini muncul beberapa orang penyanyi terkenal seperti Ibn Suraij, Tuwais, dan Ibn Mahraz yang menggunakan alat muzik seperti seruling, trumpet, gendang, tambor, dan gambus.

Seterusnya perkembangan ini terus berkembang ke zaman Abbasiyah. Pengaruh muzik di zaman Abbasiyah sangat besar kerana pada zaman ini kemajuan yang dicapai amat hebat sekali. Perkembangan tamadun yang dicapai dari semua bidang telah memajukan kehebatan kerajaan Abbasiyah termasuklah seni muzik. Seni muzik telah mencapai kemajuan yang hebat di kalangan pemerintah dan orang ramai. Ini dapat dilihat melalui lukisan-lukisan yang terdapat di dalam kitab Alpum Al-Lail atau Hikayat Seribu Malam yang dihiasi dengan sekumpulan ahli muzik yang membuat persembahan di hadapan khalifah. Ini menggambarkan betapa besarnya penghargaan umat Islam terhadap seni muzik di Kota Damsyik.

Selain itu, perkembangan seni muzik di zaman Abbasiyah menjadi maju dan mendapat tempat di hati masyarakat kerana kerajaan Abbasiyah mengenakan syarat kepada rakyatnya supaya mahir dalam bidang muzik dan nyanyian sebagai salah satu syarat untuk mendapat pekerjaan. Hanya mereka yang cekap bermain alat muzik sahaja yang boleh menjadi pelayan, dayang-dayang di istana, rumah-rumah pembesar dan hartawan.

Pada masa pemerintahan khalifah al-Mahdi, penyanyi-penyanyi telah diundang ke istana untuk menghiburkan khalifah seperti Siyath yang datang dari kota Mekah. Beliau diberi perlindungan agar dapat bergerak bebas di dalam istana. Anak muridnya Ibrahim al-Mausili juga telah mendapat tempat yang utama di istana Harun al-Rashid. Di antara khalifah Bani Abbas, khalifah Harun al-Rashid merupakan seorang khalifah yang sukakan muzik dan lagu. Ini kerana beliau banyak memberi kurniaan kepada penyanyi-penyanyi di zaman itu. Hasilnya, ramai penyanyi terkenal pada zamannya seperti Mansur Zalzal, Ismail Abu Kasim, dan Miskin al-Madani.

Kesenian seni muzik di zaman Uthmaniyyah pula berkembang dengan berkonsepkan muzik tradisi. Ia berkembang berdasarkan sifat-sifatnya yang tersendiri bersumberkan budaya Turki yang tertumpu kepada muzik klasik di mana ia mempunyai gaya tersendiri yang mengandungi unsur-unsur agama yang didominasi oleh kerajaan Uthmaniyyah yang mana dipisahkan agama dan muzik namun kadang-kadang ia juga digabungkan. Lagu yang popular di kalangan orang Turki ialah lagu yang berunsurkan cinta dan keberanian serta keperwiraan.

Sejarah perkembangan muzik yang semakin berkembang dari satu zaman kepada satu zaman menjadikan muzik dan nyanyian semakin mendapat sambutan namun yang lebih membimbangkan ia telah memisahkan hiburan muzik dengan kehendak agama. Di abad ini umat Islam menghadapi perkembangan dunia seni yang lebih mencabar. Dengan berlakunya persekongkolan tamadun dengan barat, umat Islam diserang dengan arus massa yang amat deras. Tamadun material barat telah mengeksport ke dunia Islam berbagai-bagai corak seni yang meliputi perfileman, drama, nyanyian, dokumentari dan seumpamanya melalui wasilah-wasilah massa seperti TV, radio, wayang, video, komputer, satelit dan sebagainya.

Barat yang tidak mengerti halal dan haram menjadikan dunia seni seumpama neraka jahannam yang menjadi ancaman yang amat merbahaya dan sukar ditangkis oleh umat Islam di masa kini. Umat Islam seolah-olah sudah tidak bermaya lagi untuk menangkis serangan-serangan tersebut. Mereka menerima sahaja segala apa yang dikurniakan oleh barat kepada mereka tanpa menilai baik atau buruk, membina atau tidak. Lantaran itu menjadi kewajipan umat Islam untuk menghadapi serangan media massa yang hebat ini demi keagungan Islam. Umat Islam perlu mengemukakan alternatif-alternatif baru yang dapat menggalang-gantikan bentuk-bentuk hiburan barat yang jauh lebih melencong daripada batas-batas Allah SWT (http://z10.invisionfree.com/Hikmah/index.php?showtopic=161)(18.1)


4. PERBAHASAN HUKUM


Penentuan hukum bagi sesuatu masalah memerlukan penelitian yang amat teliti dari golongan ulamak. Adakalanya ulamak akan berselisihan pendapat dalam menentukan hukum dan mereka mempunya hujah-hujah mereka tersendiri yang menyokong pendapat mereka. Mereka berselisihan pendapat bukanlah kerana ingin menunjukkan siapa benar dan siapa yang salah tetapi mereka ingin mencari satu jalan penyelesaian untuk semua pihak.

4.1 Hukum berdakwah

Dakwah merupakan satu jalan untuk menyampaikan Islam ke seluruh dunia. Di dalam al-Quran, terdapat pelbagai ayat yang menggesa umat Islam untuk berdakwah. Contohnya :-
Surah Ali Imran ayat 110.

  •  ••                    

Maksudnya : Kamu adalah Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

Surah an-Nahl ayat 125

             •     •      
Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.

Surah Ali Imran ayat 104
  •            
Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Dalam menentukan kewajiban dalam berdakwah, al-Ghazali mengatakan bahawa hukum berdakwah ialah wajib kerana perkataan  dalam surah Ali Imran ayat 104 merupakan ayat perintah (amar) , maka ianya adalah wajib . Pada ayat tersebut juga menerangkan bahawa amal ma’ruf nahi mungkar itu adalah fardhu kifayah, bukanlah fardhu ‘ain. Apabila telah bangunya satu golongan melaksanakan ‘amar ma’ruf nahi mungkar, nescaya gugurlah fardhu itu dari yang lain. Ini kerana Allah berfirman   • yang bermaksud “dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat”. Allah mengatakan segolongan umat, bukannya seluruh umat. ( al-Ghazali, 1988, hlm 454)

4.2 Hukum muzik dan nyanyian

Hukum bagi nyanyian dan muzik banyak menimbulkan kontroversi di kalangan ulamak. Ada ulamak yang mengharamkan secara keseluruhan, ada yang mengharamkan jika nyanyian di sertai alat muzik, ada yang mengharuskan dan pelbagai lagi. Setiap mereka mempunyai dalil-dalil mereka sendiri. Kertas kerja ini akan mengambil pandangan yang mengharamkan dan juga yang mengharuskan.

Antara dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian ialah surah Luqman ayat 6. Firman Allah:
 ••     •       •      
Maksudnya : Dan ada diantara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-[erkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang lain) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan. Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
Ayat ini memperingatkan bahawa yang dimaksudkan dengan   ialah lagu-lagu yang disertai laghwun yang akan memalingkan diri dari mengingati Allah dan menghalangi jalanNya. (Rasul Dahri, 1999, hlm: 28)

Riwayat yang sahih daripada Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar r.a menyebut bahawa mereka mentafsirkan perkataan   di dalam ayat ini sebagai nyanyian. Malah Ibnu Mas’ud telah bersumpah dengan berkata : Demi Allah, maksudnya adalah nyanyian. (Yusuf Al-Qardawi, 2006, hlm : 43)

Menurut Yusuf al-Qardawi di dalam bukunya Nyanyian dan Muzik Mengikut Al-Quran dan Sunnah, beliau mempunyai hujah untuk menolak hujang pengharaman ini. Menurutnya tafsiran ini bukanlah satu-satunya tafsiran kepada ayat ini. Sebahagian ulamak mentafsirkan   sebagai cerita-cerita dan kisah-kisah orang ‘ajam (bukan arab) berkenaan raja-raja mereka, raja Rom dan sebagainya. (Yusuf Al-Qardawi, 2006, hlm : 44)
Beliau juga ada memberikan beberapa hujah lain yang telah dikemukakan oleh Ibnu Hazmin dan Imam al-Ghazali yang mana mereka mengatakan hukumnya adalah harus.
Antara dalil lain yang digunakan untuk mengharamkan nyanyian ialah firman Allah dalam surah an-Najmu ayat 59-61:
           
Maksudnya : Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?. Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?. Sedangkan kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi melalaikan kewajiban?

Golongan yang mengharamkan nyanyian dan muzik menyatakan bahawa perkataan  dalam ayat di atas adalah bermaksud nyanyian. Ianya juga diertikan dengan kelalaian, berpaling, kelengahan, kesombongan dan keangkuhan. Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah di dalam kitab nya ’‘’’ tafsir-tafsir tersebut tidaklah bertentangan dengan nyanyian kerana nyanyian merupakan akibat dari perkara-perkara tersebut. Motivasi yang mendorong mereka menikmati nyanyian adalah kelalaian, kelengahan, keberpalingan, kesombongan dan keangkuhan. (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, 2002, hlm : 72)

Menurut Yusuf al-Qardawi di dalam bukunya Nyanyian dan Muzik Mengikut Al-Quran dan Sunnah, beliau mempunyai hujah untuk menolak hujah pengharaman tersebut. Menurut beliau perkataan  bukanlah semata-mata bererti nyanyian.
Ada beberapa tafsiran lain yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a sendiri tentang lafaz ini. Al-Walibi al-Aufi meriwayatkan daripada beliau katanya :  bermaksud leka dan tidak ambil peduli. Al-Qurtubi berkata : apa yang masyhur dalam bahasa arab , perkataan  diucapkan apabila seseorang itu leka dan tidak mengambil endah.

Ad-dohhak berkata  ialah sombong dan takabbur. Dalam kamus   bermaksud mengangkat kepala kerana takbur dan setiap orang yang mengangkat kepalanya adalah disebut sebagai . Al-Mubarrid berkata  ialah  iaitu mereka yang binasa. (Yusuf Al-Qardawi, 2006, hlm : 60)

Antara hadith yang menjadi hujah golongan yang mengharamkan muzik dan nyanyian ialah hadith yang diriwayatkan oleh Hisyam bin Ammar dengan sanadnya sehingga sampai kepada Abu Aamir atau Abu Malik al-Asy’aari, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

‏ لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ
Maksudnya : Akan ada dari kalangan umatku segolongan manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-ma’azif.

Maksud ’ ialah tempat-tempat hiburan atau alat-alat muzik. (Yusuf Al-Qardawi, 2006, hlm : 64)

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah maksud ’ dalam ayat tersebut bermakna alat-alat muzik dari jenis apapun seperti seruling, gendang, rebab dan sejenisnya. (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, 2002, hlm : 287)

Yusuf al-Qardawi menerangkan bahawa hadith ini walaupun berada di dalam sahih al-Bukhari, namun ia dikategorikan sbg hadith ’ dan bukan dari katagori hadith musnad muttasil iaitu rantaian perawi yang lengkap dari satu tahap ke satu tahap sehingga sampai kepada Rasulullah. Oleh itu Ibnu Hazmin telah menolak dari berhujjah dengan hadith ini kerana sanadnya yang terputus. (Yusuf Al-Qardawi, 2006, hlm : 64)

Bagi menyampaikan dakwah kita hendaklah menjadi seorang pendakwah yang berfikiran kretif. Tidak terlalu menghukum dan sentiasa menggunakan cara yang paling selamat untuk berdakwah. Begitu juga halnya dengan muzik dan nyanyian ini.
Menurut Imam al-Ghazali, beliau menjelaskan bahawa sebenarnya tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi s.a.w yang melarang alat-alat muzik. Menurut al-Ghazali sebahagian instrument muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih seperti kemerduan suara burung. Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya berada di dalam keadaan yang bersekongkol dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa. ( Hj Abdul Ghani Samsuddin, Ishak Hj Sulaiman dan Engku Ibrahim Ismail, 2001, hlm: 34)

Jika dirujuk kepada perbahasan ulama fiqh klasik mengenai hukum peralatan muzik, nescaya sukar bagi kita untuk menerima hakikat bahawa sebahagian besar peralatan muzik yang wujud sehingga hari ini adalah haram menurut mereka di sisi Islam.

Bagaimanapun, pendapat mereka ini adalah berdasarkan kepada suasana dan amalan masyarakat pada masa itu, di mana jenis alat muzik tersebut biasanya dimainkan di dalam sesuatu majlis maksiat yang biasanya melibatkan minuman keras dan pelayan perempuan yang menggoda.

Ini telah mewujudkan suatu set minda bahawa peralatan muzik tersebut adalah haram, sedangkan ia tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci dalam al-Quran dan al-sunah.

Salah satu kaedah fiqh iaitu  yang bermaksud; Setiap sesuatu itu hukum asalnya adalah harus mungkin boleh dijadikan sandaran bagi mengatakan bahawa segala peralatan muzik itu hukumnya adalah harus, terpulanglah kepada kita untuk menentukan hukum penggunaannya sama ada harus, makruh atau haram. (Mohd Zain Mubarak, 2005)

Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

i. Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.
ii. Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram.
iii. Pancaragam yang melalaikan, hukumnya haram.
iv. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah.
v. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus. (http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3710)


5. SYARAT DAN PERATURAN ISLAM MENGENAI NYANYIAN DAN MUZIK

Tidak salah jika seseorang itu memerlukan hiburan kerana hiburan itu indah. Tetapi apabila ianya disalah gunakan membuatkan ianya menjadi haram. Yusuf al-Qardawi ada menggariskan beberapa perkara yang harus dipatuhi agar ianya tidak bertentangan dengan syarak. Antaranya ialah (Yusuf Al-Qardawi, 2006, hlm : 64) :

i. Kandungan lirik lagu tidak bertentangan dengan syarak.
Bukan semua nyanyian itu adalah harus hukumnya. Nyanyian yang harus hukumnya ialah nyanyian yang tema dan kandungannya menepati syarak.tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam samaada dari segi akhlak, syariah, aqidah dan sebagainya.

ii. Cara penyampaian yang tidak melampau atau menggoda
Gaya persembahan juga memainkan peranan penting. Kadangkala liriknya tidak bertentangan tetapi cara persembahannya pula menyebabkan ianya terkeluar daripada hukum harus dan menjadi haram atau syubhat atau paling tidak makruh

iii. Majlis nyanyian tidak disertai perkara haram.
Majlis nyanyian tidak boleh bercampur aduk dengan perkara yang diharamkan seperti minum arak atau menggunakan bahan-bahan khayal.

iv. Tidak boleh berhibur dengan nyanyian secara berlebihan
Seperti perkara-perkara harus yang lain, berhibur dengan nyanyian mestilah di hadkan agar ianya tidak berlebihan. Jika sikap melampau itu dilarang dalam semua perkara harus maka tuntutan supaya menjauhinya lebih kuat lagi dalam isu hiburan.

v. Syarat berkaitan dengan diri orang yang mendengar hiburan
Setiap orang yang mendengar hiburan itu adalah dikira orang yang lebih memahami tentang dirinya sendiri dan lebih layak menjadi penentu hukum kepada diri sendiri.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada beberapa garis panduan yang digariskan mengenai hiburan. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut:



i. Program Hiburan
a. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
b. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
c. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
d. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
e. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
f. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

ii. Persembahan Muzik
a. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.
b. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
c. Tidak melalaikan.

iii. Lirik
a. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
b. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.
c. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
d. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
e. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
f. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
g. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.
h. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

iv. Persembahan Artis
a. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
b. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
c. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
d. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

v. Persembahan Tarian
a. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
b. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
c. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
d. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
e. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

vi. Tanggungjawab Penganjur
a. Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan. (http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3710)

Apabila semua perkara yang dilarang dapat dijauhkan daripada nyanyian dan muzik itu, maka ianya menjadi harus untuk di dengarkan.


6. MUZIK DAN NYANYIAN SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Dakwah mempunyai konsep yang sangat luas. Dakwah bergerak di atas dasar menyeru manusia ke arah kebaikan, amar makruf nahi mungkar iaitu menyuruh kepada apa yang disuruh oleh Allah dan melarang daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah. Dakwah juga merpakan sesuatu yang dituntut untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam kepada kebenaran sebagaimana yang terdapat di dalam sama ada dari aspek akidah, syariah dan akhlak. Tuntutan berdakwah juga merupakan tanggungjawab semua umat Islam.

Oleh yang demikian, dalam menyampaikan dakwah pelbagai metod boleh digunakan. Metod merupakan cara bagaimana pengajaran yang disampaikan itu dapat mempengaruhi sasaran untuk menerimanya. Sesuatu pengajaran walaupun baik, susah untuk diterima oleh sasaran jika cara penyampaiannya tidak berkesan. Asas metod dakwah adalah sebagaimana yang berikut ( Abd.Aziz Mohd Zain, 1991,hlm:101):
i. Penjelasan yang nyata dan jelas
ii. Berperingkat-peringkat
iii. Mudah
iv. Menjinakkan
v. Adanya sebab di sebalik sesuatu suruhan atau larangan
vi. Bersesuaian dengan keadaan sasaran

Oleh yang demikian muzik dan nyanyian juga merupakan salah satu metod yang sesuai dalam berdakwah terutama pada zaman sekarang. Ini kerana memang fitrah manusia gemar kepada muzik. Hiburan diperlukan oleh setiap manusia sebagai santapan jiwa. Allah menciptakan burung-burung berkicau merdu, percikan air terjun dan seumpamanya juga merupakan hiburan kerana ia mendamaikan.

Dalam dunia hari ini, dunia yang terlalu mengagungkan hiburan, seorang pendakwah boleh menggunakan muzik dan nyanyian sebagai satu medium untuk menyampaikan dakwah Islamiyah. Menurut perspektif Islam seni lagu yang dibolehkan oleh syara’ ialah yang mendidik jiwa manusia dan meniupkan semangat dan kesedaran ke arah mengingati Allah. Ia juga berperanan merahatkan minda sambil mendekatkan diri kepada Allah.

Muzik adalah sebahagian daripada seni. Mendengar irama muzik merupakan satu wasilah untuk melapangkan jiwa yang hambar dan fikiran yang berserabut. Dengan menyanyi (atau bernasyid) dan mendengar irama-irama tertentu seseorang itu boleh gembira atau sedih, tenang atau gelisah dan sebagainya. Perkara ini adalah fitrah yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun, tua atau muda, kecil atau besar. Hatta janin di dalam kandungan ibu bertindak balas dengan suara nyanyian ibunya sebagaimana hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Kajian Sains Diraja England (http://z10.invisionfree.com/Hikmah/index.php?showtopic=161)


7. PERANAN MUZIK DAN NYANYIAN DALAM DAKWAH

i. Menyebarkan syiar Islam
Sejak zaman Rasulullah lagi, muzik telah disalurkan sebagai salah satu aktiviti dakwah untuk menegakkan syiar Islam. Contohnya pembacaan al-Quran. Kebanyakan para sahabat membaca al-Quran dengan bertaranum. Ia perlu dibaca dengan tajwid dan lagunya yang tersendiri. Melalui kaedah tajwid ini, lagu al-Quran dapat dialunkan. Apabila bacaan ini dihayati, ia member kesan yang cukup mendalam kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Begitu juga dengan azan. Sebelum sembahyang muazin akan melaungkan azan di mana di dalamnya terdapat kalimah-kalimah agung yang mengandungi cirri-ciri muzik di dalamnya. Walaupun azan tidak diiringi sebarang alat, namun antonasinya jelas bergerak sejajar dengan rentak yang teratur. Kemerduan laungan azan boleh mengusik batin seseorang serta menarik orang ramai untuk solat berjemaah (Idris Zakaria,2006,hlm:52).

Selain itu, muzik Islam yang liriknya mengandungi keagungan terhadap kebesaran Allah dan pujian-pujian terhadap Rasulullah juga merupakan salah satu hiburan yang memenuhi matlamat dalam Islam di mana ia boleh meniupkan semangat kesedaran dan keindahan Islam. Ini menunjukkan bahawa muzik dan seni suara sangat sesuai digunakan dalam menyebarkan risalah Islam yang suci ini.

Jika dilihat dalam dunia sekarang, seni nasyid yang merupakan salah satu daripada cabang muzik merupakan satu cara utuk menyampaikan syiar Islam. Ini kerana dengan lirik yang memuji kebesaran dan keagungan Allah serta diiringi dengan alunan muzik yang indah boleh menarik minat mereka yang bukan Islam untuk mendekati Islam. Contohnya nasyid dari kumpulan Raihan di mana kebanyakan lirik lagunya menjurus kepada keagungan ciptaan Islam.

ii. Memberikan kedamaian jiwa dan membangunkan insane

Muzik dan nyanyian juga mempunyai hubungan yang rapat dengan jiwa. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Ghazali (Idris Zakaria,2006,hlm:52):

“Allah memberikan kepada manusia akal dan deria. Setiap deria ingin menikmati sesuatu menurut nalurinya. Misalnya penglihatan (mata) ingin menikmati sesuatu yang cantik, pendengaran (telinga) ingin mendengar suara yang merdu dan berirama. Jadi tidak munasabah semua jenis nyanyian dan muzik dilarang oleh Allah, sedangkan Allah menjadikan deria-deria itu dengan nalurinya. Tetapi naluri dan dria-deria tersebut jangan dibiarkan berjalan mengikut kehendaknya, ia harus dikawal dan dihalatujukanke jalan yang baik dan membina”.

Ayat ini menjelaskan bahawa jiwa manusia sukakan seni dan hiburan. Tidak munasabah Allah melarang semua jenis nyanyian dan hibura kerana Allah menciptakan tiap deria dalam manusia mempunyai nalurinya tersendiri. Sehubungan dengan ini, manusia akan terpesona dengan sesuatu yang bergerak sejajar dengan naluri mereka. Namun begitu, tidak semua jenis hiburan dan nyanyian memberikan impak yang positif kepada jiwa manusia. Kenyataan ini lebih merujuk kepada nyanyian yang bersifat sentimental dan mempunyai nilai yang baik dalam lagu tersebut di mana pendengar akan rasa lebih bersemangat dan damai apabila mendengarnya. Falsafah yunani juga mengatakan bahawa muzik boleh menghasilkan moral yang baik di kalangan manusia. Ini kerana muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan jiwa. Ia adalah alat yang dapat mempengaruhi jiwa manusia.

Selain dari insan yang sihat banyak mendapat manfaat dari muzik, insan yang mempunyai masalah kesihatan juga boleh mendapat faedah dari seni yang sama. Dalam keadaan klinikal, orang yang mengahadapi masalah psikiatri bertidak balas dengan lebih baik kepada rawatan apabila menerka diberikan terapi muzik pada masa yang sama. Muzik atau nyanyian, walaupun dalam billik air merupakan pelega tekanan mental dan ketegangan yang amat berkesan (Ibid,hlm:55).

iii. Merupakan wadah ilmu

Seperti yang telah diutarakan di atas iaitu muzik merupakan satu cara untuk menyebarkan syiar Islam, muzik juga berperanan sebagai wadah menyampaikan ilmu dan dakwah. Ia dapat disampaikan melalui lirik yang terkandung pengetahuan-pengetahuan tentang kisah-kisah pada zaman nabi dan para sahabat serta tokoh-tokoh Islam, tentang erti kehidupan dan seumpamanya. Sebagai contoh lagu salahuddin al-ayyubi, rabiautul adawiyah, habil qabil, hakikat perjuangan dan banyak lagi. Penyampaian ilmu melalui lagu-lagu sebenarnya lebih menberi kesan kepada masyarakat. Ini kerana masyarakat sekarang terutama masyarakat Malaysia kurang minat dalam membaca tetapi mempunyai minat yang lebih dalam berhibur. Oleh yang demikian, mereka akan mendapat ilmu secara tidak langsung dengan mendengar lagu-lagu tersebut. Selain itu, lirik-lirik yang berbentuk nasihat juga memberi kesan yang baik dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

8. CABARAN NYANYIAN DAN MUZIK SEBAGAI SATU MEDIUM DAKWAH

Menyampaikan dakwah adalah satu perkara yang dilakukan oleh Nabi Adam hinggalah kepada Rasulullah s.a.w dan sehinggalah ke hari ini. Jalan dakwah itu tidak akan sunyi dari ujian, dugaan, cabaran dan menguji keimanan. Cabaran dalam menyampaikan dakwah merupakan satu kemanisan bagi orang-orang beriman. Oleh itu kertas kerja kali ini akan mengenalpasti beberapa cabaran dalam menjadikan nyanyian dan muzik sebagai medium dakwah dalam konteks masa kini. Antara cabaran yang dikenal pasti ialah :

i. Cabaran mengenai penyanyi, nyanyian dan juga persembahan

Ini merupakan satu cabaran buat para pendakwah. Kadangkala lirik dan persembahan yang bagus tetapi berlakunya kecacatan pada artis dari segi akhlak, pemakaian dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan nyanyian dan persembahan. Kadangkala lirik yang baik tetapi terdapat kecacatan pada persembahan yang keterlaluan yang mana sesuatu yang melampau itu tidak disukai oleh Islam.

ii. Cabaran budaya sekularisme

Sebagaimana yang diketahui budaya sekularisme ini adalah budaya yang mengasingkan urusan dunia dan juga urusan agama. Ini menjadi satu cabaran untuk para pendakwah kerana masyarakat beranggapan mereka berhibur hanya untuk di atas dunia sahaja. Padahal hiburan dalam Islam menggabungkan dunia dan akhirat. Di samping berhibur, kita sentiasa mengejar akhirat.

iii. Lambakan realiti TV

Jika dilihat masa kini, terdapat lambakan hiburan nyanyian dan muzik di dalam media dan juga lambakan rancangan realiti bagi menghasilkan penyanyi dan penghibur. Kebanyakkan mereka yang menceburkan diri adalah golongan remaja Islam. Sekarang terdapat pelbagai realiti TV seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Star LG dan pelbagai lagi yang mana mereka mendidik peserta menjadi penghibur dunia yang mana ianya bertentangan dengan syarak. Adakah mampu hanya beberapa realiti TV yang islamik seperti Akademi nasyid dan Akademi Al-Quran melawan dengan lambakan realiti TV yang lain.

iv. Kurangnya pendedahan Islam

Golongan penggiat seni adalah golongan yang perlu di dekati oleh para pendakwah agar mereka tidak ketandusan pendedahan Islam. Kurangnya pendedahan Islam menyebabkan mereka menghasilkan lirik-lirik lagu yang berunsurkan fitnah seperti cinta pasangan kekasih, muzik-muzik yang tidak bagus dan juga melodi yang menggoda. Di sinilah perlunya golongan pendawah duduk semeja berbincang dan memperkenalkan cita rasa Islam dalam hiburan bukannya lebih kepada menghukum mereka sebaliknya mendidik mereka ke jalan Islam.

v. Kekurangan altenatif penyebaran nyanyian dan muzik berunsur Islam

Media merupakan satu medium yang paling berkesan untuk menyebarkan sesuatu perkara. Namun, ianya menjadi cabaran kepada Umat Islam apabila kekurangan rancangan ataupun stesyen siaran yang menampilkan nyanyian dan muzik mengikut acuan Islam. Jika diteliti dengan radio misalnya. Berapa banyak rancangan muzik dan nyanyian yang tidak sealiran dengan Islam. Paling banyak sekalipun stesyen radio akan memutarkan lagu yang islamik sebelum azan ataupun sesudah azan sahaja. Penghasilan altenatif radio IKIM.fm merupakan satu langkah bijak bagi menghasilkan satu hiburan altenatif kepada masyarakat yang ingin berhibur di dunia dan di akhirat. Kewujudan satu lagi altenatif radio dalam talian di internet yang bersiar secara 24 jam iaitu radio Nasyidfm memberikan satu altenatif kepada pelayar internet untuk mendengarkan muzik dan nyanyian berunsurkan Islam. Ini boleh dijadikan contoh kepada semua pendakwah agar dapat menghasilkan lebih lagi altenatif kepada umat Islam.

vi. Campur tangan Ulamak

Golongan ulamak seharusnya sama-sama menjayakan medium ini sebagai satu medium dakwah. Ulamak boleh menyumbangkan idea meraka dalam tulisan lirik-lirik lagu agar kata-kata dakwah sampai kepada umum. Jika memberikan ceramah dan menyampaikan khutbah, hanya mereka yang pergi ke majlis itu sahaja yang akan menerima peringatan dan teguran para ulamak. Jika ianya disampaikan dengan lirik lagu insyaAllah pesanan yang terdapat dalam lirik itu akan menembusi siapa sahaja yang mendengarkan lagu itu pada bila-bila masa dan tidak kira tempat.

vii. Sokongan umat Islam dan kekurangan penaja.

Industri nyanyian dan muzik memerlukan sokongan serta kewangan yang kuat bagi menjamin perjalanan sesuatu kumpulan atau individu yang ingin menyampaikan dakwah dalam bentuk nyanyian dan muzik. Terdapat ramai golongan penasyid yang sanggup mengeluarakan duit mereka sendiri untuk menerbitkan album mereka. Jika berbanding dengan penyanyi biasa mereka ditawarkan oleh mana-mana syarikat rakaman dan kadang-kadang perebutan berlaku. Ini berbeza dengan individu atau kumpulan yang cuba menaikkan Islam dengan nyanyian dan muzik.

9. KESIMPULAN

Secara tuntasnya, muzik dan nyanyian diharuskan dalam Islam sebagai satu bentuk hiburan kepada manusia. Namun begitu, ia perlu dikawal dan diberi perhatian supaya ia memberi kebaikan kepada manusia bukannya kemudharatan kerana jika tidak dikawal dengan baik ia boleh merosakkan jiwa dan moral manusia. Islam dari falsafahnya menyatakan muzik dan nyanyian haruslah bertujuan kea rah pembentukan peribadi yang ideal dan sebagai tali penghubung takwa kepada Allah. Justeru itu, Islam sama sekali tidak mengizinkan nyanyian dan muzik yang melalaikan dari menjalankan kewajipan sebagai hamba terutamanya terhadap Allah. Ini kerana dalam Islam, seni yang merosakkan adalah haram dan patutlah dijauhi. Oleh itu, setiap orang Islam, apabila mendengar sesuatu nyanyian atau muzik yang menawan janganlah terus terpesona dan terpukau sehingga lupa diri sebaliknya mestilah menimbulkan beberapa pertanyaan sehingga sampai suatu persoalan tentang siapa pencipta yang hakiki.
Sebagai seorang pendakwah, kita digalakkan mempelbagaikan metod dakwah kepada masyarakat tidak kira kepada masyarakat muslim atau non-muslim. Pengaplikasian metod dakwah hendaklah bersesuaian dengan masyarakat. Muzik dan nyanyian sebagai contoh haruslah di garapkan oleh golongan pendakwah dan dipersembahkan kepada umum agar masyarakat muslim tidak lena dibuai muzik dan nyanyian yang melalaikan sebaliknya masyarakat muslim akan bangun menegakkan syiar Islam dan menjalankan lunas-lunas Islam.



RUJUKAN

Al-Quran

Kamus Dewan Edisi Baru.1989. Selangor: Dewan bahasa dan pustaka

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.2001. Kuala Lumpur : Darul Fikir

Abu ‘Urwah. 1990. Konsep- Konsep Umum Islam. Selangor: Pustaka Salam

Al-Ghazali. 1988. Ihya’ Ulumuddin. Terj. Ismail Yakub. Kuala Lumpur : Victory Ajensi

Al-Qardawi, Yusuf. 2006. Nyanyian dan Muzik Menurut Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah. Terj. Munawwar bin Mohamad dan Wan Rosli bin Wan Ismail. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd

Engku Ibrahim Engku Ismail dan Abdul Ghani Shamsuddin. 1990. Konsep Seni Dalam Islam. Prosiding Seminar Islam dan Kesenian. November 1990.

Haji Abd Ghani Shamsuddin, Ishak Hj. Sulaiman & Engku Ibrahim Ismail. 2001. Seni dalam Islam. Intel multimedia and publication.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, 2002. Kasyful Ghita’ ‘An Hukmi Samaa’il Ghinaa’. Terj. Abu Ihsan Atsari. Jakarta : Darul Haq.

Isma’il R. Al Faruqi.1990. Fikiran dan Budaya Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala lumpur

Jaffary Awang dan Kamaruddin Salleh. 2007. Pemikiran dan Isu-isu Semasa. Selangor. University kebangsaan Malaysia.

Mohd Zain Mubarak. 2005. Konsep Hiburan Berdimensi Islam. Utusan Malaysia. 3 November 2005.

Rasul Dahri. 1999. Penjelasan Tentang Haramnya Muzik dan Lagu. Johor Baharu : Perniagaan Jahabersa.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pandangan_berlagu_dan_seumpamanya_dalam_Islam

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3710

http://z10.invisionfree.com/Hikmah/index.php?showtopic=161)(18.1)

P/S: ade beberapa perkataan yg x leh detec kat sini...mls nak edit..hehehe

PEMBENTANGAN PERTAMA

alhamdulillh syukur dapat kami melaksanakan tugasan pembentangan yang pertama semenjak ku melangkahkan kaki ke alam Master ini..wah mencabr rasanya...
tajuk : nyanyian dan muzik sebagai 1 medium dakwah kpd masyrakat muslim.
bentang dgn slide yg ade kala lucu..dgn animation...saje je..xmo wat org ngantok...
maklumla time kritikal pkul 1 hingga 2 tuh...
bila time soalan..mula2 x de sape nak bg soalan..pastu sorg jer...
bila daku mula menjawab soalan tuh,.sorang sorang sorang bertanya...sampai daku pun pening...sehinggakan ustaz terpaksa campur dan kata kita tangguhkan kelas dl dan soalan2 tuh bleh tanya kepada yusuf qardawi..sabo jer la....huhuhu..
rasanya kelas2 sebelum nie x de macam tuh..tp syukran pada penanya soalan kerana mematangkan daku dalam memikir dan menjawab soalan. kalo xde soalan maka sampai bila pun aku x brani nak kedepan menjawab dan menjelaskan...maka bgmana aku nak keluar menjadi seorg daie kalo jawab soalan pembentangan pun x nak...alhamdulillah kesemua soalan pembentangan aku jawab walaupun ade 3 or 4 soalan lagi yg x sempat nak dijawab..maaf yer kepada yang bertanya kerana ustaz dah memberhentikan majlis..bkn salah sy ekk..
terima kasih kepada semua....

Isnin, 22 Februari 2010

syukur Ya Allah

lama rasa x menulis kat sini..kadang2 byk idea tp masa nak menaip tuh x de...eh lupa...

selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, tabiin, tabi' tabiin, dan kepada seluruh pejuang islam ke arah kebenaran. allahumma soli ala muhammad wa ala alihi wasahbihi wasalam.

ku mengakui bahawa diri ini agak jiwa kacau sket...semuanya kerana diri ini lalai terhadapNya.

semalam...sakit perut sgt....ngis2 sampai tertido...tuh la..ngengada x mkn...dah x lapo..xla ade nafsu nak mkn...lupa dah ade gastrik...huhhuhu.. lepas tertido...terbagunlah awal...aku bangun...tgk jam kol 4 lebih dkt2 kol 5... dlm hati mungkin Allah saja suruh aku bangun...maka aku bangun...bersihkan diri...

aku kembali memakai telekung...bertahajud.. bersujud kepadaNya..memohon ketenangan jiwa.. aku bersolat taubat..susungguhnya terlalu banyak dosa ku pada Mu ya Allah.. kemudian aku bersolat hajat...memohon apa yang dihajati tercapai... kemudian beristikarah.. semoga apa yang dipilih menjadi pilihanNya jua. semoga semua doaku dimakbulkan..

bangun pagi nie... Alhamdulillah...jiwa kembali tenang.. syukur ku padaMu...
Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket