Khamis, 30 Oktober 2008

al-quran palsu

jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim. Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.

Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.

Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.


ada linknya nih


http://www.islam-exposed.org/

Selasa, 21 Oktober 2008

PELANTIKKAN PEMIMPIN

Selepas kewafatan Rasulullah, maka terjadinyalah perkara yang sebelum ini tidak berlaku. Isu yang amat besar sehingga isu ini telah di perkotak katikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Isu pemilihan khalifah iaitu pengganti Rasulullah sebagai seorang ketua negara. Siapakah layak dipilih? Maka setelah berlakunya proses pemilihan maka saidina Abu Bakar dipilih sebagai Khalifah pertama menggantikkan Rasulullah s.a.w.

Beberapa cara pemilihan kahalifah yang telah dilakukan zaman para sahabat ialah :

v Cara Perundingan Beramai-ramai. Cara ini berlansung ketika pemilihan khalifah pertama iaitu khalifah Abu Bakar. Yang mana puak aus dan khazraj berkumpul dan berunding beramai-ramai dalam memilih bakal pengganti Rasulullah.

v Mengusulkan seseorang. Ini berlaku pada zaman Abu Bakar. Abu bakar telah mengusulkan saidina Umar sebagai penggantinya sebagai ketua negara.

v Mengusulkan Sekumpulan Calon. Uthman Bin Affan dilantik melalui "syura" di mana Uthman adalah salah seorang dari anggota majlis perlantikan khalifah. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat yang layak dipilih sebagai khalifah. 6 orang yang dimaksudkan ialah Uthman Bin Affan, Ali Bin Abu Talib, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas.

v Diusulkan oleh Sekelompok Masyarakat. Ali Bin Abu Talib dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah Uthman. Ali terpaksa menerima jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara ketika itu.

wa Allahu wa a'lam

Isnin, 20 Oktober 2008

ILMU SAINS

Ilmu sains merupakan salah satu cabang ilmu dalam Islam. Pada zaman sekarang pembangunan ilmu sains ini dilihat makin maju. Ianyanya menjadi satu keperluan kepada umat Islam dalam menuntut ilmu ini. Ilmu sains ini tidak dapat dipisahkan dari agama kerana ianya berkait rapat dengan agama. Malah ilmu sains ini dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah.

Ilmu ini adalah juga bukti kepada kekuasaan Allah. Kekuasaan Allah dengan menciptakan sehalus-halus makhluk seperti virus, kuman dan sebagainya. Begitu juga dengan kejadian manusia. Kejadian yang begitu kompleks dengan saluran darah, sel, organ dan sebagainya. Semuanya mempunyai fungsinya masing-masing yang mana ia saling melengkapi satu sama lain.

Apa yang terjadi kepada negara-negara barat ialah pemisahan antara sains dan agama. Mereka tidak mengaitkan sains dengan agama. Walhal jika dilihat dari sudut islam semuanya berkaitan dengan agama kerana Islam itu sifatnya adalah syumul. Di barat ramai yang menganggap sains adalah suatu yang semulajadi. Mereka tidak dapat mengaitkan agama mereka dengan sains. Mungkin juga kerana pemikiran sekularisma yang melanda pemikiran mereka. Pemisahan agama dengan ilmu-ilmu lain. Tidak seperti Islam yang mengaitkan semuanya dengan agama.

Jika dilihat sejarah ilmu sains juga sebenarnya asalnya dari Islam. Sebagaimana yang telah di lakukan oleh MOSTI yang mengadakan pameran tentang kajian-kajian tentang sains zaman kegemilangan Islam, ia merupakan suatu usaha yang bagus dalam mengaitkan Islam dan sains.

Bergitu juga kajian yang dilakukan tentang sains dalam Al-quran. Ini juga menunjukkan betapa pentingnya ilmu sains dalam Islam. Bukankah Allah memerintahkan kita untuk memerhati dan mengkaji ciptaannya.

Mari kita fikir sejenak, jika umat Islam tidak mementingkan ilmu sains apa akan terjadi kepada umat Islam. Jika ada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang ingin memusnahkan umat Islam, dengan mudah mereka mencampurkan ubat-ubatan dengan suatu campuran yang membahayakan. Jika tidak ada umat Islam yang mengetahui tentang ubat-ubatan maka akan dimakanlah oleh umat Islam. Begitu juga jika ubat-ubatan itu di campur dengan bahan yang tidak halal. Jika tidak ada ilmuan dari umat Islam maka perkara ini tidak dapat diketahui dan ianya terus digunakan. Bukankan ianya suatu bidang ilmu yang sangat penting?

Bukanlah hanya hendak mementingkan ilmu sains dan meninggalkan ilmu-ilmu agama yang lain. Tetapi ilmu sains ini adalah satu bidang ilmu yang juga penting di zaman sekarang. Jika dilihat klinik-klinik swasta, kebanyakkannya adalah dari kalangan bukan Islam. Bukankan ianya menjadi tuntutan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Mungkin apa yang dilakukan di Darul Quran adalah suatu usaha yang patut diperhebatkan di masa akan datang. Dengan menghasilkan bakal-bakal doktor yang HAFIZ. insyaAllah..

Wa’Allahu wa a’lam

Ahad, 19 Oktober 2008

BUDAYA COUPLE


Isu yang paling mudah untuk dicari kepada pelajar-pelajar IPT ialah isu bercouple. Ramai pelajar-pelajar IPT yang bercouple mungkin kerana umur dan pemikiran mereka yang menuju ke arah perkahwinan. Tetapi apakah bercouple ini dibolehkan dalam Islam? Bagaimana fenomena pelajar IPT zaman sekarang? Mungkin boleh dikatakan hasil kajian saya di universiti tetapi hanya menggunakan metod observasi sahaja.

Ramai rakan-rakan di pelbagai fakulti yang saya lihat bercouple. Bagaimana keadaan mereka? Ada yang berdua kemana sahaja. Ada yang pergi ke kelas atau kemana pun berdua dengan menaiki motor. Ada yang keluar pada hujung minggu bersama. Tidak kurang juga yang belajar bersama dan juga ramai juga yang bergayut berdua pada malam hari dan SMS di siang hari.

Melalui pembacaan saya, hukum bercouple itu haram. Di sini saya sertakan beberapa petikan yang menyatakan keharaman dan kenapa ianya haram.

Melalui laman web
www.iluvislam.com:


Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:


“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi.


Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.


Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :


“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”


Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:


“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Untuk membaca artikel penuh, boleh clik di sini http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=801




Mungkin juga petikan cerpen dari lamanweb www.iluvislam.com ini membuka minda kita tentang pengharamannya.



"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?""Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."“Bercinta ke?”Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"Dengan suara yang lembut abang tu jawab:"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:


Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?""Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."" Zina hati?” Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.


Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya.

Untuk bacaan lanjut sila click http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=922

Maka saya mengingatkan diri saya dan pembaca semua agar sama-sama kita menjauhi zina. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menghasut kita. Moga kita semua sentiasa berada si bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah. Carilah Cinta Allah, maka Cinta Cinta Manusia akan datang kepada Kita dengan Kita mencintai Allah.

Wa Allahu wa a’alam

RUMAHKU SYURGAKU


Dalam membina sebuah keluarga bahagia, peranan ibu bapa amat penting. Bagaimana ibu bapa mencorakkan keluarga tersebut? Bagaimana cara mendidik anak dan sebagainya adalah peranan ibu bapa. Bagi ibu bapa yang berjaya mencorakkan keluarga mengikut lunas-lunas Islam, insyaAllah anak-anak akan merasakan bahawa ”rumahku syurga ku” ibu bapa sentiasa menjadi idola kepada anak-anak.

Kenapa terjadinya nak-anak lari dari rumah? Kenapa berlakunya anak-anak lepak sana-sini? Ini adalah kerana mereka tidak menganggap bahawa rumah mereka syurga bagi mereka. Bagaimana menghasilkan keluarga mengikut acuan pada masa sekarang? Mungkin di sini dapat memberikan serba sedikit panduan bagi menghasilkan keluarga bahagia.

v Memilih pasangan hidup yang baik. Baik di sini sepertimana yag disarankan oleh Islam. Lebih baik juga pasangan itu sekufu.


v Memahami konsep hidup berkeluarga. Jika konsep tidak difahami maka sukar untuk menjalankan kehidupan. Lebih-lebih lagi jika berlaku sedikit salah faham. Maka akan terjadilah masalah yang lebih besar kelak.


v Pasangan juga hendaklah bersedia untuk mendidik keluarga. Jika tidak maka jadilah anak-anak yang terbiar hanya mendapat didikan dari guru-guru di sekolah sahaja. Didikan rohani yang sepatutnya dapat dipenuhi oleh ibu bapa terabai.


v Menyediakan suasana persekitaran yang harmoni. Antaranya dengan solat berjamaah, makan berjamaah, amalan tolong menolong, tazkirah selepas solat dan sebagainya.


v Perlu diingat juga rezeki yang halal perlulah diberikan kepada keluarga. Inilah yang akan membentuk rohani seseorang. Rezeki yang masuk ke dalam badan hendaklah dari sumber yang halal kerana ia akan menjadi darah daging seseorang.


v Prihatin terhadap perkembangan anak-anak. Contohnya pada usia anak 0-7 tahun anak-anak suka bermain. Umur 8-14 adalah masa sesuai untuk mendisiplinkan serta memberi tunjuk ajar kepada anak. Umur 15-21 anak-anak lebih kepada berkawan. Umur 21 tahun ke atas anak mahukan kebebasan. Ketahui perkembangan anak-anak dan sesuaikan dengan syariat.


v Analisis diri dari kacamata anak. Analisis diri kita. Siapakah kita dari pandangan anak-anak. Adakah sebagai seorang pemarah, pembengis, penyanyang atau sebagainya.


v Sedari setiap perbezaan anak-anak.


v Cakap serupa bikin


v Wujudkan suasana seronok dalam rumahtangga.


v Jadikan diri sebagai model kepada anak-anak

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi cara-cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi melahirkan keluarga bahagia. Lenturlah buluh biar dari rebungnya. Janganlah menunggu anak-anak sudah besar barulah hendak mendidik mereka. Baru hendak mengajar mereka. Wujudkan suasana harmoni di dalam keluarga agar anak-anak rasa sayang untuk keluar dari rumah.

Wa Allahu wa ’alam

KUANTITI ATAU KUALITIT


Umat Islam telah di isytiharkan sebagai penganut agama teramai di dunia. Adakah cukup dengan penganut teramai sahaja? Islam bukan sahaja mahukan Quantiti yang banyak tetapi juga mementingkan Qualiti. Adakah kuantiti yang ramai ini menjaminkan qualiti yang baik? Sejauhmanakah penghayatan umat Islam yang menang dari segi kuantiti ini.

Jika di sorot di negara sendiri, bagaimana fenomena kualiti dan kuantiti umat Islam di Malaysia. Mari kita lihat fenomena di masjid-masjid di Malaysia. Berapa ramaikah yang datang berjamaah pada waktu solat-solat fardhu? Kenapa pada solat jumaat boleh ramai yang memenuhi masjid? Kenapa tidak di waktu-waktu lain padahal itu adalah solat fardhu.

Bagaimana pula jika diadakan konsert-konsert nasyid dengan konsert-konsert hiburan lain. Bagaimana sambutannya. Mana penonton yang lebih ramai? Bagaimana dengan sambutan kemerdekaan negara kita? Sanggup beramai-ramai berpusu-pusu ke dataran merdeka. Melihat konsert-konsert sambutan kemerdekaan dan pada waktu yang sama masjid juga mengajak mereka mengadakan solat hajat untuk sambutan kemerdekaan. Adakah ramai di masjid atau di konsert?

PERKID telah turun padang pada hari kemerdekaan yang lalu dan ramai remaja telah di tanggap dengan pakaian yang menggairahkan, dengan ada yang berdua-duan bukan muhrim dan pelbagai lagi. Adakan ini sebenarnya cara menyambut kemerdekaan mengikut Islam? Di manakah penghayatan mereka tentang Islam?

Jika dilihat dari sudut hiburan. Berapa banyak pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam yang ada di Malaysia? Kenapa ianya tetap wujud sedangkan kita sebuah negara Islam. Jika dilihat di negara jiran, di Brunei darussalam. Di sana tidak wujudnya pub-pub yang memberikan hiburan yang tidak sepatutnya kepada rakyat negaranya.adakah kuantiti umat Islam yang majoriti di Malaysia menggambarkan kualiti ?

Marilah juga kita bersama-sama meningkatkan kualiti dan kuantiti umat Islam. Biarlah kita menang dari segi kuantiti tapi tidak kalah dari segi kualiti.

Wa Allu wa ’alam



VATICAN CITY (Reuters) - Islam has overtaken Roman Catholicism as the biggest single religious denomination in the world, the Vatican said on Sunday.
Monsignor Vittorio Formenti, who compiled the Vatican's newly-released 2008 yearbook of statistics, said Muslims made up 19.2 percent of the world's population and Catholics 17.4 percent.
"For the first time in history we are no longer at the top: the Muslims have overtaken us," Formenti told Vatican newspaper L'Osservatore Romano in an interview, saying the data referred to 2006.
He said that if all Christian groups were considered, including Orthodox churches, Anglicans and Protestants, then Christians made up 33 percent of the world's population -- or about 2 billion people.
The Vatican recently put the number of Catholics in the world at 1.13 billion people. It did not provide a figure for Muslims, generally estimated at around 1.3 billion.
Formenti said that while the number of Catholics as a proportion of the world's population was fairly stable, the percentage of Muslims was growing because of higher birth rates.
He said the data on Muslim populations had been compiled by individual countries and then released by the United Nations, adding the Vatican could only vouch for its own statistics.
(Reporting by Silvia Aloisi; editing by Andrew Roche)


http://uk.reuters.com/article/topNews/idUKL3068682420080330

DUHAI NEGARA-NEGARA ISLAM, MARILAH BERSATU







Isu peperangan dan kemiskinan menghantui negara-negara Islam masa kini. Apabila berlakunya peperangan maka miskinlah negara. Banyak kemusnahan yang terjadi. Telah banyak negara-negara Islam telah dihancurkan oleh tentera-tentera musuh-musuh Islam yang tidak mahu melihat akan kebangkitan Islam untuk menerajui dunia. Bukan setakat monopoli dalam peperangan, monopoli ekonomi, teknologi dan sebagainya.

Jika dilihat peperangan yang tidak berkesudahan di Iraq. Masih berperang untuk mendapatkan kemerdekaan dan mendapatkan Baitul Muqaddis. Walaupun perjanjian demi perjanjian telah temetrai, namun pihak Yahudi selalu mencabuli perjanjian. Walaupun pelbagai bantuan telah di salurkan namun ia tidak mencukupi. Sama juga yang berlaku kepada Iran. Isu nuklear di Iran yang di bangkang oleh Amerika. Mengapa negara Islam tidak boleh melakukannya? Mungkin kerana bila Islam sudah maju di bidang nuklear Amerika takut ia akan menjadi ancaman kepada negara mereka. Mengapa perlu takut jika mereka benar-benar hebat? Atau hebat mereka hanyalah sebagai khabar angin? Amerika mengatakan mereka mempunyai satelit yang canggih tetapi masih tidak dapat mengesan Osama? Siapa yang lebih hebat?

Jika kita lihat juga dari sudut negara Islam sendiri. Kenapa kita tidak dapat memonopoli ekonomi, politik, ilmu, teknologi dan sebagainya. Bukankan pada dahulu kala Islam ramai menghasilkan cendiakawan seperti Ibnu Sina, ibnu Rusy, al-Khindi dan sebagainya. Jawapannya ialah perpaduan. Umat Islam perlulah bersatu. Bukannya saling bersengketa sesama Islam. Bila kita bersatu tidak ada sesiapa yang dapat menghancurkan kita.

Jika kita lihat dari sudut ekonomi mengapa Islam tidak dapat memonopoli ekonomi dunia. Sedangkan jika dilihat pengeluar minyak dunia majoritinya adalah negara-negara Islam. Negara-negara Islam boleh menjalankan ekonomi mereka dengan tidak bergantung kepada Dolar. Kita boleh menjalankan ekonomi kita dengan menggunakan Dinar. Jika negara Islam sama-sama berganding bahu insyaAllah, kejayaan bersama kita.

Bergitu juga dengan isu-isu lain. Jika umat Islam sama-sama bersatu maka insyaAllah Allah akan sentiasa permudahkan urusan kita. Marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh umat Islam mendapat kemenangan dan dirahmati Allah selalu

Jumaat, 17 Oktober 2008

EKONOMI ISLAM : ZAKAT

Zakat sebagai rukun Islam yang ketiga memainkan peranan yang besar dalam kehidupan umat Islam sepanjang kewujudannya. Ia merupakan satu mekanisme ibadat kewangan untuk tujuan pembersihan jiwa manusia dan hati nuraninya dari cengkaman dunia. Ia mendidik manusia mengikut serta merasai bertanggungjawab menjaga kebajikan seluruh anggota masyarakat dan ummat.

Selain itu, penentuan zakat juga mempunyai peranan yang sangat penting untuk membangunkan masyarakat. Wujudnya zakat dan keunikannya yang terdiri daripada rukun, syarat, asnaf dan beberapa aturan lain menyebabkan sistem zakat dalam Islam dilihat satu system yang sangat sempurna. Hal ini sekaligus menolak pendapat dan tohmahan pihak orientalis yang mengatakan bahawa zakat adalah sistem yang ditiru atau diikuti daripada sistem bangsa dan agama lain.

Kewajipan zakat bukan hanya bertujuan untuk mengumpulkan harta atau menolong individu yang lemah dan yang memerlukan semata- mata, tetapi tujuan utamanya ialah agar manusia itu lebih tinggi nilainya daripada harta sehingga dia menjadi tuan kepada hamba itu dan bukan hamba kepada harta tersebut. Oleh itu kepentingan zakat terhadap individu yang mengeluarkan zakat iaitu adalah sama dengan kepentingan terhadap individu yang diberi zakat itu.

Di samping membangunkan masyarakat, menjaga kebajikan masyarakat zakat juga membantu pembangunan negara. Contohnya dalam membina sekolah, masjid dan sebagainya. Dana zakat boleh digunakan dalam membangunkan perkara tersebut.

Dalam membantu saudara baru juga zakat banyak memainkan peranan. Dana zakat digunakan dalam memberikan ilmu kepada saudara-saudara baru. Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan misalnya mengadakan pelbagai program dalam membantu golongan saudara baru yang mana semua dana diambil dari baitulmal.

JENAYAH CURI : PERBANDINGAN UNDANG-UNDANG SIVIL DAN SYARIAH

PERBANDINGAN CIRI-CIRI JENAYAH CURI ANTARA UNDANG-UNDANG ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG SIVIL

Ciri-ciri Jenayah Curi di dalam Undang-undang Islam.

Menurut undang-undang islam, ada beberapa ciri yang boleh mensabitkan seseorang dengan jenayah curi. Ciri-ciri ini terkandung di dalam 2 komponen penting iaitu pencuri dan barang yang dicuri.

Syarat bagi pencuri. Bagi menghadkan seseorang pencuri itu hendaklah mempunyai beberapa syarat. Antaranya iailah:

· Pencuri itu hendaklah sempurna akal. Maka tidak wajib memotong tangan orang gila sekiranya dia mencuri
· Hendaklah pencuri itu mencapai umur baligh. Maka tidak wajib had bagi kanak-kanak sekiranya kanak-kanak tersebut mencuri.
· Hendaklah dilakukan perbuatan itu dengan pilihan hatinya sendiri. Maka tidak dikenakan had agi pencuri yang dipaksa.
· Hendaklah mereka yang mencuri itu terikat dengan hukum-hukum Islam. Maka tidak wajib had sekiranya kafir harbi melakukan jenayah tersebut.
· Pencuri itu hendaklah bukan asalnya iaitu bapa atau daktuk. Maka tidak wajid di had sekiranya bapa mencuri harta anaknya ataupun datuk mencuri harta cucunya.
· Hendaklah pencuri itu mengetahui pengharaman mencuri. Maka jika dia tidak mengetahui hukum haram mencuri maka tidak wajib di had keatasnya.(Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:518)

Syarat bagi harta yang dicuri. Harta yang dicuri juga hendaklah memenuhi syarat-syarat tersebut:

· Hendaklah jenis yang bernilai. Maka jika dia mencuri anjing, arak dan sebagainya yang tidak diiktifar harta oleh syarak, maka tidak dikenakan had.
· Harta yang dicuri itu cukup nisabnya. Tentang cukup nisabnya itu ada khilaf dikalangan ulamak. Mengikut Imam Hanifah, kadar nisab itu ialah satu dinar atau sepuluh dirham. Sementara jumhur ulama’ pula berpendapat, kadar nisab mencuri itu ialah tiga dirham atau barang-barang yang senilai dengannya.
· Harta yang dicuri itu terletak di tempat simpanan. Maka tidak boleh dikenakan had kepada barang yang tidak disimpan.
· Harta yang dicuri itu hendaklah harta yang tahan disimpan dan tidak cepat rosak. Berkata Abu Hanifah, tidak wajib potong tangan kepada pesalah yang mencuri barang yang cepat rosak walaupun cukup nisab harga barang itu seperti mencuri anggur, bawang dan sebagainya. Ini berdasarkan hadith Rasullullah yang diriwayatkan oleh rafi’ bermaksud:
” aku mendengar Rasulullah bersabda: tidak wajib potong tangan pencuri yang mencuri buah ditangkai dan juga buah dimayang”
Sementara jumhur ulamak pula berpendapat, wajib memotong tangan bagi pencuri yang melakukan kesalahan mencuri setiap barang yang bernilai yang harus dijual beli samaada makanan, binatang ternakkan, batu dan sebagainya.
· Hendaklah barang yang dicuri itu pada asalnya bukanlah suatu yang diharuskan. Maka jika barang itu asalnya adalah harus seperti burung, buluh, kayu api, binatang pemburuan, ikan dan sebagainya, ada khilaf ulama’.Hanafi berpendapat tidak wajib dipotong tangan kerana ianya pada asalnya adalah diharuskan bagi sesiapa sahaja untuk mengambilnya. Sementara bagi jumhur ulama’ wajib dipotong tangan walaupun barang itu diharuskan ataupun diharuskan
· Hendaklah pencuri ini berniat hendak mencuri. .(Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:520)


Ciri-ciri Jenayah Curi di dalam Undang-undang Sivil.

Jenayah mencuri menurut undang-undang sivil terdapat lima ciri utama iaitu :

1. Niat curang (dishonest intention) untuk mengambil harta.

Di dalam Kanun Keseksaan, niat curang adalah satu unsur mesti di dalam kesalahan mencuri, iaitu niat hendak mengambil dengan curang. Maksud dengan curang adalah seperti yang diterangkan dalam seksyen 24 Kanun Keseksaan iaitu:
“Barang siapa yang melakukan sesuatu perkara dengan niat hendak menyebabkan kedapatan salah kepada sesorang, atau kehilangan salah kepada seseorang lain, adalah dikatakan melakukan perkara itu dengan curang”.
Unsur niat curang ini mestilah wujud ketika harta itu mula digerakkan oleh penjenayah (Hashim Mehat, 1977: 227).

2. Harta itu mestilah boleh digerakkan.

Unsur kedua ini dihuraikan di dalam seksyen 22 Kanun Keseksaan seperti:
“Perkataan harta yang boleh dialih dalah dimaksudkan termasuk harta zahir dari segala rupa, kecuali tanah dan benda-benda yang bercampur kepada bumi atau yang dipasang dengan kekalnya kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi” (Hashim Mehat, 1977: 236).

3. Harta itu diambil keluar daripada milik (take out of the possession) orang lain.

Kanun Keseksaan memerlukan harta yang dicuri itu, hendaklah dikeluarkan daripada milik orang yang memilikinya. Istilah ‘milik’ tidak diterangkan secara khas di dalam Kanun Kesiksaan, tetapi seksyen 27 Kanun Keseksaan dapat digunakan sebagai panduan iatu:
“Apabila harta ada dalam milik isteri, kerani atau orang gaji seseorang, bagi pihak orang itu, maka harta itu adalah dalam milik orang itu dalam erti Kanun ini” (Hashim Mehat, 1977: 251).

4. Harta itu diambil tanpa kerelaan orang itu (orang yang memilikinya).

Barang yang dicuri itu hendaklah diambil tanpa kerelaan orang yang memiliki barang itu (Hashim Mehat, 1977: 261).

5. Menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya.

Mesti wujud satu bentuk pergerakkan (some removal) terhadap harta itu untuk dikatakan ‘mengambilnya’. Maksud ‘menggerakkan’ tidak semestinya menggerakkan harta itu keluar jauh dari pencapaian pemiliknya tetapi sudah memadai dengan tujuan hendak mengambilnya. Ia sudah boleh disabitkan kesalahan mencuri di dalam undang-undang jenayah moden (Hashim Mehat, 1977: 267).

Kesimpulannya, setiap ciri kesalahan mencuri yang disebutkan mestilah dibuktikan oleh pendakwa sehingga tidak ada keraguan yang munasabah, sebelum seseorang itu disabitkan bersalah di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan;

“Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat” (Hashim Mehat, 1977: 223).

PERBANDINGAN HUKUM DAN CARA PELAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH CURI ANTARA UNDANG-UNDANG ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG SIVIL.

Di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengaharamkan mencuri antaranya adalah surah al-Maidah ayat ke 38-39

Ertinya : “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-dua (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah maha perkasa lagi bijaksana. Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah maha pengampub lagi maha penyanyang”

Mengikut nas-nas al-Quran dan hadith syarif telahpun dinyatakan potong tangan diwajibkan ke atas pencuri. Samaada lelaki ataupun perempuan apabila nyata kesalahannya. Pembalasan ini tidak harus diberi keampunan oleh mangsa curi sendiri ataupun pihak pemerintah, begitu juga ia tidak harus ditukar ganti dgn pembalasan yang lain atau ditangguhkan pembalasana. Ini adalah mengikut mazhaz al-arba’ah.

Para ulama’ bersepakat menyatakan bahawa apabila tangan pencuri telah dipotong dan barang yang dicuri masih ada,wajib dikembalikan barang itu kepada tuannya. Tetapi jika barang itu sudah rosak, ulamak berselisih pendapat mengenainya. Menurut Hanafi, pencuri yang telah dipotong tangannya tidak wajib lagi mengantikan barang yang rosak ditangannya itu atau membayar harganya.

Manakala menurut Maliki pula, jika pencuri itu orang kaya semasa menjalani hukuman potong tangan, wajib memotong tangan dan membayar ganti rugi barang yang rosak itu. Tetpi jika dia orang miskin, maka tidak wajib menggantikan barang yang telah rosak itu. Manakala menurut Syafie dan Hambali pula hendaklah memotong tangan bersama membayar ganti rugi barang yang telah rosak samaada orang itu miskin atau kaya.

Apabila berulang kali mencuri, para ulamak bersepakat menyatakan wajib memotong tangan kanan pada mencuri kali pertama. Apabila mencuri kali kedua, hendaklah dipotong kaki kiri kecuali Hambali berkata tidak ada had lagi selepas kali ke dua. Pencuri itu hendaklah membayar harga harta barang yang di curi dan dikenakan ta’zir serta ditahan sehingga dia beertaubat.

Sementara menurut Maliki dan Syafie pula, jika sekiranya pencuri mencuri kali ke tiga maka dipotong tangan kiri dan jika mencuri kali keempat maka hendaklah dipotong kaki kanan pula. Kemudian di ta’zirkan jika mencuri lagi. .(Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:518)


Pemotongan tangan keatas seorang yang telah sabit melakukan jenayah curi oleh mahkamah hendaklah dilakukan dengan cara yang dianggap paling mudah dan sesuai. Menurut catatan Ibn Qudamah, orang yang akan menjalankan hukuman potong tangan hendakalah :

· Diletakkan dalam keadaan duduk
· Diikat badannya agar dia tidak dapat bergerak yang boleh membahayakan dirinya
· Diikat tangannya dengan meninggalkan bahagian yang hendak dipotong iaitu pergelangan tangan
· Diletakkan pisau yang tajam pada pergelangan tangan itu. Kemudian, dikejutkan pisau itu dengan kuat sehingga dapat memotong tangan itu serta merta (sekali gus) (Sabri Abdul Rahman. 1987:134)

Manakala seksaan bagi kesalahan mencuri mengikut undang-undang jenayah Malaysia pula ialah seperti yang tersebut di dalam Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu:

”Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 3 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian bolehlah dikenakan penjara atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. ”

Seksyen 380 Kanun Keseksaan pula menyebut:

”Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat” (Mohd. Reduan Aslie, t.t.: 137)

Seksaan bagi pecah rumah dan curi pula Seksyen 454 Kanun Keseksaan menyebut:

”Barangsiapa melakukan pencerobohan dengan bersembunyi, atau melakukan pecah rumah, bagi maksud melakukan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 3 tahun dan bolehlah juga didenda. Jika kesalahannya ialah mencuri, maka tempoh penjara bolehlah dilanjutkan sehingga 10 tahun.” (Mohd. Reduan Aslie, t.t.: 149-150)
Dari apa yang diketahui, ramai yang menyatakan undang-undang ciptaan adalah undang-undang yang sempurna. Tapi jika dilihat dengan lebih mendalam, undang-undang Islam lebih sempurna dan menyeluruh.

Tetapi bila berbica tentang undang-undang Islam maka ramailah akan mengatakan undang-undang Islam adalah zalim, tetapi mereka sendiri tidak melihat apa yang disyariatkan oleh Islam itu adalah suatu yang amat tepat sekali.

Jika dilihat negara yang mengamalkan undang-undang hudud seperti Arab Saudi, rakyat di sana berasa aman dan tidak ada sedikit pun dihati mereka akan adanya kecurian. Dapat dilihat kedai-kedai dibiarkan tanpa dijaga atau ditutup jika tuannya tiada kerana mereka tidak perlu khuatir kerana tidak ada yang akan berani melakukan jenayah curi ini.
RUJUKAN
Abdul Qadir Audah,1989. Hukum Mencuri dan Potong Tangan Dalam Undang-undang Islam, Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd., Shah Alam, Ter. Zainal Azam Abd. Rahman.

Haji Abdul Razak Haji Ahmad. 1997. Fiqh STPM. Kuala Lumpur

Mohd. Reduan Aslie, Jenayah Di Malaysia, AMK Interaksi Sdn. Bhd., t.t.p., t.t.

Paizah Haji Ismail, 2003 Undang-undang Jenayah Islam, Tradisi Ilmu Sdn. Bhd., Selangor, Cetakan ke-4.

Sabri Abdul Rahman. 1987. Jenayah Curi dan Rompak Kajian Perbandingan Dalam 4 Mazhab Fiqh Islam. Bangi

ANAKKU SAZALI



Beberapa bulan lalu di dalam majalah Mastika ada menampilkan isu ’Anak Derhaka’. Ada pelbagai kes-kes yang menampilkan kederhakaan seorang anak. Sehinggalah ada anak yang sanggup membunuh ibu bapa mereka sendiri. di manakah hilangnya nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa mereka, di manakah ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa mereka? Bukan ingin menuding jari kepada anak-anak ataupun ibubapa sahaja. Tetapi ingin di teliti kembali di mana mulanya agar dapat kita sama-sama memperbaiki mana yang kurang.

Pendidikan anak-anak bukanlah bermula apabila kanak-kanak itu sudah mula boleh berfikir, bercakap, berlari mahupun sudah bersekolah. Sebenarnya didikan anak haruslah bermula dengan seawalnya iaitu apabila ibu bapa melakukan persetubuhan. Ianya dilakukan dengan penuh hiqmah, adab dan doa-doa. Apabila bayi di masih di dalam kandungan, ibu bapa seharusnya mengajar anak di dalam kandungan dengan membacakan ayat-ayat suci al-quran. Bercakap dengan bayi dengan kebesaran Allah. Walaupun bayi masih di dalam kandungan tetapi persekitaran banyak membatu didikan terhadap bayi tersebut.

Apabila bayi dilahirkan disambut dengan penuh tatatertib, di azankan atau di iqamahkan, biarlah benda yang pertama yang masuk ke dalam badannya makanan yang suci. Berikanlah air zam-zam dan sedikit qurma. Berikan anak-anak itu nama yang baik sebagai panggilan kerana panggilan memainkan peranan dalam pembentukkan diri anak.

Di zaman kanak-kanak mereka lebih suka bermain. Berilah mereka kasih sayang. Bermainlah dengan mereka dengan menyelitkan unsur-unsur ketuhanan. Biarlah mereka bermain sambil belajar kerana itu fitrah kanak-kanak.

Bila mereka sudah mula boleh berfikir, ajarkan perkara baik dan buruk, solat berjamaah, dan nilai-nilai Islam. Bila sudah remaja, berikanlah kasih sayang dengan sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak kekok bercerita dengan kita. Pada masa ini mereka suka untuk mencuba sesuatu. Bimbing mereka ke jalan yang betul. Kawal pergerakan mereka. Bila mereka sudah belia, mereka mahukan kebebasan. Berilah mereka kebabasan tapi yang terkawal.

Ramai ibu bapa yang tidak tahu cara yang terbaik untuk menegur anak-anak. Jika sebuah keluarga yang mengamalkan solat berjamaah, maka mudah untuk ayah atau ibu menegur anak-anaknya. Gunakan masa selapas solat untuk mengeratkan ukhwah anatara anak dan ibu bapa. Gunakan masa ini juga untuk menegur kesalahan anak-anak.

Bagi mereka yang mempunyai anak yang malas solat dan degil, bacakannlah doa di bawah dan hembuskan di dalam air. Berilan keluarga minum. Di samping selalu berdoa kepada Allah dengan doa ini selepas solat. surah Ibrahim ayat 40.



رب اجعلنى مقيم الصلاة و من ذريتى ربنا وتقبل دعاء




maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.



Bagi ibu-ibu yang inginkan suami dan anak-anak selalu mengingatinya, bacalah af-fatehah 14 kali sebelum tidur. Amalkannya dengan niat yang baik.

Walaupun anak-anak sudah berumahtangga, tanggungjawab ibu bapa belum lagi selesai. anak-anak perlu dipimpin dalam urusan rumahtangga. Bukan niat untuk mencampuri urusan rumah tangga si anak tapi hanya sebagai pemerhati dan menegur mana yang perlu


Apabila anak-anak diberikan kasih sayang dan didikan agama insyaAllah mereka akan terhindar daripada anak yang derhaka. Janganlah mendidik anak anda seperti dalam filem ’Anakku Sazali’. Diberikan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga tiada tegas dalam diri ayah untuk menegur kesilapan anak-anak. Sentiasalah berdoa kepada Allah kerana doa seorang ibu itu doa yang di makbulkan. insyaAllah

Wa Allahu wa a’lam

PERCAYA : DIBIBIR ATAU DI HATI


Akidah merupakan suatu yang sinonim dengan iman. Apabila membicarakan tentang akidah sekaligus juga membicarakan tentang iman. Mari kita susuri apa yang terkandung di dalam rukun iman dalam mengukuhkan akidah seseorang iaitu

v Percaya kepada Allah
v Percaya kepada malaikat
v Percaya kepada kitab
v Percaya kepada nabi dan rasul
v Percaya kepada hari qiamat
v Percaya kepada qada’ dan qadar

Bila ditanya adakah anda mempercaya akan Allah, malaikat, kitab, nabi dan rasul, hari qiamat, qada’ dan qadar maka ramai yang menyatakan ’Ya’ mereka mempercayainya. Tetapi sejauhmanakah kepercayaan kita terhadap rukun iman ini?

Kenapa seseorang itu masih melakukan maksiad sedangkan mereka percaya kepada apa yang dinyatakan di dalam rukun iman?

Kita kembali kepada apa yang dikatakan sebagai percaya. Percaya kepada Allah di sini bukanlah hanya di bibir. Apabila ditanya percaya atau tidak, ramai yang menjawab percaya. Tetapi sejauhmana percaya ini masuk ke dalah hati mereka? Percaya yang sebenar-benar percaya kepada Allah. Mengaku dengan hatinya bahawa Allah itu ada, Allah itu tuhan sekalian makhluk, Allah Maha berkuasa dan mempercayai semua sifat-sifat Allah.

Adakah kita akan melakukan maksiad sedangkan kita percaya dengan sepenuhnya Allah itu wujud, sentiasa memerhatikan tingkahlaku kita, malaikat pula sentiasa mencatat amalan baik dan buruk? Mungkin juga kerana semua perkara ini adalah ghaib manusia selalu melupakannya. Kita tidak nampak dosa dan pahala. Kita tidak nampak malaikat yang mencatit amalan kita. Jika kita dapat melihat dosa dan pahala yang kita lakukan maka akan menggigillah kita apabila tercatat sahaja amalan kejahatan yang kita lakukan.

Apabila kepercayaan kepada Allah hanya di bibir makan iman mula pudar. Apabila iman mula pudar, syatan tidak perlu bersusah payang menggoda. Hanya sedikit godaan maka hanyutlah manusia mengikut telunjuk syaitan. Maka terjadilah maksiad, ajaran sesat, murtad dan pelbagai lagi dosa-dosa yang telak dilakukan manusia.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar akidah kita dan seluruh umat islam tidak terjejas walau apa dugaan yang datang kepada kita. Marilah kita sama-sama saling menasihati dan ingat-mengingati agar kita tidak terus hanyut oleh tipu daya syaitan. Nauzubillah.

Wa Allahu wa a’lam
Photobucket

ya taibah

MY ART N DESIGN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket